Tips Nak Beli Rumah Pertama

By | February 13, 2016

Rumah adalah keperluan asas bagi manusia (kita ada 4 keperluan asas : air, udara, makanan dan tempat tinggal). Bila kita mempunyai kesemua 4 perkara ni, alhamdulillah, hidup kita dah cukup lengkap dah. Cuma, kita mesti nakkan yang terbaik dalam 4 benda tu – air bersih, udara bersih, makanan berzat dan tempat tinggal yang selesa.

Bila masuk bab rumah, melainkan kita ni super-kaya, ia adalah sesuatu yang sangat besar dalam hidup. Yelah, harga sebuah rumah bukannya 4-5 ribu… lagi-lagi sekarang ni. Kalau di bandar besar macam KL, lagi terbeliak biji mata nengok harganya. Tak payah tunggu KL, nak apartment hujung2 KL pun yang kecik pun dapat bawah sikit je dari RM100k.

rumah apartment

Bila nak beli rumah, terutama rumah pertama, banyak perkara yang mesti kita consider. Jangan sebab dengar cakap-cakap orang, tengok ramai orang beli, atau tengok harga murah, atau tengok design cantik semata-mata. Terutama kalau rumah tu kita nak duduk dan menginap di situ.

Antara perkara yang kita kena consider sebelum beli rumah:-

  • Jarak perjalanan kawasan tu dengan tempat kita nak berulang-alik setiap hari. Misalnya kalau kita kerja di Ampang, tapi ada rumah yang macam best di Seremban 2. Mesti consider kesanggupan nak berulang alik setiap hari.
  • Public transport dan access ke kawasan tersebut. Ada rumah yang terlalu murah dibandingkan dengan jenis dan keluasannya. Tapi ingat, ada sebab kenapa ia murah.
  • Kawasan kejiranan. Bila kita nak diam menetap di sesuatu tempat, kok ye tak kenal jiran pun, kawasan kejiranan tu mestilah kondusif. Kondusif maksudnya selesa, memberi ketenangan dan mendorong kita untuk upgrade kehidupan. Contohnya, kejiranan yang mempunyai masjid, tempat beriadah, tempat bersosial, balai polis dan sebagainya.
  • Keselamatan. Ini perkara yang paling penting sebenarnya. Bila orang kata ‘no place like home’ maknanya rumah kita bukan saja tempat kita nak tidur, berehat, tapi juga tempat kita nak berlindung dari segala mara bahaya. Dan yang penting, kita melindungi anak beranak kita dari ancaman luar. Bukan saja penjenayah, tapi juga anasir2 yang boleh merosakkan akhlak ahli keluarga kita.
  • Ruang untuk semua orang. Hmm.. dengan design rumah sekarang (dah bajet jugaklah), kita dah tak boleh nak expect dapat ruang macam masa kita kecik-kecik dulu di kampung. Tak cukup bilik, boleh tambah bilik. Tapi sekarang ni kalau rumah pun dah atas angin, nak tambah kut mana lagi. Walau bagaimana pun, kita kena plan untuk setiap ahli keluarga (lagi2 kalau anak ramai) ada ruang peribadi masing-masing walaupun kecil. Privasi itu perlu bagi keselesaan dan perkembangan emosi individu. Banyak kes gejala sosial berpunca dari ketiadaan privasi di rumah sendiri, menjadikan budak2 ni mencarinya di luar.

OK, cukuplah bab tu.

Next step, dah jumpa rumah yang sesuai, dah consider pilihan2 yang ada.. apa nak buat lagi?

RUMAH IDAMAN

Buat bajet untuk estimate komitmen yang di dalam kemampuan

Bajet ni penting untuk kita tentukan harga rumah maksimum yang boleh kita commit. Nak senang kita, komitmen bulanan mesti dalam lingkungan 1/3 dari pendapatan setiap bulan. Komitmen ni termasuk lah ansuran rumah, kereta, yuran pengajian, dsb.

Sebagai contoh, katakan gaji RM4,000, dan kena bayar duit kereta, rumah & loan belajar mesti tak lebih dari RM1350. Katakan loan pengajian bayar RM100 sebulan , kereta RM500 sebulan, tinggal lagi RM750… agak2 mampu untuk rumah berharga lingkungan RM230,000 untuk pinjaman 30 tahun dgn kadar faedah minima (kiraan kasar je lah ni ya).

Macamana kalau komitmen terlalu banyak sampai 50% ke atas, tapi nak jugak beli rumah idaman?

Dia macam ni, kalau kita nak jual barang kat orang, mestilah nak ensure orang tu mampu bayar. Gitulah juga dengan bank, especially bank2 besar macam Maybank, CIMB… Jadi kalau nak jugak, kena tunjuk kat bank2 ni, walaupun komitmen kita tinggi, tapi kita ada back up baik punya. Antara yang biasa orang guna:-

  • Akaun2 pelaburan seperti ASB, Tabung Haji, unit trust, emas dan sebagainya.
  • Slip income sampingan.

Pastikan rekod CCRIS yang bersih dan tiada isu CTOS

CCRIS ni senang cakap ialah rekod pembayaran balik pinjaman2 kita. Contohnya bayar loan kereta on time, bayar kad kredit takde tunggak2.. Rekod bersih sanagt penting untuk bank luluskan pinjaman. Oleh itu, jangan cari pasal. Kalau berhutang sila bayar. Kalau boleh jangan berhutang, terutama kad kredit tu.

CTOS pulak adalah nama kena blacklist. Biasa ni terjadi tanpa disedari kepada penjamin2 yang support saudara mara nak buat loan tapi tak bayar….

Pendekata benda2 pinjaman ni jangan kita ambil mudah. Ada hutang, bayar. Tak pasal2 susah dan menyusahkan orang lain di kemudian hari.

Pilih pembiayaan Islamik

Ada garis halus antara pembiayaan Islamik dengan pinjaman konvensional. Pinjaman konvensional ni, kita pinjam duit bank & beli rumah. Bulan2 kita bayar hutang kita ke bank ke atas duit yang kita pinjam tu + interest. Macam ni riba’ ye. Pembiayaan Islamik pula, bank beli rumah tu dan jual kepada kita. Kita bayar ke bank atas harga rumah itu, mengikut T&C. Bayaran dia pun lagi tinggi lah daripada harga rumah asal, ye lah meniaga mesti nak untung kan. Jadi bila nak pilih pakej pinjaman tu make sure ia Islamik dan pilih yang paling best lagi menguntungkan kita lah.

Rumah under construction atau rumah siap?

Kalau nak beli rumah yang belum siap, pastikan check latarbelakang developer. Jangan terpesonan dengan janji manis semata. Developer yang ada rekod baik mengurangkan risiko projek terbengkala atau apa2 masalah yang biasa dihadapi oleh orang2 yang beli rumah under cons.

Untuk rumah subsale pulak, check harga semasa dan harga rumah2 lain di kawasan yang sama.

Pendekata, apa-apa pun kita mesti ambil berat soal kewangan peribadi. Berhemat bila berbelanja, merancang dengan bijak. Apa jua pengorbanan yang kita buat hari ni, akan kita nikmati nanti.

2 thoughts on “Tips Nak Beli Rumah Pertama

  1. Mylliferia

    Memang betul, harga rumah di bandar berkali ganda harganya.
    Harap2 suatu hari nanti, berjaya miliki rumah idaman

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge