,

12 Cara Simpan Duit Untuk Yang Baru Bekerja

admin Avatar

Seperti kebanyakan orang (kebanyakan, buat semua), saya graduate dengan saving yang KOSONG. Kosong sebab asyik berjoli semasa di universiti. Maklumlah, kecil-kecil tak pernah merasa, dah ada duit sendiri (duit scholar je kot) mula lah nak rasa itu dan ini.

Namun, semasa tempoh antara habis belajar dan mula bekerja, Allah beri kesedaran. Mungkin sebab terlalu boring tak tahu nak buat apa. Saya meluaskan pembacaan kepada bahan-bahan yang berbentuk ekonomi. Sejak itu saya mula sedar – saya kena ada saving. Habis belajar, saya memang tak ada duit. Duduk di rumah tanam sayur. Eh, memang betul saya tanam sayur. Dapatlah merasa anak beranak makan. Alhamdulillah.

Tips ini adalah khas untuk adik-adik yang baru habis belajar dan tak ada wang simpanan. Secara automatik, saya akan tukar nama jadi Akacan (akak cantik) 😀

Pertama sekali, adik-adik kena faham kenapa kita kena ada saving. Saving bukan untuk duit kegunaan masa kecemasan. Saving adalah untuk kita capai cita-cita masa depan kita, dan untuk hidup selesa. Sekarang mungkin adik tak rasa, adik belum ada keluarga, adik belum ada anak-anak. Tapi cuba adik fikir 10 tahun ke hadapan.

Makin lama, duit kita makin susut nilainya (inflasi). Barang-barang keperluan makin mahal. Rumah, kereta..tak usah cakap. Tapi satu benda yang tak meningkat naik seperti harga barang adalah GAJI. Ye adik-adik, gaji.

25 tahun lalu harga rumah 2 tingkat di KL dalam RM80,000. Gaji guru ijazah masa tu RM1000. Sekarang gaji guru ijazah RM2000, harga rumah yang sama di KL dah lebih dari RM800,000. Kalau nak RM80,000 mungkin boleh dapat bilik je. Flat pun dah lebih RM100,000.

Demi masa depan adik-adik dan generasi adik-adik, keluar dari dunia yang penuh penipuan ni dan hiduplah dalam realiti. Jadi, adik-adik nak kena buat apa?

1. Baca buku berkaitan kewangan

Akan ramai orang (kawan-kawan) yang datang menemui adik-adik dan ajak adik-adik melabur dalam macam-macam benda… emas, bisnes, tanah, dan macam-macam lagi. Sebelum adik meleburkan diri dan benda-benda itu, laburkan dulu untuk pengetahuan adik-adik…

Beli buku, dan baca. Dapatkan exposure. Cari kawan yang ada misi dan visi macam adik juga. Mana nak cari? Jangan risau, kalau adik ada target, adik pasti akan jumpa kawan yang macam tu.

2. Simpan dulu, baru belanja

Masa mula-mula bekerja, Akacan simpan dulu sebahagian dari gaji. Simpan di tempat yang tak boleh nak withdraw sesuka hati, contohnya amanah saham. Gaji tak besar pun. Simpan dulu untuk masa depan kita. Sekarang ni masih belum ada komitmen, boleh ikat perut. Tak perlu nak bergaya-gaya sangat. Makan ala kadar saja. Kawan-kawan ajak berjoli, tolak dengan baik.

3. Beri duit pada ibu bapa

Walaupun mak ayah kita dah jutawan, beri juga duit dari hasil titik peluh kita kepada mak dan ayah. Ia sebagai tanda “Mak ayah jangan risau, saya pandai uruskan kewangan dan kehidupan saya”. Jangan sesekali minta duit dari mak ayah. Kenapa? Mulut mak ni masin, doa dia makbul. Kalau kita beri mereka duit, biasanya mak akan kata “Senang hidup anak aku ni, siap boleh beri duit” – insya-Allah, senang hidup kita walaupun gaji kecil. Tapi kalau kita asyik minta duit, mungkin dia kata “Anak aku ni gaji tak cukup ke? Asyik minta duit je” – tidak ke asyik tak cukup duit gaji?

4. Jangan berhutang

Berhutanglah untuk 3 benda saja – belajar, beli rumah dan beli kereta.  Jangan berhutang dengan orang. Cuba minta bantuan, tapi jangan berhutang. Cari jalan dulu untuk selesaikan kalau ada masalah kewangan.

5. Buat target simpanan

Buat satu jangkamasa untuk menyimpan. Contohnya nak beli rumah harga RM500,000. Jadi sekurang-kurangnya adik kena ada saving RM50,000. Tetapkan target bila adik nak beli rumah, misalnya lagi 3 tahun. By hook or by crook, 3 tahun lagi saving adik kena ada sekurang-kurangnya RM50,000. Mulalah menyimpan dari sekarang ye.

Adik boleh kategorikan simpanan adik, mengikut keperluan adik. Misalnya :-

  1. Simpanan untuk kahwin (tak ada calon lagi pun tak apa, lebih baik tak ada calon tapi ada duit, jumpa je boleh nikah terus. Daripada ada calon tapi duit tak ada, silap-silap dikebas orang).
  2. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
  3. Simpanan untuk perubatan (di samping itu adik boleh beli insurans takaful).
  4. Simpanan untuk beli kereta.
  5. Simpanan untuk beli rumah.
  6. Simpanan untuk hobi, holiday, dan sebagainya.

6. Buat plan & rekod perbelanjaan

Bila keluar duit, catat. Tengok kat mana duit adik habis. Dari situ adik boleh analisa, di mana lagi adik boleh berjimat. Seterusnya, adik boleh plan di mana adik boleh gunakan wang adik, dan di mana adik boleh cut perbelanjaan.

7. Belanja ikut keperluan, bukan diskaun

“Murah ni, diskaun ni” “Eh tu murah tu ada diskaun” Haaa ni bahaya ni, boleh membunuh! Kalau tak perlu tak payah beli, biarlah diskaun 100% pun.

8. Belanja ikut keperluan, bukan isi poket

Tengok poket, ada duit. Eh, boleh belanja lagi ni. Biarlah duit kita ada lebih 4-5 ratus pun, jangan ajar diri belanja untuk habiskan duit. Duit lebih, simpan, atau sedekah kepada yang lebih memerlukan.

9. Jangan guna kad kredit

Ramai orang salahguna kad kredit untuk berbelanja melebih-lebih dari duit yang ada. Kalau adik termasuk dalam golongan yang mudah lupa diri dan tak faham fungsi sebenar kad kredit, jangan guna terus. Buat kad debit kalau perlu.

10. Tambah pendapatan

Masa Akacan baru berkahwin, kami buat kira-kira.. untuk hidup dengan selesa tanpa tekanan, kami tak boleh nak bergantung pada gaji semata-mata. Mesti buat side-income. Masa tu, target kami buat side income adalah untuk beli keperluan anak. Alhamdulillah, memang rezeki anak-anak ditentukan…

11. Bersedekah

Bersedekahlah, walaupun gaji kita tak banyak. Paling senang, setiap kali adik ke masjid, masukkan ke dalam tabung masjid. Ada kempen menderma, dermakanlah seikhlas hati. Insya-Allah, apa yang adik keluarkan tidak sia-sia, malah dibalas berganda-ganda. Jadikan tabiat rajin bersedekah. Insya-Allah, hati adik pun akan lebih tenang.

12. Jangan biarkan material beraja di hati

Adik tengok kawan-kawan beli kereta besar, adik jangan rasa kecil hati. Apa fungsi kereta? Untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain kan. Apa beza kereta besar dengan kereta kecil? Kalau kereta besar boleh sampai ke tempat kerja lebih cepatkah? Kalau adik kerja di KL dan tinggal di Tanjung Malim macam Fdaus Ahmad The Takafulman, mungkin ia kelihatan logik. Tapi kalau sama-sama terperangkap dalam jem, kalau Akacan pun akan rasa lebih seronok kalau naik motor (tapi Akacan takut naik motor). Fdaus Ahmad naik bas je tau.

Hari ni mungkin adik rasa tersisih, tak glamour, ‘kampung’, tapi percayalah, satu masa nanti adik bakal tersenyum dan bangga berkongsi tips dengan orang lain pula.

Semoga tips ringkas ni dapat membantu adik-adik menabung dan menikmati kehidupan masa depan yang lebih baik. Elakkan membazir sekarang, gunakan masa berharga untuk lakukan perkara berfaedah dan tidak menghabiskan wang adik sia-sia.

Bila kita dah biasa dengan pengurusan kewangan yang betul, minyak naik ke turun ke, ringgit jatuh ke naik ke, kita tak ada benda yang nak dirisaukan. Insya-Allah… dan satu lagi, masa yang ada pergilah menuntut ilmu di tempat yang betul, jangan asyik menghadap FaceBook.

Tagged in :

admin Avatar

10 responses to “12 Cara Simpan Duit Untuk Yang Baru Bekerja”

  1. kinna Avatar
    kinna

    betul..akak dulu pon berjoli jugak dik..dengan duit pama dan ptptn. dh keje n kawen baru insaf…moralnya, berjimat cermat dan berpada-pada dalam berbelanja agar hutang tidak menjerat diri 🙂

    1. Alom Avatar

      Betul kak! Yg penting jgn ajar diri berhutang

    2. Adik bongsu Avatar

      Masalahnye bile nak kahwin tu la baru nampak…
      Punca dari masalah datang dari pada ..harga rumah yang melampau2..

      Bile dah mula sewa apa pon x boleh simpan..

      Tips 2. Simpan dulu, baru belanja
      Kalau nak bli cincin ke rantai ke ?macamana?
      beli awal lagi bagus ke?atau sebaliknya?

      1. Azwan Avatar

        Tips2. Simpan dulu baru belanja.
        Beli awal atau beli lewat tak de beza. Beli bila mampu. Kalau kita beli sesuatu yang diluar kemampuan, kemungkinan besar kita akan terpaksa menjualnya di masa depan.

  2. nini Avatar

    Duit ptptn….kalau boleh simlanseparuh dan gunakan selebihnya…ataupun guna unyuk modal bisnes….

  3. niza azman Avatar
    niza azman

    Terus bersemngt untk jadi seorang yg lebih berjimat.
    Tq for the advices..;)

  4. Encik Tengku Avatar
    Encik Tengku

    Assalamualaikum, saya Zimy dari Hong Leong Group nak offer anda satu plan untuk simpanan.

    Plan ni namanya Wealth Plan. Kami akan jamin anda akan dapat pulangan yang tinggi setiap tahun selama 30 tahun, anda hanya perlu menyimpan selama 6 tahun sahaja.

    Contoh, anda menyimpan RM100k setiap tahun dan kami akan beri anda sebanyak RM23k setahun.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
    Sila hubungi no. 01136967672.

  5. wan Avatar

    SILA KE LINK INI UNTUK MENDAFTAR SSPN-I PLUS TERIMA KASIH ADMIN SSPN-i Plus Online<

  6. Mazlina Avatar

    Satu lagi tips, lepasa dah bayar hutang, jangan pulak buat hutang baru hehe 🙂

Leave a Reply to daya rudy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge