Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak

admin Avatar

Saya selalu dengar keluhan mak-mak ni.. tentang party pack atau door gift yang diterima anak masing-masing setiap kali kawan-kawannya menyambut hari lahir, samada di rumah atau di taska. Mana taknya kebanyakan ibu bapa menyediakan party pack yang diisi dengan gula-gula, cikedis, coklat dan sebagainya. Tidak semua ibu bapa yang ‘membenarkan’ anak masing-masing menikmati junk-food (makanan ringan ni). Sudahnya party pack tu samada dibuang atau disorok dari anak-anak. Membazir kan? Lagipun, kesian la kat empunya majlis kalau buat macam tu.. bukannya beliau dapat free pun benda2 tu…

Berinspirasikan taska anak-anak saya yang mengharamkan makanan ringan di tempatnya, saya ingin kongsikan idea untuk membuat party pack yang lebih berkhasiat dan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan semata-mata seronok makan gula-gula. (Anak saya tak pandai makan gula-gula, Hafiy pernah melalak bila diberi gula2 oleh seorang makcik, sebab dia tak pandai makan :P).

Idea Party Pack 1 : Alatulis

Sekarang ni ada banyak alatulis yang berkonsepkan watak2 kartun kegemaran anak-anak kita. Kalau nak murah, di pasaraya macam Tesco, Giant, Carefour, Kedai Runcit Ahmad… kalau nak mahal sikit di Toys’R’Us dan sebagainya. Ataupun beri pensel sebatang dengan buku ‘latih tubi’ yang banyak dijual di Tesco tu.

Idea Party Pack 2 : Buah

Bagi epal sebiji seorang, jauh lebih baik dari beri cikedis berpeket2 seorang.

Idea Party Pack 3 : Handkerchief

Mungkin boleh buat embroider kalau nak tinggalkan kenangan.

Idea Party Pack 4 : Mainan

Kereta Hot Wheels sebiji seorang?

Idea Party Pack 5 : Zabit, kurma…

Ini adalah item yang ada dalam party pack yang baru diterima anak-anak saya. Musim2 nak puasa ni orang mula jual kurma, zabit dan sebagainya. Bagus kan? Ia bukan saja bagus untuk otak budak2 tapi boleh digunakan oleh keluarganya di bulan Ramadhan nanti.. buat buka puasa 😀

Idea Party Pack 6 : Party Stuffs

Belon, mask, dan segala macam barangan untuk party. Budak2 pun suka, boleh join sekali dalam party tu.

Idea Party Pack 7 : Makanan ringan2 tanpa MSG dan gula yang tinggi

Biskut, kerepek, keropok ikan dan sebagainya..

Idea Party Pack 8 : Kuih-muih

Biasa tak pergi derma darah ke, perhimpunan rakyat ke.. masing2 dapat air kotak dengan kuih-muih untuk dibawa balik. Tak salah kan kita adapt konsep ini?

Idea Party Pack 9 : Cenderamata

Cenderamata kenang-kenangan dari majlis anak kita..

Saya pun tak pasti dari mana datangnya idea bahawa budak-budak sukakan gula-gula, cikedis dan pelbagai makanan rapu ni. Anak2 kecil selalu saja ‘digula-gulakan’, padahal kita semua tahu masa tu lah giginya baru nak menumbuh, masa tu la dia tengah belajar menjaga gigi dan sebagainya.

Mungkin ibu bapa prihatin boleh membuat perubahan.. dengan memperkenalkan konsep ‘sihat’ dalam party pack untuk birthday anak-anak kita. Ye lah, masa depa kecil-kecil punyalah memperjuangkan ‘penyusuan ibu’ untuk kesihatan berpanjangan, alih-alih bila besar sikit, tak kisah pula dengan segala macam makanan rapu. Kalau boleh, biarlah berterusan penjagaan pemakanan anak-anak ni kan. Yang penting, ia halal!

admin Avatar

34 responses to “Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak”

  1. ApasH Avatar

    Majlis hari jadi anak saya yg lepas saya bagi buku notebook cartoon yg kecik dan penyg kecik lg kiut. Tapi ada juga gula2 dan coklat. huhuhuhu…

    Betul la, baik bagi epal..huhuhu..next year la…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sikit2 takpe kot, bulih maknye makan 😛

  2. NUR Avatar

    sokong part yang bagi kereta HW sorang sebijik!! hehe.. sila take note ye en. Ayah Iman..

  3. Faisya Avatar

    saya juga tak ajar anak2 makan gula2 tp diajar masa di taska/nursery bilamana ada parent yg bagi gula2 dalam party pack dan akhirnya terpaksa saya buang/sorokkan. kan jauh lebih baik bagi kismis ke, kurma ke, biskut tiger tu ke dari gula2. even icecream pun saya x ajar tp dpt pendedahan dari nursery. mcm nk marah je teacher kat nursery tu.

    mintak izin untuk copy-paste untuk di share kat blog boleh tak?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh2 sila kan share mana2 yg ada manfaat moga2 lebih bermanfaat 🙂

    2. super hana Avatar

      saya igt saya sorang je sorokkan or buang.ahahaha
      sama la plak

      sebab saya pun xajar anak mkn junk food or sweets

  4. mila Avatar

    info yg tepat pada masanya…tima kasih mommy lyna, birthday anak sy ujung minggu ni..mmg ingat nk bagi cikedis kat kawan2 taska dia…tp rupanya sensitip jg kan benda ni..parenting isu, drpd membazir sbb mak ayah lain buang or sembunyik, baik sy borong buah oren bagi sorang sebijik..hehe..TQ

  5. ida.z Avatar

    mmg setuju..saya pun amat berhati2 bab party pack ni..baru2 ni bg mini puzzle sibijik sorang, and letak raisin..kek apollo, pastu kacik canla sikit dairy milk choc..sy mmg tak suka kalo byk sgt gula2..in fact sy mmg akan sorokkan dr anak kalo terlampau byk sgt.

    Betulla, next yr bg buah la plak..

  6. The Party Staff Avatar

    Sy br berkira-kira nak tulis entry gini kat blog. Rupanya awok dah tulis dulu. Hehe…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sehati sejiwa gitu

      1. The Party Staff Avatar

        aminn…harap sy dpt tempias awok lah.

  7. zaila Avatar

    aku baru jah ngamuk di blog aku pasal mak bapak hok xreti nak mikir bg makanan murah2 & xdop tanda halal ko anak aku..kalu xdok budget baik xpayah bg terus, bukan wajib pon..ni anak aku sampai lawan cakap aku sebab nk makan sangat bendalah tu..geram je aku..haritu aku komplen dekat cikgu dia, moga pantau party pack before bagi kat anak2..

    birthday husna haritu aku beli vitagen, ngan kismis kotak kecil..kalu kira memanglah sikit tapi khasiat yang ada tu cukup dah ntok anak2 kita..buat apa bg banyak gula2 tp semuanya xde satu pon khasiat, buat rongak gigi anak je..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      eh bukan GA haramkan junk food ke? uhuhu

  8. nonie Avatar

    nonie pun baru lepas buat party afifah di tadika dia… mmg problem bila dapat goodie bags dari party yg sebelum2 tu penuh dengan gula2… hampir tiap2 hari pulak tu, mmg puas kitaorang sorokkan… last2 penuh satu paper bag sedang tu, macam boleh jual balik.

    So masa birthday afifah kitaorang bagi kismis, biskut tiger & small dairy chocolate but not sweets… sihat sket la kan…

  9. Deeja Avatar

    Pernah dpt a bag of cekedis masa birthday parti anak kawan. Mmg x makan. Nk bg org lain pun xsampai hati. Abis tu buang je lah. Cikedis xbaik utk otak. Gula2 pulak xbaik utk kesihatan. Too much consume makanan bergula akan membuatkn immune system lemah. Bila immune system lemah, mudah lah nk dpt demam lah, batuk lah, selsema lah. Kan ke elok bg kurma ke, kismis ke, alat tulis ke.. Eh, idea ida.z bg mini jigsaw puzzle cambest. Tp mana nk dpt yg murah ek 😉

    1. ida.z Avatar

      Saya beli dr kedai mainan kat nilai 3..nasib baik jumpa sbb memang dok tercarik2 sebelum ni

  10. Yani Avatar

    Setuju. sy pun last time buat bday party anak kasik stationary yg comel2 campur2 bajet setiap pek bawah RM3. pastu campur2 ngan coklat milo mcm tu, ngan some barang2 party(hat etc) ngan air kotak. semua budak suka 🙂 sy pun tak setuju ngan party pack penuh junk food. tp susah nak halang budak2 mkn bila dpt kat sekolah…diorang ni kalau teacher dia kata, makanla…ckp mak dia dah kurang dengar…tq for highlighting this issue 🙂

  11. baby Avatar

    kena buat anjakan paradigma ne.. no more cekedis2

  12. Nur Adha Avatar

    tiap2 bulan taska ada buat sambutan hari jadi…biasanya taska akan sediakan kuih n mihun/mee….cuma kdg2 parents budak2 tu lak yg sediakan gula2 n cikedis….confuse gak ngan sesetengah parents ni…so far yg mana sempat, dapatla sembunyikan…yg xsempat..selamat ke dalam perut….
    bg buah…idea yg best..kalau parents saya…masa kenduri kawen pun selain bg telur..bg juga buah…xpernah lagi bagi bungkusan gula-gula…

  13. sharina Avatar
    sharina

    hmm.. party pack ni mmg sth yg buat sy slalu rs serba salah. kat tadika, wpun kite dah ckp dgn parents x blh bwk junk food, tp masih ade parents yg letak junk food dlm party pack. si anaknya pulak, datang2 je dah show off kat kawan2 yg die ade bwk party pack dlm die ade gule2, coklat etc2. budak2 ni kalo dah tau, sure diorang asyik tanye je bile diorang blh dpt party pack tu.
    slalunya kami bg time diorang dah nak blk, suruh diorang bwk balik “nnt kat rumah tanya mama blh x makan ni?” coklat or biskut je kami bg makan kat tadika, cikedis/gule2/chewing gum mmg kami akan rampas kalau nampak sape2 makan.

    anak sy sniri mmg slalu dpt party pack yg isinya dah kurang, sbb mamanya dah tapis dulu isi kandungan party pack tu..

  14. salzahari Avatar
    salzahari

    bukan kat party birthday je, kenduri kahwin 1 lagi..haai, nak buat rampasan / komplot sorok pun serba salah sbb kdg2 yg bagi tu atok nenek yg sengaja bg/ simpan sbb nak bg seronok cucu atau jiran2!

  15. yana Avatar

    nasib baik taska anak saya akan pulangkan balik pada parents if party pack tu ada gula2 or coklat.. (yer, coklat pon takleh).. pastu, kismis saya tak brani nak bagi sbb ada budak2 yg below 2 years tu.. takut tercekik…

  16. eila Avatar
    eila

    Bg btol air ok ?!?? Hihihi…blh gune lme kn..

  17. lov Avatar

    d best entry ever psl doorgift utk ank2..

    truje n rasa bangga sgt ngn entry mcm ni.. xsgka sbenarnye kite jgk yg berikn ank2 kite mkn bnda2 xelok tu..budak2 mane tahu..

    erm lps ba entry ni nk tros brubah smpena bday ank hjg mngu ni.. alhamdulillah terima kasih tuan umah..

  18. Annie Avatar
    Annie

    Salam,

    Just nk respond ckit, saya pun mengalami dilemma sama jugak masa bila anak dpt party pack yg byk junk jer dlm tu…. X bagi anak mkn kesian, kalau bagi nnt addicted pulak…. Errmm.. Cuma nak share ckit yea, air vitagen or any yogurt drinks tu x sesuai letak dlm party pack, sbb dlm air tu ada live culture yg perlu di simpan pada suhu sejuk, kalau dalam suhu bilik live culture tu akan rosak dan bertukar jadi bakteria yg akan memudaratkan dan bole jadi food poisoning… Ini pernah berlaku pada anak saya, dan bila investigate rupa2nya kat taska tu dia ada minum air vitagen dlm party pack tu, so ramai jugak budak2 taska yg kena diarrhea sbb minum vitagen rosak.. So, as parent kita kena aware benda2 mcm nih…. Anyway, like to the max idea bagi epal sorang sebijik tuu… 😉

  19. Lilie Hashim Avatar
    Lilie Hashim

    As Salam,

    Setuju dgn cadangan yg diberi. Saya juga pening bila fikirkan tentang party pack utk anak sy sebelum bermula cuti sekolah yg lalu. Dr awal thn semua majlis birthday akan mendapat party pack yg semuanya junk food! OMG!!! So, sy mahu yg lain dr biasa. Setelah puas berfikir dan selari dgn budgetnya, Saya hanya memberi sekotak air milo , sekotak kecil koko cruch dan homemade cupcakes .

  20. ima Avatar

    assalam.
    sy pn setuju tu..plan utk next year pnya..first time ni..huhu
    sy minta izin share ye..tq

  21. nmu Avatar
    nmu

    Salam Sejahtera …………
    we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in a GREAT setting table!!

  22. […] Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak […]

  23. […] Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak […]

  24. ira Avatar

    wahh, nice idea. thanks sharing ye

  25. elly Avatar

    no 4 tu rare.. kikikiki.. sy pun rasanya tak nak bagi goodies yg sweet2.. kesian sama anakkan..

  26. Ell Avatar

    Tahun lepas saya bagi goodies yg ada stationery je. Dengan 1 swiss role. Tak nak bagi gula-gula sangat.

    Tahun ni rasa macam nak bagu buku kaler pulak. Hehe

Leave a Reply to ima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge