Tips & Petua Tambahkan dan Banyakkan Susu Ibu Serta Persiapan Untuk Ramadhan

by Mommy Lyna on July 31, 2009 · 34 comments

Tak sampai sebulan lagi kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Masa yang tinggal bersisa ni, masihkah ada puasa yang belum berganti? Ya, saya masih ada lagi. :D

Di samping tu, masa yang ada ni lah harus digunakan untuk merevise kembali hukum2 dan permasalahan tentang puasa, terutama bagi ibu mengandung dan menyusu. Atau merancang tentang raya? Bagi kami sekeluarga, menyambut kedatangan Ramadhan tu lebih bererti dan bermakna. Kami ni tak ada baju raya pun lagi, rasanya 2-3 hari nak raya baru kalut cari baju, especially untuk anak2 lah.

Kenapa Ramadhan dikatakan bulan mulia? Bukan, bukan sebab pahala terawikh yang digembur2 sebagai ‘WOW!’ sampai ada yang selama ni tak amik berat pasal solat fardu, tapi terawikh taknak tinggal. Yelah, konon dapat pahala macam Nabi2 kan.

Ramadhan, selayaknya bulan mulia, sebabnya:

  • Di dalamnya al-Quran diturunkan. Rasulullah menerima wahyu dalam bulan Ramadhan dan Jibril hadir pada Baginda untuk menyemak pemahaman Baginda setiap Ramadhan.
  • Puasa di bulan ini adalah salah satu dari Rukun Islam.
  • Bulan di mana umat Islam dilatih untuk bersabar, bukan saja menahan lapar dan haus, tapi juga nafsu nafsi lain.
  • Masa terbaik untuk melihat perubahan diri adalah di bulan ini. Menurut ustaz saya, kalau nak tahu taubat/ibadat kita diterima atau tidak, tengoklah sikap kita pada bulan Ramadan. Kalau masih sama je macam dulu, paham2 sendirilah…
  • Bulan kita berukhwah. Siang2 hari mungkin ada tazkirah di pejabat, malam2 pula ke masjid berterawikh.
  • Bulan rezeki. Peniaga2 makanan di pasar Ramadhan dan peniaga2 barang persiapan raya.. masyuuuk.

Antara cara untuk menyambut Ramadhan (bukan sambut raya):

  • Berdoa dan bersyukur pada Allah kerana ditemukan lagi dengan Ramadhan kali ni. Tok Pa pergi tanggal 21 Ramadhan tahun lepas…
  • Bergembira dengan kedatangan Ramadhan. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka”.
  • Revise dan belajar balik tentang hukum2 di bulan puasa. Apa benda membatalkan puasa, apa benda yang sunat dibuat, etc.
  • Bertaubat.
  • Buat projek Ramadhan dengan anak2 supaya mereka seronok dengan kedatangan Ramadhan, tak ada la rasa susah hati sebab tak boleh makan.
  • Siapkan agenda apa nak buat sepanjang Ramadhan ni, i.e. tadarus,tazkirah, terawikh etc.

Bagi ibu2 yang menyusukan anak, kedatangan Ramadhan memanglah satu benda yang mencabar. Ramai yang dah bersedia dengan stok2 secukupnya bagi menghadapi Ramadhan. Ye lah, siang hari dah tak dapat makan dan minum, so bimbang juga kalau2 susu tak cukup untuk keperluan anak. Maka berkejarlah ibu2 menyusu ke sana ke mari mencari petua2 untuk membanyakkan susu, terutama working moms.

Alhamdulillah, kali ni Mommy ada di rumah. Tapi Abiy minta juga Mommy sediakan stok. Sediakan payung sebelum hujan…

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:

Sebelum Bulan Puasa:

  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
  • Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
  • Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
  • Ceria2 selalu.
  • Ambil set B (breastfeeding) Shaklee.
  • Minum soy protein, milk shake.

Semasa Bulan Puasa:

Pemakanan

  • Makanan yang seimbang.
  • Banyakkan minum air tp jgn overdose hehe.
  • Banyakkan pengambilan protein dengan mengambil Soy Protein.
  • Minum susu.
  • Banyakkan makan kurma/jus kurma.
  • Ambil oat.
  • Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan yang tinggi protein, glukos dan cecair.
  • Mengambil supplement (set B di atas).
  • Antara makanan yang popular untuk tambahkan susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, halba.
  • Mengambil Performance Drink dan Mealshake untuk bulan puasa.

Fizikal

  • Elakkan daripada terlalu penat.
  • Banyakkan rehat.
  • Tidur secukupnya (impossible!)
  • Berurut.

Psikologi

  • Jauhi stress.
  • Jangan fikir tentang perkara negatif.
  • Sentiasa ceria.
  • Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
  • Selalu ingat pada anak.
  • Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah Taala.

Teknik

  • Pastikan teknik penyusuan yang betul. Kerapkan menyusui bayi.
  • Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  • Berjumpa dengan mereka yang PAKAR dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Quote dari Puan Farah Sarakids “Apapun, anggaplah kita sedang melakukan 2 ibadah di bulan ramadhan ini iaitu: Berpuasa dan menyusukan anak.

Semoga semua amalan kita diterima dan menjadi kunci untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.

*untuk set B, Soy Protein, Performance Drink, Mealshake, etc. boleh hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com.

{ 34 comments… read them below or add one }

babycomel July 31, 2009 at 9:14 am

yeah….ramadhan dtg lagi..harap2 dptle kuruskan badanku yg dah semakin berat nie….

ramadhan last year rasa stress gakle coz aina fully BF, now dia dah campo FM so takle terasa kestressannye…

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:18 pm

ohhoooo…

semoga domudahkan semuanyerr

Reply

mama emma® July 31, 2009 at 9:28 am

hmmm…. ramadhan mjelma kembali…
.-= mama emma®´s last blog ..-FACEBOOK BOLEH BUAT DUIT KE?- =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:18 pm

kut ada rezeki lain Ramadhan nie? hihihi

Reply

NeroEcha July 31, 2009 at 9:45 am

Rindu nye gan ramadhan..jom pulun simpan stock….
.-= NeroEcha´s last blog ..Alhamdulilah.. =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:19 pm

pulun jgn tak pulun!

Reply

yatie chomeyl July 31, 2009 at 11:09 am

berdebar ni menunggu ramadhan..tp lo ni meme gigih buat stok..harap2 byk membantu la nanti.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:20 pm

ore kelate mmg gigih!! (apo kaiter?)

Reply

aidie July 31, 2009 at 11:17 am

wajib tambah stock! at the moment pun stock dah kurang..aja aja fighting!

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:20 pm

cayoookkk cayoookk!!!

Reply

sitisifir10 July 31, 2009 at 12:29 pm

Mm..akak dah stop BF. Puasa tak habis ganti lagi tapi en somi tak kasi posa siap Ramadhan pun dia kata tak payah posa due to bleeding 2-3 hari sekali…ntah la rasa sedih nak nangis!!!
.-= sitisifir10´s last blog ..Change ‘Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah’ To Something New =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:21 pm

syyhh… syhhhhh… (sambil tepuk2 bahu makcik siti)

Reply

farah July 31, 2009 at 3:17 pm

thanks for the tips..perlu bersiap sedia dr skarang..mmg dah terasa pon bile puasa ganti je susu pon kurang sikit.
.-= farah´s last blog ..How to wear high heels without suffering =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:22 pm

berusaha!!!

Reply

silbiabigail July 31, 2009 at 4:06 pm

masa ni la leh tgk sapa yg kuat! suami atau isteri? sapa kata wanita itu lemah?

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 4:22 pm

sapa kata wanita lemah? mai nk babab dia!!

Reply

Pnut July 31, 2009 at 4:31 pm

last year, bulan puasa akak masih BF Alesya
ada ketika terpaksa berbuka puasa sebab susu slow je.. (opsss belum abeh ganti puasa)
baby lak menangis, meraung..tak cukup supply…
FM milk lak masa tu dia tanak..
last-last emaknya pun meraung sama kat tepon kat bapak baby, kesiankan baby..

komen yang entry sbl ni pasal anak bijak tu..
yup akak agree, nak ajak bijak tak payah nak ransang lebih-lebih..
akak ni tipikal emak-emak sikit dolu kala sikit, sorry la nak beli segala neka learning gadjet yang depa dok jual tu…

masa si abang kenal-kenal huruf dan angka, kami suruh dia baca plat keter je time pegi berjalan… lagi sikit bila tau bunyi (si abang belajar membaca kaedah fonik-jadi dia tau bunyi berbanding mengeja) so bila dia tau BA tu bunyinya BA, kami suruh dia layan iklan surat khabar, baca menu kedai mamak..

tader pulak kami suruh dia baca buku tadika dia..eheheh budak ni malas sikit tak tekun..dlam dok main-main gitu, sedar tak sedar, belum masuk usia 5 tahun dia dah boleh abca surat khabar, baca subtitle bile tengok tv….

so kalau ada masa ajar la anak membaca dengan kaedah fonik tu, cepat je budak membaca..
.-= Pnut´s last blog ..BF vs FM lagik?? =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 5:27 pm

saya masa puasa tahun lepas tgh pregnant Fahry. susu memang drop sgt2 la masa tu. lepas je puasa mmg tinggal titik2 je. sampai saya kena buka puasa awal beberapa hari sebab bila puasa, malamnya hafiy nangis2 kehausan. hehehe. nakwat cemana kan… sempatla jugak dia merasa susutin.

ahah, igt cerita akak masa kat Boulevard tuhari. orang kata budak premie bijak kan? amiin.

Reply

afrinabatrisyia July 31, 2009 at 5:02 pm

Last year mama afrina tgh pregnant,so xde masalah sgt ms pregnant, alhamdulillah…posa pun cukup sbb due after raya…tp dugaan sgt sbb ms mama preggy kn always want to eat, so sabo jek la….tp, segalanya lancar dgn dorongan my Hubby..thanks Hubby! So, tahun ni kne keep it up la..sbb tahun ni posa sure xcukup..yela..sbb xpreggy kan…**sob sob**
.-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Pelangi @ Rainbow :: =-.

Reply

Mommy Lyna July 31, 2009 at 5:28 pm

ahahaha. takpa tak cukup nanti kita gantiii huhu :P

Reply

Rai July 31, 2009 at 10:22 pm

saya baru abis ganti posa tahun lepas yang 20 haru tu atas dorongan suami hari ni..alhamdulillah suami siap tolong kejut sahur dan masakkan sekali walau pun dia tak mau teman saya puasa..sobsob..tapi itu tak termasuk puasa tahun lepas lepas..ishk..kalau tak ada keuzuran nak ganti sebelum masuk ramadhan tahun ni..tapi susu pun berkurangan seiringan dengan kepuasaan ku..a
.-= Rai´s last blog ..My 10 month old prince =-.

Reply

Mommy Lyna August 2, 2009 at 10:32 pm

Oh itukah penyebab kekurangan susu baru2 ini?

Reply

NaDiaH SiDeK August 2, 2009 at 5:12 am

Performance Drink dan Mealshake tu apa dia? sy tak prnh dgr
.-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Contest Catatan Ibu (Jom Main Air Bersama..!!!) =-.

Reply

Mommy Lyna August 2, 2009 at 10:32 pm

Ia adalah produk dari Shaklee. Ehe.

Reply

kakyong August 2, 2009 at 9:10 pm

hmmm.. setakat ni latihan puasa ok.. masih tidak menjejaskan susu badan.. tp x tau lah Ramadhan ni.. Ramadhan tahun lepas okay jer…
Insya ALlah harap2 cukup lah, lagipun Aliya pun dah mula makan….
.-= kakyong´s last blog ..Vote for Aliya pulak… ;) =-.

Reply

Mommy Lyna August 2, 2009 at 10:34 pm

Caiyok kakyong! Sy thn ni first time puasa + tandem nurse. Thn lepas puasa + bf + pregnant. One had 2 sacrifice..

Reply

Kak N August 3, 2009 at 10:37 am

Salam. Jemput join contest bulan ni. Hadiah utama stay kat Marriot Putrajaya!

Reply

Achik August 2, 2010 at 9:47 am

Along, kalau along ingat lg..achik satu umah dgn ain ms kt utp dulu..rumet mart. nak pesan set trial yg RM80 tuh..camne payment?

Reply

azlin azmi August 3, 2010 at 5:09 pm

please… i need ur help mommy lyna… i need the ‘SET B” ASAP to produce my milk… perlu sangat takut kekurangan susu coz saya ganti pose untuk
3-4 hari pun macam kurang dah… saya tak dapat pam susu coz tidak bekrja di ofic dan travel by bus frm seremban to kl.. hanya selalu berdoa moga susu sentiasa ada untuk bby yang baru 3 bulan. saya pun sering pam selepas pulang ari kerja (8malam) after fetch my bby from nursery untuk simpanan esok di nursery. kadang2 tak cukup so terpaksa top up susu formula.. he is my first bby…

Reply

baby dayyan August 10, 2010 at 4:51 pm

bagaimana nak order set b breastfeeding?

Reply

Mommy Lyna August 10, 2010 at 5:31 pm

Mama email saya sauberlina@gmail.com ya utk place order

Reply

rozita August 25, 2010 at 12:30 pm

seronok betul baca ruangan mommy lyna ni…
banyak info….

Reply

siti khadijah March 16, 2011 at 10:55 am

assalam..camne ak order set B?

Reply

su August 2, 2011 at 10:41 am

Sy xsempat prepare stok susu byk2 before puase n since smalam mmg obvious susu sy reducing. sedih btol..tak tau camane nak buat skarang..
:(

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: