, ,

Tempat Makan Halal di Hanoi, Vietnam

admin Avatar

Kalau di Ho Chi Minh City begitu senang cari kedai makanan halal (siap kedai makanan Malaysia pun melambak2), tapi tidak di Hanoi. Selain dari restoran masakan India dan middle East, ada beberapa je restoran halal yang menyediakan masakan yang masuk dengan tekak Malaysia.

Restoran d’Lion (Cosiana Hotel)


Pemilik restoran ni orang Perak menurut ceritanya.. beliau membuka restoran d’Lion yang menyediakan masakan halal Singaporean style di Hanoi dan Sapa. Katanya kerana tidak ada restoran halal di Sapa, maka beliau buka di sana.

Bagus kan.

Restoran/hotel ni terletak dekat stesen keretapi Hanoi. Ramai gak Malaysian duk kat hotel ni. Senang nak jalan dan nak makan.

Red House Restaurant


Spring roll sini memang superb! Diorang punya specialty Singaporean Chilli Crab memang lah mabelezzz! Tengok je pun dah boleh rasa sedapnye 😭

Juni’s Kitchen

Yang ni kami tak pegi makan sana… restoran ni menyediakan masakan Indonesia. Ada semua including sate dan rendang. 

Lain2 restoran masakan India ada banyak, di Old Quarter pun ada. Sebelah Masjid Hanoi ada tanda HALAL tapi kami tak pegi check pula adakah ia sebuah restoran atau apa.

Restoran yang menyediakan masakan Malaysia pun boleh didapati di Sunway Hotel. Cuma poket kena tebal sikitlah.

Hanoi ni biasanya orang Malaysia datang for second visit, first mesti Ho Chi Minh City aka Saigon. Hanoi lebih ‘Vietnam’ daripada HCMC, bangunan bersejarah di Old Quarter sangat resemble bangunan2 di Perancis (afterall ia dibina semasa zaman Perancis pun). Hanoi ada musim foggy yang mana diselimuti kabus, especially ketika peralihan musim. Memang berjerebu habis. 

Furthermore di Hanoi ada kubur Ho Chi Minh & rumah dia.

Be it Hanoi, or Ho Chi Minh City, both are interesting in their ways. Target ke Da Nang pula. Tengok dari udara Da Nang nampak macam best!

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Tempat Makan Halal di Hanoi, Vietnam”

  1. Hendrawati Avatar

    Wah tq perkongsian nie..
    Menarik lah..

  2. Aziana Avatar

    boleh dijadikan panduan. belum pernah jejak lagi. tq

  3. Wan Syahida Avatar

    info yang menarik, boleh simpan ni… mana tau ada rezeki utk kesana….

  4. Mazni & Fairul Avatar

    Kalau nak makan di vietnam kena hati hati juga, sebab di sana masih ada kesan senjata kimia yang Amerika guna masa perang
    .
    Seingat maznee agent yellow
    .
    Boleh sebabkan kanser

  5. Mama Hakim Avatar

    Vietnam pun dah maju kan
    .
    Industri perlancongan mereka pun ada banyak produk
    .
    Rakyat Malaysia berlumba lumba pergi sana

  6. Ira Avatar

    Boleh dijadikan pnduan. Memang susah nak cari yang kena dengan selera kita. Tapi dah ada rujukan ni boleh dimanfaatkan.

Leave a Reply to Wan Syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge