,

Tips Memilih Hotel Semasa Travel

admin Avatar

Kecuali kalau kita menginap di rumah member atau saudara-mara, nak tak nak mesti kena cari tempat nak bermalam dan berehat kan. Kalau bujang-bujang mungkin tak kisah tidur di mana-mana pun, tapi kalau dengan keluarga dan anak-anak, penginapan ni crucial. Lagi-lagi kalau anak kita kecil-kecil lagi.

Macamana nak pilih penginapan yang ekonomi ikut bajet masing-masing, tapi keselesaan tetap diutamakan.

Kriteria yang mesti ada untuk penginapan yang nak dipilih:-

Tips Pilih Apartment:-

  • Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
  • Dapur yang cukup peralatannya.
  • Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
  • Ruangan untuk keluarga.
  • Mesin basuh dan pengering.
  • Tidak terlalu jauh dengan tempat tarikan/bandar/pekan.
  • Ada Wifi!

Untuk penginapan di apartment, anda boleh tengok-tengok di AirBNB (sila klik).

Tips Pilih Motel:-

  • Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima, yang berdekatan dengan pintu unit.
  • Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
  • Ada Wifi.
  • Masa untuk late check-out.

Tips Pilih Hotel:-

  • Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
  • Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
  • Ada Wifi.
  • Perkhidmatan front desk 24 jam.
  • Masa untuk late check-out.

Tips Pilih Hostel/Holiday Park:-

  • Menyediakan parking percuma atau kadar yang minima.
  • Ada aircond dan heater (in case cuaca sejuk).
  • Ada Wifi.
  • Ada dapur.
  • Ada laundry (biasanya ada separate unit untuk laundry, carilah unit yang berdekatan dengan fasiliti).

Dan satu lagi perkara penting, mesti tengok dulu review orang-orang lain yang pernah menginap di tempat tersebut. Of course utamakan yang dapat review 5/5 bintang atau 10/10 bintang, & paling kurang pun 4/5 bintang atau 8/10 bintang.

Antara website yang boleh dituju untuk baca review adalah BOOKING.COM dan TripAdvisors.

BUNGALOW
Banglo penginapan kami di Dingle, Ireland. Booking melalui Booking.Com
Penginapan kami di sebuah holiday park di Queenstown, New Zealand
Penginapan kami di sebuah holiday park di Queenstown, New Zealand

Apa yang penting ialah penginapan yang di-booking tu selesa untuk seisi keluarga, dan kalau ada yang tak menepati citarasa tu, samada tukar tempat, atau berlapang dada saja OK!

admin Avatar

3 responses to “Tips Memilih Hotel Semasa Travel”

  1. Nurolhuda Avatar

    Tips yang berguna untuk kemudahan yang selesa. Review dari pengunjung lain juga penting untuk diperhatikan.

    1. admin Avatar
      admin

      kan, tengok kat website dia semuanya bagus.. baca review dulu baru tahu 😀

  2. ira Avatar

    thanks for sharing tips tapi feedback dari customer memang penting

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge