Tidak Semua Orang Bernasib Baik

By | July 20, 2011

“Aku exclusive BF anak aku. Ko cemana?”kata Fasha (bukan nama sebenar) kepada kawannya, Fazura (bukan nama sebenar).

“Aku campur-campur” jawab Fazura.

“Ish, kenapa tak full BF?” ujar Fasha.

“Susu aku tak banyak lah” ucap Fazura.

“Ah, alasan ko je tuh. Susu kita ni, selagi ada permintaan, ia akan sentiasa banyak. Kesian anak kau minum susu lembu” kata Fasha.

“Tak semua orang bernasib baik…”ujar Fazura dengan nada sedih.

Semua ibu ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat anak masing-masing. Saya percaya kalau semua ibu tahu kebaikan susu ibu dan mendapat akses untuk ilmu penyusuan, semua orang nak menyusukan anak dengan susu terbaik tu. Tapi iye lah, seperti kata Fazura. “..tak semua orang bernasib baik…”

Dalam hidup kita ni ada benda yang kita boleh ubah, dan benda yang kita tak boleh ubah. Yang pastinya kita tak boleh ubah masa silam, sejarah hidup, keturunan dan benda2 yang dah ditakdirkan macam siapa mak ayah kita, adik beradik dan sebagainya. Yang pasti juga kita tak boleh nak ubah orang lain, meskipun orang tu suami/isteri ataupun anak kita sendiri.

Dan yang pasti lagi satu benda kita boleh ubah. Diri kita dan rancangan untuk masa depan.

Kalau nak cerita tentang penyusuan susu ibu, saya pun bukan orang yang bernasib baik. Setakat hari ni mungkin bahagian susu untuk Danny syukur alhamdulillah, boleh la berkira2 nak beli deep freezer sebijik.

susu danny ibu

Tapi masa zaman Fahry memanglah sungguh cabaran. Hasil pam cuma cukup-cukup aje, especially masa dia dalam inkubator. Tapi itulah hikmahnya, masa tu la kawan2 dari Semenanjung kirimkan macam-macam makanan untuk membanyakkan susu. Besar nikmat di sebalik mehnah dan tribulasi 😀

Tapi itu bukan masalah untuk berhenti menyusukan Fahry.

Yang penting kita terus berusaha untuk mengubah benda yang kita boleh ubah –> perancangan untuk masa depan.

Kalau dulu tak ada ilmu, biarlah nak buat macamana bukan ada Doraemon kita boleh pinjam mesin masa. Biarkan ajelah yang dah lepas. Yang ke depan ni kita boleh usaha, dan usaha. Kalau tak tahu, boleh belajar. Kalau kurang, boleh tambah. Kalau lemah, boleh diperkuatkan.

Kita yang kurang bernasib baik sebenarnya dah bernasib baik, apabila kita bertemu dengan mereka yang ‘bernasib baik’. Itulah panggilan untuk mengubah nasib kita. Jadi, jangan cepat sentap bila seseorang umpama Fasha datang, mungkin Fasha lah ‘kunci’ kepada perubahan dalam hidup kita ni.

Carilah ‘nasib baik’ anda. Ada tu terselit kat situ-situ tu haaaa.

*to my surprised, selepas cuba mempraktikkan satu teknik rahsia ni, my hasil pam yang biasanya 24 oz per day menjadi 40 oz per day, so can send 100% of fresh milk to the school! Alhamdulillah, dengan izin-Nya. Sesiapa nak tau rahsianya sila email saya di sauberlina[@]gmail.com.

12 thoughts on “Tidak Semua Orang Bernasib Baik

  1. hunny ida

    as salam,

    memang terserlah kebenaran bila membaca catatan di atas. Ida antara yang kecundang di permulaan..selepas 5 tahun Ida bangkit semula dan tebus kesilapan. Alhamdulillah Ida berjaya..hingga kini 2 thn 5 bulan Airiel masih BF..kami belum mahu wean off..
    hunny ida´s menulis tentang ..Cite tentang mama..My Profile

    Reply
  2. suzila abdullah

    sya lagila kecundang utk 3 org ank… yg first bf kejap je… masa tu x tau apa pun..masa tu thn 2000, info pasal bf x byk.. ank ke 2&3, susu byk…dpt bf masa dlm pantang tpi bila start keje x tau cmne nk teruskan bf..perah kt ofice tpi pastu buang je susu tu… tpi alhamdulilah ank ke4 dpt bf sampai sekarang…dh 6 bln…bgi sya kegagalan sya tu la yg buatkan sya tekad & berazam nk bf selama yg boleh.. bila dh tau byk pasal bf ni, Allah je la yg tau betapa teringinnye sya nk susukan semua ank2 dgn susu sya… tpi sekurang2nye Allah bgi peluang utk ank ke4 ni.. setuju dgn mommy lyna.. carilah ‘nasib baik’ anda…

    Reply
    1. zura

      saya pon kecundang dgn 4 org anak…dek kerana xde pengetahuan yg betul tentang bf n xde support yg betul2 hebat w/pun dr encik suami (masa tu)…ada niat nk full bf tp apakan daya…niat tinggal niat…sampailah saya mengandung lg anak ke 5, saya tetapkan dlm hati utk full bf kali ni..saya terus terang ngn suami n terus beli peralatan..sambil tu cari info2 berkaitan dgn bf kt internet…and kemuncaknya saya jumpa mama lyna kt sini…sgt2 membantu…n skrg bby saya dah 8 bulan masih full bf..alhamdulillah…ayah baby pon senyum jerk sekarang sbb xde dah kecoh2 stok susu abis…pg jln2 pun x kecoh nak bawak bakul susu bagai…syukur sgt…yg sudah tu nak buat camana kan..doakan je la anak2 (kakak2 n abang baby) jd anak yg soleh n solehah w/pun minum susu ibu sikit jer dulu…huhuhu

      Reply
  3. tutyrahiza

    alhamdulillah masih berjaya bf amni untuk 4 bulan..wpun perjalanan masih jauh tapi insya Allah akan berusaha..seperti mommy lyna cakap, skang banyak tempat utk buat rujukan..

    sy masa kecik bf tapi campur2..masa mak keje siang diberi susu formula..malam berkepet dgn mak..awal2 pantang, mak suh sy buang susu yg diperah sbb tu amalan org dulu utk elak bengkak susu

    Reply
  4. safinas

    wahhh … nk tau gak mcm mn dr 24oz bleh jd 40oz …. mantap tuh.

    Reply
  5. aisyah

    Assalamualaikum,
    Saya Aisyah, saya sekarang sedang mengandung anak kedua dan kandungan berusia 4 bulan. Anak sulong saya berusia 7 bulan dan tidak lagi meneruskan susu badan kerana saya mengalami alahan yang sangat teruk ketika 3 bulan pertama kehamilan kedua.

    Anak sulong saya hanya menyusu terus melalui susu badan hanya selama 1 minggu kelahiran sahaja dan saya meneruskan susu perahan sehingga anak saya berusia 4 bulan. Saya tidak dapat meneruskan susu terus dari payudara kerana anak saya tidak mahu menyusu kerana dia kuat tidur dan akibat jaundis yang berterusan selama sebulan saya tekad memberi anak saya susu perahan siang mahupun malam.

    Penat…dan sangat penat kerana semua susu perahan yang saya hasilkan diberi kepadanya tanpa dapat membuat simpanan, akhirnya saya disahkan hamil anak kedua sedang saya giat memerah susu perahan setiap hari untuk kegunaannya.

    Akibat alahan teruk saya terus berhenti dan tidak dapat meruskannya lagi. Saya inginkan tip2 yang boleh membantu saya memperbanyakan susu sekaligus menarik minat anak saya untuk menyusu terus dari payudara selepas sahaja lahir. Ini kerana saya bertekad untuk menyusukan anak kedua saya sepenuhnya dan akan memberi anak sulong saya susu perahan agar kedua-dua anak saya memperolehi susu ibu, kerana saya tahu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

    Sila bantu saya untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak saya.
    Terima kasih.

    Reply
  6. Rahidah

    Assalamualaikum, saya cuba email, tapi x berjaya. Boleh share rahsia awak?…

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Waalaikumussalam Puan,

      Mntak email balik ke sauberlina(@)gmail.com ya.. Thanks 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge