Tips ke Luar Negara – Roaming Maxis & Celcom

By | May 8, 2013

Sebelum ke luar negara, pelbagai persediaan harus dibuat. Salah satu perkara penting ialah – roaming talian telefon. Tanpa roaming, Maxis atau Celcom mahupun DiGi tidak berguna lagi.

Perlukah roaming? Atau ada pilihan lebih mudah dan murah?

Untuk pilihan yang lebih murah, beli simcard baru di destinasi adalah terbaik. Tapi untuk mereka yang selalu anticipate panggilan daripada tanahair, sebaiknya aktifkan roaming.

Bagaimana nak aktifkan roaming?

Untuk pengguna Maxis postpaid, dan pengguna baru Celcom, deposit sebanyak RM300 perlu dijelaskan untuk pengaktifan, bersama dengan pasport. Saya aktifkan roaming sejak tahun 2009, semasa kami sekeluarga berkunjung ke London. Pengguna talian prabayar terus mendapat roaming secara automatik.

Bagi mereka yang tak boleh hidup tanpa internet, Maxis dan Celcom menawarkan unlimited data roaming di beberapa negara.

Maklumat tentang data roam partner dengan Maxis boleh diperolehi di SINI

Maklumat tentang data roam partner dengan Celcom boleh diperolehi di SINI

Saya jarang menggunakan data roaming, kecuali di tempat-tempat yang tiada perkhidmatan internet percuma di hotel.

Hotel-hotel di Eropah menyediakan WiFi percuma, namun di negara lain seperti Jepun, UAE, Jordan tidak semua hotel menyediakannya. Di negara yang tidak ada partner dengan talian kami, maka kafe-lah jawabnya. Kebanyakan kafe menyediakan WiFi percuma ^^

Kenangan dengan data roaming ni ialah sewaktu ke Jepun. Disebabkan Maxis tiada partner di Jepun, maka kami mendaftarkan diri dengan Celcom, semata-mata untuk mendapatkan unlimited data roaming.

Namun, setiba di sana, bukan saja data roaming, malah talian telefon kami berada dalam keadaan NO SERVIS selama 10 hari berada di sana. Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana kami tidak tahu langsung untuk aktifkan roaming di Jepun dan Korea, hanya telefon 3G yang boleh digunakan, dan perlu aktifkan 3G untuk roaming. Sayang betul, putus hubungan langsung dengan Malaysia >_<

Beberapa perkara yang perlu diketahui tentang roaming:-

  • Kadar roaming hanya boleh digunapakai untuk talian ‘partner’, jadi perlu periksa talian ‘partner’ agar tidak overcharged. Kerana talian selain dari itu, kita akan dikenakan kadar mengikut zon, yang tentunga sangat mahal.
  • Sekiranya tidak menggunakan data roaming, nyahaktifkan atau ‘inactivate’ ¬†atau ‘Off’ – Cellular Data, 3G (kecuali Jepun dan Korea) dan Data Roaming. Anda mungkin menerima bil beribu-ribu kalau lupa nak turn off benda-benda tersebut.
  • Periksa kadar panggilan IDD supaya tidak terbawa-bawa dengan keasyikan bergayut.
  • Pemanggil juga dikenakan caj yang berbeza semasa kita sedang roaming, termasuk SMS. Seeloknya beritahu pemanggil kita ada di luar negara agar dia pun tak teruja nak cakap lama-lama.

Pastikan juga bil telefon sudah dijelaskan sebelum berangkat.

Selamat berangkat ke luar negara!

16 thoughts on “Tips ke Luar Negara – Roaming Maxis & Celcom

  1. de majistret

    aku rasa la ni dah takyah roaming kot kalau nk call.. better g mana2 smpai sana trus tukar simcard kat sana.. lg murah rsanya.. sbb kalau tgk kat promo telco, call idd murah gila kot.. cth mcm xpax. call idd ke indonesia 12sen seminit je.. peh.. topup 5 hinggit dah boleh bgayut ngan awek sinetron kat sna.. haha

    Reply
  2. Bang Pes

    kalau dh murah mcm tu baik kita guna idd je call.. cari awek indonesia dlm fb, mintak no fon pastu ley gayut.. huhu

    Reply
  3. Natrah

    selalunya pakai postpaid mahal.. kena standby rm 300?? makk aiii mahal la tu.. kalau pkai prepaid kena byar bape pulak?? tak kan nak kena standby rm 300??

    Reply
    1. Dude123

      prepaid lagi murah tapi pakai sim card negara tu sendiri lagi ok sbb takot line prepaid line kite x ok
      sebab penah try pegi german pakai hotlink mm problem

      Reply
    2. tushi

      ehhh kalau pkai postpaid mmg kena standby duit utk roaming,, tpi prepaid lagi murah boleh survey kat mane2 kedai telepon,,, mcm i pkai prepaid xpax roam rm 1 sehari jek,,, tapi depends jgak negara mane yg u nak pegi,,, hehe

      Reply
      1. Joshua

        haku pakai xpax roaming plan tu lah dapat 30mb je social apps tapi ok lah mampu lah contact mak haku kat malaysia time tu haku kat brunei. weyhhhh, brunei cantik siaaaa. rasa nak pegi lagi cuma mahal siket je. nak jln kat situ malam2 tak takot tapi kalau pmpuan yg free hair kena pakai tudung kat sana . wifi pun ade je kat hotel. so, korg jimat x yah beli roaming mahal2..

        Reply
        1. mashidah

          betul! setuju sbb pakai xpax je … murah pun murah line pun bagus time pegi ak pegi singapore, thailand n vietnam.. sepanjang hari boleh chat dgn org trsyg hehehe.. ok lah kan dari xde roaming langsung nak harap kan wifi hotel jer

          Reply
            1. tengkuafsham

              lorhhhh 30 mb, rm 1 murah tapi berbaloi tau x.. kalau ko beli 2-3 GB sehari, boleh habis ke?? nak2 pulak, hotel ade free wifi… hahhhh…. lagipun rm 1 mmg la dpt 30 MB ape, ko nak rm 1 dapat 1GB baru ok ker??

              Reply
  4. youngdumbandbroke

    sebab itu lah aku lagi suka pakai prepaid dari postpaid sebab aku tahu mesti akan mahal punya bil smpai. hehe
    tapi roaming2 ni aku tak pernah guna sebab tak pernah lagi keluar dari malaysia. tapi harga sama ke prepaid murah lagi??

    Reply
    1. rixulat

      pakai prepaid lah lg best…… sbb ade duit, kite call org…. xder duit diam2 je duduk hahahahahahaha
      xpernah kluar malysia?? wooowww…. xpe lah nnti msi ade rzki ko ak penah pegi pling jauh pun singapore tu pun baru bln lpas…… pakai xpax rm1 perday je bro murah line pun bagus xde sangkut2

      Reply
      1. tengkuafsham

        tul lah pakai prepaid lagi selamat… xpax tu ok je bile ak pegi singapore dpt line singtel x silap.. laju je… sape yg x pnah pakai je akan condemn… cube dulu tgk mcm mne.. jimat sgt2…

        Reply
  5. Charles

    Aq pakai umobile je wei lagi best sbb rm 10 boleh pegi kesemua negara … xpax aq pnah guna tapi signal mcm malu2 nak ade apooodahhhhh!!

    Reply
    1. matmoto

      pakai UM rm 10? ke seluruh dunia? ko biar betul weyh sbb rugi la company tu.. setau aku luar dari ASEAN harga jadi lain lahhhh… kalau unlimited pun line x bagus mane lah ak lagi prefer xpax.. sebb ak xyah pening2 kepala pikir nak contact org kt malaysia mcm mne sbbb dia dah bagi basic internet dgn social chat apps..

      Reply
      1. natrah

        ehh! UM ni x elok lah sedangkan line kat sini pun tak mnyakinkan hahaha . .. i dah cuba pakai xpax as my 2nd sim card… .. lagipun i nak visit thailand next month sekali nak fly ke seoul.. murah jgak lah dari telco lain… ..

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge