Tips Mengatur Jadual Bisnes Di Rumah

By | May 19, 2013

Bisnes sendiri di rumah besar cabarannya. Antaranya ialah pertembungan keutamaan antara kerja-kerja rumah, dan kerja-kerja bisnes. Kadangkala sewaktu nak memulakan kerja bisnes, waktu itulah juga terlintas hal-hal di rumah yang belum beres. Tertengok pula kaca TV dengan cereka menarik, terasa nak berehat seketika.. akhirnya sangkut 2-3 cerita.

Justeru, bisnes dari rumah memang sukar dek kerana perlu melawan kehendak diri dan nafsu terhadap benda remeh-temeh.

Cara yang utama dalam merancang masa untuk bisnes di rumah adalah menghasilkan jadual harian. Jadual tak perlu terlalu detail, asalkan kita tegas dengan waktu-waktu bekerja dan waktu membuat hal lain.

Di rumah, gangguan kita tiada limit. Kedatangan tetamu yang tak disangka, hal-hal kecemasan yang tak dapat dielakkan, dan perkara-perkara yang memerlukan kita stand-by sebab ‘tak terikat dengan waktu pejabat’ ^^

Jadi perlu bersedia dengan kemungkinan tersebut, dan ada plan b, C, D, E….

Jadi untuk mengatur jadual bisnes di rumah, antara lain perlu:-

• Senaraikan tugas-tugas wajib setiap hari
• Senaraikan tugas-tugas ‘optional’ dan hobi
• Perkara-perkara yang jadi sekali-sekala

Secara ringkas bagaimana nak susun jadual bisnes dari rumah:-

Mula-mula buat jadual mengikut pembahagian masa, misalnya 1 jam.

Isikan jadual dengan tugas wajib.

Isikan dengan tugas-tugas optional dan hobi.

Jangan lupa masa untuk diri sendiri!

Dengan adanya panduan waktu sebegini kita tidak terbawa-bawa dengan aktiviti yang tidak produktif. Justeru kerja-kerja dapat dibuat dengan sebaik mungkin dengan emosi positif.

3 thoughts on “Tips Mengatur Jadual Bisnes Di Rumah

  1. Rina

    bekerja di rumah ada enaknya dan ada nggaknya,,, nampaknya memang perlu mengatur jadwal agar kerja tidak amburadul
    terima kasih mbak atas artikelnya, saya dapat pelajaran dari sini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge