Tips Membeli Rumah Demi Anak

By | October 22, 2012

“Rumah sekarang mahal-mahal, nak dapat yang harga rendah memang susah”

Klise, biasanya apabila nak membeli rumah, perkara utama yang sering dijadikan benchmark adalah – harga. Hakikatnya harga rumah adalah faktor utama apabila kita mula berfikir nak beli rumah.

Untuk memiliki sebuah rumah, harga… ya, harga tu memang kita tak boleh nak elak. Gaji kecik macam saya nak book rumah banglo di Setia EcoPark? Pasti tidak.

Namun, untuk membeli rumah, ia bukan sekadar harga. Banyak sudut yang harus dilihat, terutama bagi yang memiliki keluarga, dan berhasrat nak memilikinya. Keluarga kita pastinya tak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

Aspek Keselamatan

Bukan saja selamat dari jenayah. Yang betul2 crime-free 100% saya belum pernah jumpa. Rumah G&G pun ada yang pecah masuk juga. Kondominium pun ada yang lepas. Tapi selamat dari segi kurangnya risiko kemalangan dalam rumah, atau perkara2 yang tidak diingini. Kediaman yang baik memenuhi kriteria feng shui yang baik. Dari segi keselamatan dalam rumah, susunatur tangga dan perabot ke pintu keluar adalah penting untuk menghadapi saat2 kecemasan. Fikirkan, adakah rumah pilihan anda benar2 selamat untuk keluarga yang sedang berkembang?

Aspek Pendidikan dan Perkembangan

Dari pengalaman saya, kanak2 sekolah (kerajaan) akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan atau sama dengan kawasan kediaman mereka. Pasti semua ibu bapa mahukan anak-anaknya bersekolah di sekolah terbaik dan berkawan dengan kawan-kawan yang baik lagi mengajak ke arah kebaikan. Jadi perlu timbangkan kawasan sekeliling, siapakah masyarakat setempat di situ.

Aspek Kerohanian

Sebagai orang Islam, kita tak boleh memisahkan agama dengan kehidupan. Adakah kejiaran tersebut menggalakkan kita dan keluarga untuk menjalankan aktiviti rohani, misalnya berjemaah di masjid setiap hari?

Aspek Sosial

Ia berkaitan dengan Aspek Pendidikan dan Perkambangan di atas. Anak2 kita bila semakin meningkat remaja, pasti akan bergaul dengan lebih luas. Bagaimana kejiranan itu dapat membantu dalam perkembangan sosial anak kita?

Aspek Perkembangan Peribadi

Daripada survey yang dibuat, banyak kes remaja bermasalah adalah dari kalangan mereka yang tiada ‘privasi’ di rumah. Misalnya, mereka datang dari keluarga yang tinggal di rumah 2 bilik. Satu bilik dikongsi dengan beramai2 adik-beradik yang lain. Ini menjadikan anak2 remaja tidak selesa berada di tempat di mana tiada privasi untuk dirinya sendiri. Oleh itu mereka memilih untuk melepak bersama kawan-kawan. Pasti kita taknak benda ni terjadi pada anak-anak kita bukan?

Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum kita membeli rumah untuk kediaman keluarga. Plan within budget dengan tidak mengabaikan faktor2 lain. Rumah idaman tak perlu mewah, namun menepati konsep rumahku syurgaku 🙂

Not all houses equal to homes.

tips beli rumah

Category: Property

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Tips Membeli Rumah Demi Anak

  1. irfa

    bab rumah 2 bilik tu saya setuju..saya asal kg,ayah tukang rumah
    kami 6 beradik..yg dah besar semua ada bilik sendiri.

    bila kawen,saya mula2 menyesuaikan diri dgn keluarga suami yg anak2 ramai tp rumah ada 2bilik.saya mcm pelik bila org keluar masuk bilik masa kita tgh tido.buka lampu dan keluar masuk.

    alhamdulillah,kami ada rumah sendiri dn anak2 ada bilik masing kcuali yg kecik
    irfa´s menulis tentang ..Bolasepak Piala Malaysia 2012…Kelantan 3 : ATM 2My Profile

    Reply
  2. kinna

    suka konsep rumah orang dulu2 (batch mak ayah kita). beli tanah. buat rumah semampu mungkin.bila anak besar,bila ada duit lebih sket, baru tambah rumah utk accomodate anak2 yang kian membesar dan memerlukan privasi. rumah kampung tiada pagar, rumah jiran adalah “pagar” aka sempadan rumah sendiri..hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge