Tips Jimat Makanan Halal & Murah di Australia

By | July 24, 2015

Tips ni khas untuk kalian yang tengah plan atau dah beli tiket ke Australia buat pertama kali.

Bila kita jalan di tempat orang ni, bab makanan adalah antara perkara yang paling kita kena fikir, betul tak… Maklumlah bagi Muslim tak boleh nak makan sesuka hati sesedap rasa. Halal, itu kewajipan. Dan harga pun haruslah tidak melampaui batas kan…

Tapi kalau hari2 nak makan luar, lagi2 lah dengan perut Malaysia ni. Bawak pulak satu family.. memang ada potensi kopak di bahagian makanan je.

Tapi still ada tips macamana nak berjimat dalam bab makan2 ni.

1. Bawa sendiri dari rumah.

Tapi kami memang tak pernah bawa makanan la ke Australia ni sebab diorang strict bab makanan. Boleh bawa makanan kering je. Pastu kena declare pulak, then ambik masa lah nak check2 belaka tu. Kitorang biasanya sampai pun hujung2 waktu je. Lagi satu kami biasanya travelite jadi takde space untuk makanan.

Basically, makanan yang nak dibawa masuk ke Australia mesti kena declare, dalam beberapa kes akan dikuarantin, & beberapa barang tak boleh dibawa masuk seperti madu lebah dan makanan mentah.

Tengok je la rajah bawah ni & decide apa nak dibawa. Tak payah bawa yang tak boleh bawa, bazir space beg je.

MASUK AUSTRALIA

BARANG LARANGAN KE AUSTRALIA

2. Makan di luar

Diorang ni kan, takde lah gerai2 jual nasik tepi jalan macam kat tempat kita ni. Biasanya diorang punya tu tersedia di area yang memang designated untuk street foods macam Chinatown Sydney, Melbourne Market, etc.

Kalau nak jimat makan di luar, order lah makanan yang menyediakan portion besar. Boleh kongsi satu pinggan 2-3 orang. Paling senang Fish & Chips. Diorang punya portion fish & chips besar dan banyak. Tapi kena sanggup la jadikan kentang goreng tu ganti nasi.

Untuk panduan restoran halal boleh check kat sini:-

fish and chips

3. Beli barang dapur dan masak sendiri

Yang ini paling best! Dan kalau nak masak sendiri, kenalah menginap di tempat yang ada dapur… Kalau travel beramai-ramai sewa aparment adalah pilihan yang tepat. Bukan je lebih ekonomi, tapi juga boleh masak sendiri. Jimat banyak!

Yang bestnya siap boleh buat bekal, jadi kalau time kita keluar tu tak payah fikir pasal makan, bekal kan ada.

Dan nak beli barang2 mentah ni, paling senang beli seafood, telur & sayur je lah. Tapi kalau tekak nak merasa ayam ke daging ke… diorang memang takde letak tanda halal. Abis tu acane? Takde ayam halal ke kat sana? Ada… cuma takde letak tanda halal. Macamana nak check? Haaa, boleh klik kat website ni ==> HALAL SQUARE GROCERY.

SHOPPING DI AUSTRALIA

Itulah antara tips nak makan-makan di Australia. Dan kalau inap di luar bandar, tak ada dapur… makan lah makanan yang tak ada unsur yang tidak halal. Misalnya kalau nak makan ayam tu kita was2 takut tak disembelih, makan paling selamat makanlah makanan laut, sayur, telur… Pastikan ia tak digoreng dengan minyak dari bahan yang tak halal (boleh tanya je diorang).

Semoga hal makan-makan tak menjadi masalah. Enjoy Australia!

6 thoughts on “Tips Jimat Makanan Halal & Murah di Australia

  1. Shaiful

    Bagus maklumat ni dan nak tambah sikit lagi, untuk beli barang2 dapur boleh la pergi ke Coles yang lebih kurang macam Tesco. Cari bahagian ‘Asian food’ dan boleh la beli barang2 macam belacan, kicap dan yang sewaktu dengannya. Beras pulak boleh cari Basmathi yang masa offer cuma $9 untuk 5kg. Kalau di Adelaide ni barang mentah boleh je beli di Adelaide Central Market dan kalau nak murah gila, kena datang hari Sabtu sebelum pukul 3petang sebab kedai semua akan buat clearance sales. Untuk daging atau ayam halal boleh je cari kat halal section di Coles atau google je halal butcher. Harap maklumat ni bermanafaat. 🙂

    Reply
  2. Pingback: Tips Jimat Makanan Halal & Murah di Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge