Tips Atasi Masalah Angin Ketika Mengandung

admin Avatar

Masuk kandungan yang ini, dah 2 kehamilan berturut2 saya mengalami masalah angin sepanjang mengandung. Benda angin masa pregnant ni bukan main-main.. nak bernafas pun sangkut, tidur pun tak boleh lena.

Masalah angin ketika mengandung ni kebanyakannya berpunca dari pemakanan. Pantang silap makan, angin satu badan. Macamana nak tahu makanan yang dimakan tu penyebab angin atau tidak?

ANGIN KETIKA HAMIL

Senarai di atas tu di antaranya.

Lagi makanan yang saya pantang semasa mengandung ni ialah ubi. Tak kiralah ubi apa-apa pun, kalau tersilap makan ubi, alamatnya tak tidur malam.

Macamana nak nak hilangkan angin dalam badan?

  1. Saya telan 4 biji tablet Peppermint-Ginger Plus.
  2. Saya makan biji labu (Nutriferon).
  3. Saya sapu minyak halia di perut.
  4. Saya minum air lemon suam.
  5. Saya minum stomach tea.

Biasanya lepas bangun tidur esok pagi, dah tak ada dah angin. Datang balik kalau salah makan.

Apa yang penting, mesti sangat-sangat jaga makan. Biar cegah, jangan dah kena baru tak tentu arah.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Tips Atasi Masalah Angin Ketika Mengandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge