Tidur dalam Keretapi Dari Zurich ke Amsterdam

By | April 22, 2013

Dari Zurich, kami berangkat ke Amsterdam di Holland dengan overnight train, City Night Line. Maklumlah nak memaksimumkan masa. Kami menaiki CNL Pegasus dari Zurich Stadelhofen ke Amsterdam Central Train Station, bertolak dalam jam 6 petang camtu.

Tren ni ada banyak gerabak, dan gerabak kami adalah sleeping car double cabin yang terdiri dari kerusi yang boleh dilipat menjadi katil, dan sebuah katil di bahagian atas. Katilnya muat-muat je lah untuk tidur. Namun cukup selesa bagi pengembara seperti kami. Saya dan Danny tidur di katil bahagian bawah.

overnight train zurich

Ia juga ada menyediakan couchettes yang terdiri dari 4 atau 6 katil.

Cabin tren ni memang muat-muat, kalau nak solat tu, cukup-cukup untuk seorang. Ada loker, sinki kecil yang boleh dijadikan tempat berwuduk. Tandas dan bilik mandi dalam overnight train ni memang selesa dan bersih.Beg pula letak di bahagian atas. Jadi, lantai boleh clear daripada beg-beg.

Disebabkan namanya ‘overnight train’, maka sepanjang jalan tiada pemandangan dapat dilihat. Kami pun mengoptimumkan masa dengan berehat dan tidur, kerana esoknya tiba di Amsterdam terus menjalankan misi jelajah Amsterdam. Tren ni merentasi Jerman sebelum masuk ke Holland, tapi sehelai rumput Jerman pun kami tak nampak. Mana tidaknya, gelap 😀

Tiket untuk double cabin ni dalam 220 Euro macam tu untuk satu cabin. Kami beli tiket ni secara online sebelum bertolak lagi.

Tidur dalam overnight train ke Amsterdam ni tak penat sangat. Mungkin sebab perjalanan lancar dan fasiliti dalam tren pun dalam keadaan baik. Berbeza dengan pengalaman ber-overnight train dari Kaherah ke Luxor di Mesir. Tak boleh tidur sangat, asyik terganggu, dengan fasiliti yang…. er.. nanti lah cerita dalam siri pengembaraan ke Timur Tengah 🙂

Pendekata, untuk kami yang simple ni.. tiada komen untuk Pegasus. 5 stars!

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Amsterdam selepas tidur nyenyak selama hampir 7 jam. Selepas bersarapan (free breakfast served in the cabin), siap-siap untuk mendarat!

kembara bersama si kecil

Selepas tumpang letak rucksack di hotel yang jaraknya cuma jalan kaki dari Central Train Station, kami terus cari kenderaan ronda-ronda Amsterdam pula.

Info tentang City Night Line boleh dapatkan dari website ini.

3 thoughts on “Tidur dalam Keretapi Dari Zurich ke Amsterdam

  1. puan selina

    wow. macamana ya tidur dengan baby dalam train tu? tak nangis ke?

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      hehe, OK je since dia breastfeed, so senang je tidokan dia 🙂

      Reply
  2. Rina

    Kalau dalam perjalanan kebanyakan anak selalu tertidur ya,,, semoga perjalanannya ke Amsterdam berjalan lancar mbak 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge