, , ,

Tips Bisnes Online Gaya Mommy Lyna

admin Avatar

Sekarang ni dah ramai yang buat bisnes online, macam2 bisnes boleh kita buat secara online ni. Samada menjual barang, atau menjual benda yang bukan ‘barang’, barang fizikal barang digital semua boleh. Macam2 jenis blogshop boleh kita jumpa, ada yang mudah, ada yang sukar, macam2 jenis lah.

Nak tahu tips bisnes online gaya Mommy Lyna? 🙂

Bisnes online sepatutnya mudah, pertamanya kerana kita tak perlukan tempat untuk menjalankan bisnes, cukup sekadar tempat yang kita dah ada – rumah sendiri. Malah bilik sendiri. Yang kedua, bila tempat fleksibel, masa pun fleksibel. Tak perlu buka jam 10 pagi tutup jam 10 malam. Boleh buka 24 jam, bila-bila masa sahaja. Yang ketiga, pasaran tak terhad. Selagi tempat itu ada talian internet, kita boleh pasarkan bisnes kita ke mana saja.

Namun begitu, bisnes online ni tak semudah buat blog, ataupun buka akaun FaceBook dan Twitter.

Bisnes online, sama seperti bisnes konvensional yang biasa, ia tetap tak semudah ‘asal buka kedai’ atau ‘asal buka blogshop’.

Malah, produk yang dijual, bukan boleh ‘asal ada’ atau ‘asal laku’.

Kebanyakan pengusaha bisnes online terpengaruh dengan ‘hype‘. Sistem hype, produk hype,.. segala yang hype. Bila terpengaruh dengan benda hype ni biasanya membuat kita jadi hyper, lantas melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Orang buat A, kita pun nak buat A, orang buat B, kita pun nak buat B.

Jadi, secara ringkasnya, untuk memulakan bisnes online yang lestari:-

  • Buat kajian produk. Bukan sekadar produk yang best tapi ketahui margin keuntungan, mass product atau jual satu dah boleh cover kos 5 barang… dan sebagainya
  • Pilih medium pemasaran yang tepat.
  • Sanggup untuk belajar – learn, unlearn & relearn. Dan sanggup expect bahawa no-free-lunch.
  • Dapatkan mentor bisnes yang sudah berjaya dalam bisnesnya.
  • Mempunyai perancangan jangka panjang.

Itulah antara tips bisnes online gaya Mommy Lyna.

Namun begitu, usah terlalu takut nak mencuba atau nak tunggu semua sempurna baru nak mula. Dalam bisnes biasanya kita belajar dari pengalaman (kebanyakannya kesilapan). Jadi, perlu bersedia untuk membuat kesilapan dan mengambil iktibar darinya.

Selamat memulakan bisnes online!

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Tips Bisnes Online Gaya Mommy Lyna”

  1. mama meah Avatar

    aku ikot gaya mu, tp cbg bizz yg lain. dh siap lom blog ku? bgtau nanti aku transfer duitnye…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      doh buat ko?

  2. peaches Avatar

    salam mommy Lyna… Interesting post…business online pun perlukan komitmen..tak semudah yang orang sangkakan…kadang kadang produk tak menepati harapan pengguna…kadang kadang pos buat salah…semua ni risiko 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam peaches

      semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi 🙂

  3. lenny Avatar
    lenny

    Berapa lama mommy lyna baru boleh capai kejayaan sekarang?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya mula belajar ttg bisnes online pada tahun 2006, secara sambilan je sebab masih kerja lagi masa tu 🙂

  4. irfa Avatar

    teringin jugak nak bukak kedai online tp asik bertangguh apa pun tak buat.hehe
    masih berfikir apa yg hendak di jual

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      fikirkan boleh!

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge