Tips Kumpul dan Simpan Duit Untuk Melancong

By | January 22, 2016

Nak buat apa-apa pun memerlukan duit. Tapi.. usah jadikan duit sebagai penghalang untuk kita nak buat apa-apa. Duit boleh dicari, impian kita tak boleh dijual beli.

Mungkin ada di antara pembaca MSK ni teringin nak melancong, baik di dalam atau di luar negara. Tapi.. masalah utama yang dihadapi adalah DUIT.

Di sini saya nak kongsi tips-tips macamana nak kumpul duit dan simpan duit. Agar ada peruntukkan untuk melancong.

Buat perancangan perbelanjaan harian & bulanan

Rancang perbelanjaan sebelum berbelanja. Kalau tak pernah buat lagi, mula-mula sekali senaraikan rutin perbelanjaan kita setiap hari/bulan. Tengok kat mana banyak duit tu pergi. Kalau ada part terbelanja di tempat yang boleh tak payah buat atau boleh dikurangkan kosnya, terus tak payah buat atau kurangkan kos. Contohnya katakalah sebelum ni tiap-tiap bulan tengok wayang… mungkin boleh stop kejap. Atau tiap2 minggu minum kopi harga RM20 secawan, mungkin boleh tukar kepada yang berharga RM2 secawan.

Berkorban sikit…

Belanja di bawah kemampuan

Kalau pernah mengalami sejenis habit yang dinamakan “Aku mampu, apa salahnya?” kali ni cuba buang habit tu. Berbelanja pada perkara2 yang perlu, bukan mampu. Check balik apa sebenarnya keperluan kita berbanding kemampuan kita. Yang tak perlu tu boleh dipotong dari senarai walaupun mampu. Misalnya kalau guna smartphone yang biasa2 je dah OK, maka pakailah yang biasa. Duit yang tak pakai tu kan boleh disimpan atau dilaburkan…

Hentikan perbuatan-perbuatan yang patut dihentikan

Merokok? Vape? Uih. Udah-udahler. Banyak sangat bakar duit kat situ. Kalau asyik shopping online, cuba hentikan tabiat tu. Jangan ikut trend, kalau benda yang kita shopping tu… kalau takde pun takpe.

Tambah pendapatan

Ini kisahnya bila pendapatan memang cukup-cukup untuk bayar segala komitmen dan menyara kehidupan di paras minimum. Nak tak nak mesti cari jalan untuk tambah pendapatan. Tak perlu buat 2-3 kerja… siang dah penat kat office, malam nak kena keluar berniaga pulak sampai ke Subuh. Penat juga macam tu. Mungkin boleh buat servis seperti penterjemah, jurutaip, isi database… atau apa saja yang boleh dibuat dari rumah. Ataupun di hujung minggu ambil upah potong rumput ke potong rambut ke.

Menabung untuk masa depan

Bila dah ada wang lebih dari penjimatan atau tambahan pendapatan seperti di atas, masukkan ke dalam tabungan. Tabungan bukan sebarang tabungan, make sure bukan sesuatu yang boleh dikorek kembali. Once dah masuk tabung, forever ia di situ. Kalau jenis susah nak disiplin, simpanlah di tempat yang leceh nak keluarkan semula. Buka akaun bank yang tak ada kad ATM ke…

Amalan solat Dhuha & membaca al-Quran

Seperti yang diketahui ramai, solat sunat Dhuha merupakan salah satu cara membuka pintu rezeki. Amalkanlah solat Dhuha. Jika di office, cuba minta izin dengan majikan untuk menunaikan solat Dhuha sekejap. Atau ganti masa tea break dengan solat dhuha. Insya-Allah, rezeki pun lancar meluncur.

Niat yang betul

Pasang niat nak melancong untuk kebaikan… Kalau pernah ada perasaan nak menunjuk ke nak rasa bagus ke, buang semua perasaan tu. Mungkin Allah tak buka jalan sebab Dia takmo kita ada niat terpesong.

Tabung duit lebih

Wujudkan satu tabung untuk simpan duit-duit lebih. Misalnya dalam poket seluar ada duit baki, masukkan dalam tabung tu. Tengah kemas-kemas jumpa duit terselit, masukkan kat situ.

Rajin bersedekah

Bila kita tolong orang, Allah akan tolong kita. Ringan-ringankan untuk memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Insya-Allah, takkan bertambah miskin orang yang suka bersedekah.

Jangan berhutang

Kecuali untuk perkara melibatkan hidup dan mati, jangan sekali-kali berhutang dan jangan biasakan diri berhutang. Jangan guna kad kredit, jangan buat personal loan, jangan libatkan apa-apa berkaitan dengan duit orang.

Hiduplah dengan konsep “delay of gratification”. Biar bersusah dulu asalkan bersenang kemudian ­čÖé

EUROPE

Category: Motivation

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

3 thoughts on “Tips Kumpul dan Simpan Duit Untuk Melancong

Leave a Reply to anah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge