, , , ,

Tips MLM Business Yang Success

admin Avatar

MLM atau multilevel marketing sering menjadi topik kontroversi di mana-mana sahaja. Beratus bahkan beribu orang telah rugi lagi dirugikan oleh set-set MLM ni.

Tapi, pada masa yang sama, ramai juga yang memperoleh pendapatan 5-6-7 angka dari aktiviti MLM. Adakah MLM ni benar-benar jujur atau sebaliknya?

Anda boleh baca tulisan saya di sini MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?

BY the way, saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana mencari penaja/syarikat yang baik dalam MLM, atau bagaimana untuk menjadi penaja baik untuk orang baru anda (tanpa mengira apa jadah syarikat anda).

1. Pastikan bahawa orang yang mahu menaja anda bukan seorang yang suka lompat MLM.

Pada pendapat sayalah, orang yang paling teruk dalam MLM ialah seseorang yang asyik melompat dari satu kompeni MLM ke satu kompeni lain. Faham tak macamana tu?

Masalah yang bakal anda hadapi nanti kalau sign up bawah mereka ni… Mereka mungkin lompat company lagi! Jadi boleh agak apa akan jadi pada downline-downline yang sign up dengan mereka ni?

Hancusss.

Macamana nak tahu? Tanya lah berapa lama dah mereka dengan syarikat MLM XXX ni, dan sebelum ni dah pernah join mana-mana MLM ke?

2. Pastikan mereka tak menjanjikan benda yang tak tercapai dek akal.

“SAMBIL GOYANG KAKI DAPAT DUIT”
“DUDUK KAT RUMAH TAK BUAT APA-APA PUN JANA RM5,657 SEMINGGU”
“GUARANTEED RETURN. SEBULAB 5 ANGKA ITU PASTI”

Wohoh! Itu kalau bisnes guna lampu Aladdin mungkin boleh jadi.

3. Pastikan orang yang mahu anda mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarikat.

Setiap syarikat MLM pastinya mempunyai terma dan syarat masing-masing. Pastikan kumpulan yang ingin anda sertai adalah yang mengikut segala terma dan syarat syarikat.

Kalau nak baca T&C ke P&R ke perlembagaan ke, cuba minta dengan orang yang approach tu.

Kejayaan MLM ni banyak dipengaruhi oleh kumpulan yang anda sertai. Macam-macam strategi kumpulan ni… Ada kumpulan yang memang komited dengan bisnes dan syarikat, ada yang kejar pangkat, ada yang jual produk, ada yang cari downline semata-mata… Jadi kena celik mata hati sikit.

Jangan cepat terpengaruh kalau kata orang itu ini dapat 5-6 angka sebulan… itu bukannya hasil kerja senang.. Bukan setakat isi borang lepas tu berdesuppp duit masuk. Bukannya senang-senang nak dapat Rahsia Surirumah Jana Pendapatan 5 Angka Sebulan!

Kalau anda rasa nak belajar ilmu MLM yang betul dan dapatkan tips MLM busines yang success, anda boleh consider TAWARAN INI. Sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang tahun ini, kursus WoHoWo telah di-integrate dalam program dalam tawaran tadi tu. Bertuahlah sesiapa yang dah berada bersama-sama saya dan kalau masih berfikir-fikir, mungkin masanya untuk buat keputusan 😉

By the way kelas khas untuk belajar bina blog dengan WordPress akan dibuat pada 17 September ini. Priority untuk mereka yang mengambil peluang di atas sahaja.

admin Avatar

3 responses to “Tips MLM Business Yang Success”

  1. NUR Avatar

    good tips ni ML..

  2. Rai Avatar

    sayangnya ramai salah paham dgn MLM..mereka sama ada tak pernah tau konsep sebenar MLM atau pun yg kena tipu dengan MLM haram jadah..ehehe

  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    sy x reti buat MLM tp jual produk MLM..btw sy percaya dgn syarikat MLM yg sy join sekarang..sbb kita betul-betul jual barang dan carik rakan pengedar sbb kita x boleh supply barang ke semua kawasan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge