Tips Berjimat Tapi Tetap Boleh Balik Kampung Beraya

admin Avatar

Kecoh di kalangan para netizen dengan cadangan seorang pakar penasihat kewangan supaya ubah sikap dengan tidak balik beraya di kampung untuk berjimat. Cadangan ini mendapat bantahan dari kebanyakan rakyat Malaysia, terutama yang tinggal berjauhan dari keluarga.

Walaupun ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh beliau, bila balik kampung, belanja akan bertambah. Apa salahnya tahun ni tak balik kan?

Tapi memandangkan isu balik raya ni amat sensitif dalam masyarakat kita, mana taknya lagu raya pun suruh balik kampung. Iklan raya apatah lagi. Orang tua menangis di pagi raya tunggu anak balik dari kota. Jadi saya nak kasi tips ni untuk dapat dua-dua, jimat pun dapat, balik kampung pun dapat.

Sebenarnya saya agak kurang faham dengan ‘sikap’ yang dimaksudkan. Sikap apa yang buruk sampai kena ubah? Sikap balik kampung beraya dengan ibu bapa?

1. Recycle baju raya

Bagi orang yang berkahwin biasanya akan bergilir beraya. Kalau tahun lepas beraya di kampung mentua, tahun ni di kampung sendiri. Pakai aje balik baju raya tahun lepas. Orang kampung kita belum tengok lagi baju raya kita tahun lepas. Kalau dah tengok pun, diorang pun dah tak ingat kot. Kalau ada aunty2 yang becok sikit bertanya “Macam pernah tengok baju ni tahun lepas” cakap kat dia “Makcik nak saya tukar baju ke nak saya tak balik raya?”

2. Tak payah beli baju raya

Sunnah di hari raya kita pakai baju yang paling cantik. Takkan le dalam banyak-banyak baju yang kita ada tu tak ada yang cantik. Kalau ada tak pun, pasti ada baju yang paling cantik antara yang lain. Apa yang salah kalau pakai baju yang bukan dibeli baru?

3. Kongsi kereta

Bukan kita seorang saja dari kampung yang sama kini menetap di bandar yang sama. Boleh kongsi kereta dengan adik-beradik, kawan-kawan, mahupun network di media sosial untuk balik kampung bersama. Bayangkan biasanya kita seorang yang tanggung segala kos minyak, tol… tahun ni boleh bahagi sama rata.

4. Tidur di rumah ibu bapa

Tahun-tahun sebelum ni mungkin ada yang biasa tidur di hotel kerana rumah ibu bapa yang sempit, tak banyak bilik dan tak selesa. Tahun ni cubalah tidur beramai-ramai, alah bukannya lama pun 2-3 hari je. Kalau tak selesa juga boleh bawa khemah, tidur je dalam khemah.

5. Tak payah beli kuih raya

Sebalang kuih raya bukannya murah. Orang sekarang datang beraya pun bukan hairan sangat dengan kuih raya. Nak berselfie je manjang. Jadi tak payah beli atau sediakan kuih raya. Hidang aje biskut tawar 4 segi dengan teh manis. Lagipun, banyak lagi rumah lain yang kasi jamu kuih raya.

6. Beri duit raya lebih sikit

Dah le duit takde, kena bagi duit raya pulak dah? Orang selalu kata duit raya ni menyusahkan pemberi, dah le banyak duit habis untuk persiapan raya, kena pula beri duit raya. Disebabkan tahun ni kita dah banyak berjimat dengan perkara2 di atas, hulur-hulurlah duit raya lebih sikit. Mudah-mudahan dengan pemberian ikhlas kita itu melapangkan rezeki kita, dipermudahkan urusan kita. Niatkan pemberian duit raya sebagai hadiah ataupun sedekah, mudah-mudahan dengan itu pintu rezeki kita dibuka seluasnya dan rezeki kita ditambahkan 700 kalo ganda.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [2:261]

Saya rasa lebih tepat kalau sikap yang perlu diubah itu adalah sikap ‘semua nak ganti baru’, sikap membazir, sikap belanja ikut trend di hari raya… bukan sikap balik kampung jenguk keluarga. Malah di hari raya lah hari kita berkumpul dengan sanak saudara. Balik kampung hari lain boleh je, tapi kadang2 kita sorang je yang balik. Mak ayah pun sibuk dengan kerja2 harian mereka… ke ladanglah, ke kebunlah.. tapi di hari raya semua orang ada di rumah meraikannya bersama2.

Walau bagaimana pun terpulang kepada masing2. Kita masing2 ada prinsip hidup dan kekangan tersendiri. Tapi jangan pula kerana alasan ‘bajet tak ada’ kita bukan saja tak balik kampung, nak telefon tanya khabar mak ayah pun tidak sebab nak jimat. Apa lagi nak hantar seringgit dua ke kampung. Berbuat baik dan menggembirakan ibu bapa adalah salah satu dari kunci murah rezeki.

Dan saya harap benda ni takkan jadi ‘budaya baru’ atau ‘sikap baru’ rakyat Malaysia dengan tak balik beraya kerana berjimat. Saya tak mahu di masa depan saya beraya berdua aje sebab anak2 tak boleh balik, ‘bajet tak cukup’. Naudzubillah.

admin Avatar

9 responses to “Tips Berjimat Tapi Tetap Boleh Balik Kampung Beraya”

  1. nurul husna Avatar

    Part tak beli biskut raya tu dah lama saya amalkan. Kalo beli pn sejenis je buat buah tgn blk kg..kalo org nk dtg raya beraya saya akan jamu laksa ke bihun ke…menu raya mmg jarang ada.sebab tetamu x mkn pun.

  2. Ros Avatar

    Baju raya husband recycle je. Setiap tahun ikut warna apa beliau nak pki. Cari sehelai dua baju warna yg sama utk anak-anak agar masih sedondon.

  3. Ani Haryani Avatar

    Setuju dengan semua tips kat atas.! Itu yang Ani buat tahun ni, kuih buat sendiri, recycle baju raya. Sangat menjimatkan 😀

  4. Raihanah Ahmad Avatar

    kain dah beli sejak tahun lepas, dah buat pun sebelum puasa hari tu. next year la buat tips ni. biskut raya pulak alamak dan tempah, kalau tak boleh juga tak payah beli kan. hmm

  5. emalin mohd Avatar

    Kurangkan biskut tunjuk! Tapi masalahnya saya baru buat satu adunan biskut dah surrender. huhu..kena menunjuk juga sikit-sikit…

    Yang penting belanja mengikut keperluan dan ekonomi sendiri..

  6. ainul Avatar

    time raya biskut bukan makan sangat. baik lebihkan makanan berat mcm lemang ke, nasi goreng ke.

  7. Nia Mk Avatar

    Part bagi duit raya lebih sikit tu paling best 😉
    Allah s.w.t lipat gandakan rezeki lagi bila kita rajin memberi.

  8. Amyz Avatar

    Tahun ni saya tak beli baju raya utk saya. Baju raya anak2 saja cukupla.. Hehehe.

  9. Sal Avatar
    Sal

    Lama x menjengah…hahaha.

    Ya setuju sgt dgn tips tu semua…

    Maaf cakap, Melayu kita suka sgt berlebih nak sambut Syawal.. Nak sambut Ramadhan, dah sibuk serbu Jakel dan Kamdar cari kain nak pakai raya…Hmmh…Nak sedondon2 pulak..Pdhal lelaki pakai setahun sekali je, kalau rajin sikit pakai laah hari Jumaat atau masa gi surau…Akhir tahun, sebab perut dah bertambah 4-5 inci sedekah le baju tu…

    Thn ni Sal langsung x beli kuih sbb thn lps dah kurangkan beli pun, still x habis..Sebab kita pun gi beraya,org dtg raya pun dah nak masak mkn berat lain! Memang kuih takat jamu mata je bukan tekak…So thn ni mmg x tgk. Buat sdiri pun 2 jenis, 2 balang takat makan sdiri2!

    Selain dari tu, boleh cuba tips naik Tren (wow..lega laa saya dah ada ETS) atau Fligh..Book je awal2 mesti dpt kos yg hampir sama dgn perbelanjaan balik dgn kereta/ MPV. Yg bestnya, inshallah tak penat dan tak stress sangkut dgn jem!

Leave a Reply to Nia Mk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge