Tips Sewa Kereta dan Memandu di Korea

By | November 1, 2016

Memandu di Korea? 

Why not kalau ke Pulau Jeju. Pulau Jeju tak ada kemudahan tren. Kebanyakan orang Malaysia kalau travel ke Jeju, biasanya sewa kereta kalau yang travel 4-5 orang tu. Senang nak bergerak.

Driving di Jeju pun sangat OK. Maklumlah, orang pulau biasanya tahap kesopanan berbeza dari orang tanah besar.

Memandu di Jeju Island

So, apa nak kena tahu sebelum memandu di Korea?

Left-hand Drive

Di Korea ni berbeza dengan kita di Malaysia. Keretanya adalahl left hand drive,pemandu di kiri, pasenger di kanan. So, jalan dia pun terbalik dengan kita.

Kalau tak biasa kena take time sikitlah, tapi OK je sebenarnya.

International Driving Permit (IDP)

Nak sewa kereta dan drive di Korea, kita kena ada IDP. Boleh buat di JPJ ata UTC. RM150 untuk setahun. Bawa gambar untuk IDP masa nak buat tu. Nanti ke Korea bawa IDP ni dan lesen kecik tu pun bawa sekali. ada company minta lesen tu juga.

Minimum Umur
Yang bawah umur takleh sesuka hati nak drive di Korea sebab diorang ada age requirement.

  • Kereta kecik/sedan – 21 tahun & ke atas
  • SUV/MPV/van – 26 tahun & ke atas

Dah dapat kereta,kita jalan. tapi seriously drive di Jeju sangatlah  berbeza dekat tempat lain!

Tempat lain tu (especially area town, tapi bukan town pun sama je iskk) aduhmak, lebih baik naik tren atau apa2 public transport je.

Kenapa?

  • Korang rasa driver Malaysia teruk? Signal tak bagi kat simpang? takdela teruk sangat, itu standard Korea okey.
  • Bas,lori,semua laju2, main 140 km/j kat highway. Kat town toksah kata…celah sana celah sini.
  • Langgar lampu merah? Yes.
  • Benda paling menakutkan di jalanraya – teksi.
  • Parking lot KOSONG. Pakat parking tepi jalan, atas kaki lima.
  • Kejap lane kanan, kejap lane kiri.
  • Yang celah2 alam tu la dia nak selit.
  • Yang satu lane dan2 jadi 2 lane.

    Ehhh macam familiar je kan. kalau bukan drive belah kiri, boleh confuse drive kat Malaysia ke Korea 😛

    Beza sangat dengan pemandu di Jepun. Driver Jepun kalau kena beratur tu beraturlah, takde yang nak cilok2.

    So takyah rasa dahsyat sangat driver Malaysia 😁 

    Kereta Sewa di Mokpo

    Insya-Allah nanti saya kongsi pengalaman drive dari Gimhae – Mokpo – Gwangju – Jeonju – Daegu – Cheongdo – Geoju – Tongyeong – Ulsan- Gyeongju – Busan pulak k.

    Category: 2013 - Korea 2016 - Korea Travel with Super Kids

    About admin

    I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

    3 thoughts on “Tips Sewa Kereta dan Memandu di Korea

    1. zahra

      salam, selain busan, seoul dan jeju, ada cadangan tempat lain yang menarik untuk visit kat korea ni?

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge