admin Avatar

Alhamdulillah, dah belajar lama-lama sekarang dah grad.. Mesti dah tak sabar nak kerja kan. Nak kumpul duit, beli macam-macam, hidup lebih selesa dari zaman belajar dulu.

Ni akak nak kongsi beberapa tips khas untuk adik-adik yang berstatus fresh graduate dan yang bakal grad. Yang baru masuk universiti pun bagus tahu tips ni awal-awal.

simpan duit graduan

Kalau belum dapat kerja…

1. Cari kerja sambilan dekat dengan rumah ibu bapa

Tujuan adik bekerja sambilan kenapa? Lupakan nak berjoli, jadikan kerja sambilan sebagai medan untuk cari pengalaman, bina kemahiran dan dapat duit. Cari kerja yang dekat-dekat dengan rumah ibu bapa supaya adik tak perlu nak menyewa rumah lain (jimat OK). Kalau boleh, kerja di tempat yang sama atau dekat2 dengan saudara-mara sekampung. Boleh tumpang diorang, jimat duit minyak. Makanan pun adik minta emak tapaukan untuk sarapan dan makan tengah hari. Cuba fikir berapa banyak adik boleh jimat dalam sehari? Sebulan? Berbulan2?

2. Simpan duit

Tahu tak adik-adik bahawa ramai orang-orang muda yang nampak bergaya tapi sebenarnya tak ada simpanan? Simpanan ni penting dik. Sekarang mungkin adik tak rasa sebab adik boleh minta duit dari mak ayah. Tapi… hakikatnya bila kita dah habis belajar dan bekerja, kita kena belajar urus duit. Dan langkah pertama adik kena buat adalah mula menyimpan.

3. Belajar ilmu baru

Kalau adik tak ada niat nak cari kerja sementara, adik gunakan masa-masa luang ni untuk belajar ilmu baru – ilmu kewangan. Jangan tunggu sampai dah terduduk baru nak tergadah. Adik beli buku-buku kewangan contohnya tulisan Azizi Ali ke.. tak faham takpe, alah.. adik kan bijak pandai. Mesti boleh faham punya. Tak ada duit? Mintalah dengan emak. RM30 untuk masa depan yang gemilang.

4. Belajar buat bisnes

Adik mesti ada telefon kan? Smartphone kan? Gunakan smartphone adik tu untuk menjana income. Daripada duk main2 Fesbuk, IG.. kalau main-main dapat duit, kan best? Macamana nak start bisnes dengan gajet2 yang kita ada? Meh sini akak tunjukkan. Tapi dengan syarat, mesti kena rajin.

Kalau dah bekerja…

1. Beri duit untuk emak dan ayah

Walaupun emak ayah dah kaya-raya ada duit berbilion, tapi bagi juga duit kepada mereka. Ia sebagai tanda anak mereka dah pandai jaga diri, pandai berdikari. Sejuk hati emak ayah bila anak yang dilahirkan dan diasuh akhirnya dah pandai jaga diri sendiri. Kalau Mak taknak terima? Bank-in je ke dalam akaun dia.

Apa lagi kalau adik perlu membantu keluarga… emak ayah dan keluarga nombor satu, mesti settle kan mereka dulu sebelum benda-benda lain. Jangan letak emak ayah as last priority tapi first, insya-Allah murah rezeki adik.

2. Bayar kepada diri sendiri

Maacamana nak bayar kepada diri sendiri? Adik-adik tahu tak kalau kita nak senang di masa depan (masa tua) kita kena beli masa-masa tu sekarang. Macamana nak beli? Sediakan tabungan untuk masa-masa tua kita. Biarlah orang kata “Alah, tua tu nanti-nantilah, ada duit lain” kalau yang kata tu orang tua yang hidup selesa kaya-raya, yes adik boleh terima. Tapi kalau yang kata tu kawan2 adik je, adik toksah duk dengar. Diorang pun belum merasa lagi tua tu macamana.

3. Reward diri sekali-sekala, tapi..

… jangan tunggu dapat gaji! Dah dapat gaji kang gelap mata, daripada reward jadi menyusahkan diri pula. Bulan belum habis hari, duit dah tinggal syiling-syiling. Buat bajet dan kumpul duit untuk self-reward. Bayangkan kalau adik kumpul RM10 sehari.. sebulan dah 300. 5 bulan?? Adik dah boleh beli tiket flight ke London tau! (Check tips beli tiket murah kat entry ni). Cuba adik bayangkan, kawan2 adik duk shopping sana-sini, hari2 minum stabak, tapi adik jimat-jimat dapat pegi London tak sampai setahun kerja pun!

4. Ikut trend, tapi…

…agak-agak la…. jangan sampai menyusahkan diri sebab nak ikut trend sangat. Ramai je tau yang nampak macam ‘kampung’ je tapi duit banyak tau! Man lagi syok? Bertrend nak impress orang ke atau beserhana dan enjoy bila tiba masanya…?

5. Belajar buat side income dan passive income

Side income ni, duit tepi… hehe. Maknanya income yang adik boleh dapat selain gaji. Contohnya, buat bisnes online. Passive income pulak, income yang adik boleh dapat secara berterusan walaupun adik tak buat apa-apa… contohnya adik simpan duit kat amanah saham (unit trust) dan kutip dividen, ataupun adik beli rumah dan sewakan. Tak ke seronok tu?

Akak rasa, cukuplah 5 dulu ye.. akak kena stop sebab bateri laptop dah nak habis >_<

Semoga boleh beri manfaat kepada adik-adik akak…

Dan yang paling utama, adik kena ingat ni…. rezeki kita adalah pemberian dari Tuhan. Adik kena buat Dia happy dengan adik. Barulah hidup adik tenang. Ramai tau orang kaya hidup tak tenang. Tapi bila kita selalu kembali kepada Tuhan, insya-Allah.. kaya ke tak ke, kita cool je. Solat jangan tinggal OK!

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Tips Kewangan Untuk Fresh Graduate”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    best tips ni, bagus utk adik2

  2. eija Avatar
    eija

    Suka baca blog awk…banyak info…bleh berkenalan?..awk.hebatlah….walau dah berhenti kerja…tetap hebat…nak kena belajar ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge