Tips Berniaga Online

By | December 8, 2011

Ramai yang nak berniaga tapi tak tahu nak jual apa. OK, tak apa. Itu lain kali kita kupas. Pendekata, kalau kena gaya, jual tah* pun orang beli.

Ramai juga yang berniaga online, tapi tidak faham bagaimana untuk memajukan bisnes online miliknya. Mempunyai blog, fanpage, shopping cart yang canggih bukan penentu kejayaan sesebuah perniagaan online (walaupun ia adalah elemen-elemen yang penting).

Bisnes online adalah satu cabang bisnes yang sangat luas. Di lautan internet ni, kita boleh berenang ke mana saja yang kita mahu, hampir tiada batasan. Dari internet kita boleh mendapat pelanggan dari serata dunia. Bukankah itu sesuatu yang bagus? Dan yang paling seronok ialah, kita boleh melakukannya tanpa perlu ke mana-mana.. hanya di depan komputer saja. Hebat, kan?

Jadi, bagaimana nak memajukan bisnes online? Di sini saya kongsikan sedikit tips berniaga online.

1.  Self-Branding

Bila sebut Giant, apa yang terbayang di mata? Bila sebut Siti Nurhaliza, apa yang terbayang di mata anda? Maka, jadilah seperti mereka. Dalam dunia internet, tiada sempadan untuk kita mencipta identiti. Ciptalah identiti dan karakter yang unik di internet, agar mudah diingati dan menjadi rujukan!

2. Konsisten

Dunia siber sentiasa bergerak laju. Setiap hari, pengguna internet bertambah, begitu juga dengan peniaga online dan teknologi yang bergerak seiring dengannya. Untuk sentiasa berasa bersama dengan mereka, kita hendaklah sentiasa dalam ‘trek’. Kalau tak mampu nak berlari bersama, tak mengapa. Asalkan konsisten. Istiqomah kata orang tu… Jangan sekejap ada sekejap tak ada. Nanti tenggelam tak timbul-timbul.

3. Kreatif dan Inovatif

Lihatlah sekeliling, belajarlah dari yang lain. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru, atau menerbitkan idea yang telah dimulakan oleh orang lain.

4. Libatkan diri dalam Media Sosial

FaceBook, Twitter dan sebagainya merupakan fenomena baru dalam komunikasi. Gunakan sepenuhnya kemudahan ini. Ia lebih menjimatkan!

5. Amalan Murah Rezeki

Walau apa yang kita buat, amalan spiritual adalah elemen terpenting. Sekurang-kurangnya, jagalah hubungan sesama manusia. Jauhi permusuhan, bina persaingan sihat, jangan cantas bisnes orang. Rezeki lebih berkat dan terbuka bila kita buka peluang untuk yang lain.

Cubalah!

🙂

Category: Perniagaan Tags: , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge