Terawih Di Masjid Wilayah Yang Mesra Kanak-Kanak

By | June 21, 2015

Bila tiba bulan Ramadhan, umat Islam mula memenuhi masjid untuk menjalankan ibadah special yang tiada pada bulan-bulan lain, yakni solat terawih. Masa ni kita akan lihat betapa meriahnya, masjid-masjid dan surau-surau mulai penuh dengan umat manusia dari sekecil-kecil sampai ke sebesar-besar.

Para ibu bapa turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan anak-anak dengan masjid. Maklumlah, mungkin di bulan-bulan lain, malam-malam pun masih terikat dengan kerja, tapi di bulan ini biasanya mendapat pelepasan untuk balik awal. Sekurang-kurangnya akan berada di rumah sebelum waktu Maghrib untuk berbuka puasa.

Bila menyentuh bab membawa anak ke masjid, kedengaran rungutan dari ibu bapa yang beranak kecil tentang sikap masyarakat, terutama golongan yang lebih dewasa terhadap kanak-kanak kecil ini.

Tentang ini:

sumber : MyNewsHub

sumber : MyNewsHub

Atas sebab-sebab tertentu, larangan sebegini begitu popular di negara kita.

Bukan kata di bulan Ramadhan, di hari-hari lain pun biasanya kami bergilir menjaga anak-anak di luar masjid.

Ramai ibu bapa meluahkan perasaan kurang senang bila anak-anak dimarahi, malah mereka sendiri ditegur kerana membawa anak kecil ke masjid di bulan Ramadhan ini.

Oleh itu saya nak cadangkan kepada ibu bapa yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ni supaya mencari masjid yang mesra kanak-kanak. Kita mungkin boleh ubah budaya ‘budak tak boleh masuk masjid’ tapi untuk tempoh masa yang singkat ini, apa kata bawa sekeluarga ke masjid-masjid seumpamanya.

Kami sejak menetap di Kuala Lumpur, tumpuan adalah ke Masjid Wilayah Persekutuan. Sejak dulu Masjid Wilayah mesra kanak-kanak (walaupun ada juga signboard larangan tu). Malah di bahagian ruangan solat wanita terdapat satu ruang di belakang, di situlah kami para ibu mengambil tempat bersama anak-anak kecil.

Sekarang pula Masjid Wilayah menganjurkan program Tarbiyatul Aulad, yakni program Childcare sepanjang solat terawih. Ia bertempat di Dewan Nikah, Anjung C.

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Walau bagaimanapun, terdapat fasilitator yang ditugaskan berada di ruang solat, menyediakan aktiviti mewarna untuk anak-anak. Anak-anak yang tak boleh berpisah dengan emaknya, duduk saja dalam dewan solat sambil beraktiviti beramai-ramai.

Bagaimana pula di tempat anda semua? Marilah kongsikan masjid-masjid yang mesra kanak-kanak di tempat masing-masing. Mudah-mudahan dapat membantu para ibu bapa yang dalam dilema nak bawa anak ke masjid yang mengalu-alukan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge