Tips Menghadapi Kenaikan Harga Minyak, Gula, Barang Keperluan dan Segala-galanya

by Mommy Lyna on December 6, 2010 · 5 comments

Kenaikan harga minyak ROn97 baru saja diumumkan pada 30 November lepas. Kemudian tak sampai seminggu, RON95 pula dinaikkan kepada Rm1.90/liter. Serentak dengan itu, kenaikan harga gula pula diumumkan.

Siapa tak bengang kan? Bila dah minyak naik harga, secara tak langsung barang-barang lain akan naik harga. Memang normal bila kita rasa tak puas hati dengan penarikan subsidi ni, lagi-lagi bila kerajaan pernah menjanjikan bahawa RON95 tak akan mengalami kenaikan, alih-alih naik juga.

Sebenarnya banyak yang kita boleh refleks tentang peristiwa ini kepada hidup kita sendiri. Pernah tak kita atau kita dengan orang cakap pada anak mereka “Jangan nangis, nanti Ibu taknak beli gula-gula”. Lalu budak tu pun berhenti menangis. Tapi sampai ke sudah tak dapat pun gula-gulanya. Si ibu pula distract anak dengan pelbagai benda lain supaya dia lupa akan gula-gula tadi.

Dalam hidup ni ada benda yang kita boleh ubah, dan ada benda yang kita tak boleh ubah. Tapi biasanya kita sibuk nak ambil peduli pada benda yang kita tak boleh ubah. Misalnya penarikan subsidi. Kita mengeluh macamana pun, hatta buat demo apa pun, ia tak berubah juga (setakat yang saya tahu tentang outcome dari demo). Jadi apalah guna kita membuang masa (marah kejap je takpe, memang patut kalau rasa tak puas hati) nak melenting, sedangkan kita ada banyak benda boleh dibuat.

Jadi, bagaimana cara yang rasional menghadapi kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi?

1. Melihat dari sudut makro, bukan mikro.

Sudut pandangan mikro ialah melihat kesan2 kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi kepada diri kita dan keluarga kita. Cuba tukar pandangan itu kepada skop yang lebih besar iaitu dari segi makro ekonomi. Lihat dari sudut pandang seorang negarawan. Penarikan subsidi kepada rakyat ialah untuk melunaskan hutang kerajaan, menyalurkan bantuan kepada sektor yang memerlukan, menyalur dana kepada projek2 untuk menarik pelabur asing dan mungkin untuk bail-out syarikat2 yang hampir melingkup.

Kepentingan untuk menjana ekonomi makro lebih utama dalam kes ini, memandangkan ekonomi mikro bukanlah sampai tahap tak ada duit nak makan. Kalau dah harga minyak/barang naik tu boleh je cut expenses untuk beli beg baru, baju baru, kasut baru, kan? (Kalau orang fakir & betul2 miskin tu dah masuk bab lain).

2. Merancang perbelanjaan dan aktiviti

Bila harga minyak dah naik, gula dah naik, jadi mungkin boleh kurangkan trip ke tempat-tempat yang boleh menghabiskan duit pada benda2 tak perlu. Bila dapat gaji, rancang perbelanjaan untuk bulan berikutnya supaya tak kesempitan di tengah-tengah bulan.

3. Mengawal perbelanjaan harian di rumah

Misalnya penggunaan elektrik, telefon, air dan sebagainya. Galakkan ahli keluarga untuk berjimat. Kalau tak ada orang dalam bilik, pastikan lampu, kipas dan sebagainya dipadamkan. Jangan biarkan TV terpasang tanpa sesiapa menonton. Hari2 minggu boleh berkunjung ke rumah saudara-marah atau kawan-kawan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Hehe.

4. Mengamalkan natural living.

Penggunaan barangan pakai buang ni memang banyak belanja, sebab dah tak boleh diguna semula. Antara langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan untuk mengamalkan natural living adalah seperti menyusukan anak dengan susu ibu, penggunaan lampin kain, penggunaan beg beli-belah, menggunakan bekas sendiri bila beli makanan tapau (ada sesetengah gerai letak caj untuk bekas tapau) dan sebagainya. Selain dari boleh berjimat, boleh juga menghijaukan bumi :)

5. Menjana pendapatan sampingan

Perkara ini mungkin membolehkan kita hidup macam biasa saja, kerana pendapatan sampingan boleh digunakan untuk menyokong ekonomi semasa kenaikan harga minyak dan harga barang macam ni.

Marilah kita bertenang tuan-tuan semua. Berhentilah menegluh. Dengan harapan penarikan subsidi minyak bakal membawa kesan jangka panjang yang lebih baik untuk kehidupan kita dan anak cucu kita. :)

{ 5 comments… read them below or add one }

Hanz December 6, 2010 at 1:41 pm

Setuju belaka!

Reply

eray December 6, 2010 at 2:29 pm

betul tuh lyna..tp kite manusia biase
agak sukar nk keluar dr comfort zone kite sendiri
nway nanti join my blog Give Away ye!

Reply

kakLuna December 7, 2010 at 1:23 pm

kerajaan dah takde duit

Reply

zik December 8, 2010 at 1:43 am

saya dah mula kira2 nih… memang kena manage duit nih…

Reply

Cinta Super December 9, 2010 at 1:04 pm

orang kata gini, besarkan pendapatan kita. biarla kerajaan nak naikkan apa pun. lantak pi la. kita besarkan pendapatan kita. :D hahaha.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm