The Richest Man In Babylon

admin Avatar

Memandangkan saya ada banyak buku dalam koleksi, maka saya memutuskan untuk mewujudkan kategori baru – Book Review dalam blog ni, untuk berkongsi buku-buku yang saya baca dengan pembaca blog ni. Book review saya mungkin bukan komen saya tentang sesuautu buku tu tapi lebih kepada perkongsian dan extract dari buku-buku ni… Mungkin juga sedikit komen kalau saya rajin, hehehe.

Untuk kali ni saya kongsikan tips-tips dari buku yang pernah dihadiahkan oleh suami saya satu ketika dulu.

richest man in babylon

The Riches Man in Babylon oleh George S. Clason.

The Riches Man in Babylon adalah koleksi kisah-kisah fable (dongeng) dari Babylon yang dikompilasikan oleh George S. Clason kerana baginya kisah-kisah begini sentiasa diingati sampai bila-bila. Buktinya cerita2 macam Ali Baba, Bawang Putih Bawang Merah, kekal dan disebut2 sampai sekarang.

Ia mengisahkan tentang seorang pembuat kereta kuda bernama Bansir yang membuat refleksi tentang masa depannya yang macam tak ada gaya nak berubah. Kerja kuat tapi miskin macam tu jugak.

Suatu hari kawannya seorang pemuzik bernama Kobbi mahu meminjam 2 syiling dari Bansir. Sayangnya Bansir tidak memilikinya, dan kalaupun dia ada, hanya itu saja syiling yang dia ada. Kedua2 sahabat itu akhirnya berbual tentang kehidupan mereka yang susah, dan bagaimana untuk menjadi senang. Mereka tak tahu bagaimana caranya sehinggalah teringatkan seorang kawan lama yang dah jadi orang kaya iaitu Arkad. Dari Arkad mereka belajar untuk menjadi orang terkaya di Babylon.

Dipendekkan cerita, di sini saya nak kongsikan 7 tips membina kekayaan, atau menyelamatkan dompet yang nipis dari The Riches Man in Babylon:

Tips 1 : ‘Gemuk’kan Dompet

  • Belanjakan 9 syiling daripada 10 syiling emas yang kamu terima
  • Simpan setiap satu persepuluh dari pendapatan

Tips 2 : Kawal Perbelanjaan

  • Buat bajet
  • Pastikan perbelanjaan yang wajib (keperluan) sentiasa boleh dibayar tanpa hutang
  • Perbelanjaan jangan melebihi bajet
  • Syiling emas ke-10 wajib disimpan

Tips 3 : Gandakan Emasmu

  • Jangan simpan bawah bantal
  • Jadikan setiap syiling emas ‘bekerja’ untuk kita
  • Melaburlah di tempat2 yang sesuai

Tips 4 : Pelihara Syiling Emas Dari Hilang/Rugi

  • Melabur hanya bila modal anda selamat & boleh dapat sekurang-kurangnya sedikit pulangan
  • Dapatkan nasihat dari yang pakar dalam bidang pengurusan kewangan
  • Berhati-hati dengan sebarang pujukan kawan2/saudara tentang pelaburan ‘cepat kaya’

Tips 5 : Jadikan Kediaman Sebagai Pelaburan

  • Milikilah sebuah rumah
  • Pastikan bayaran gadai janji lebih rendah dari kadar sewa
  • Rumah yang boleh dibanggakan dan bagus untuk membina keluarga

Tips 6 : Insuranskan Pendapatan Pada Masa Depan

  • Buat persiapan untuk kehidupan selepas pencen
  • Persiapkan untuk memeuhi keperluan sendiri dan keluarga selepas persaraan

Tips 7 : Tingkatkan Keupayaan Untuk Meraih Pendapatan Yang Lebih Baik

  • Lebih fokus dan concentrate dalam pekerjaan
  • Lebih gigih dalam berusaha
  • Lebih bersemangat!

Begitulah sedikit sebanyak tips dari Arkad untuk ‘menyelamatkan’ poket yang hampir kering. Selamat menyimpan secara berhemah!

admin Avatar

2 responses to “The Richest Man In Babylon”

  1. Purplemama Avatar

    Likkeee… saya sangat suka buku2 self-help/motivation macam ni, saya belum ada buku ni, insyallah akan dapatkan… 🙂 Thanks for sharing. Latest post saya juga tentang buku! 😉

  2. cleverspider55 Avatar

    tips bgs ni untuk dicuba..
    Thanks sbb kongsi artikel ni.

Leave a Reply to Purplemama Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge