Tag Archives: sistem pengurusan pelajar tahun satu

Pendaftaran Masuk Sekolah Tahun 1 Online

Tok Ma memberitahu sekarang ni nak mendaftar masuk sekolah darjah 1 dah boleh buat online. Kami sebagai ibu bapa yang tak ada contact di sekolah rendah berdekatan, berkenaan bila mereka mula buka pendaftaran, rasa seronok lah. Senang kan daftar online. Walaupun Hafiy baru nak masuk 3 tahun, tapi kena daftar cepat-cepat (masa umur 4 tahun) untuk dapatkan tempat di sekolah pilihan kami. Kalau tak kena lah masuk sekolah lain.

Nak memilih sekolah untuk anak, oh memang hari2 kami bincangkan. Sekolah rendah di mana, sekolah menengah nanti nak masuk SBP ke sekolah biasa… Tapi khabarnya JPA dan tetapkan bagi sekolah harian, untuk dapatkan scholarship JPA perlu sekurang-kurangnya 9A+ dan kegiatan ko-kurikulum. Apa gilaaaa… siapa je yg dapat 9A+, isk3x. Pastu kalau dapat 9A+ tapi tak ada kegiatan ko-ku pun tak layak jugak.

Jadi, apakah sekolah berasrama penuh menjadi pilihan kami? Ataupun sekolah swasta? Kalau dah sekolah harian biasa dah macam tu punya susah nak dapatkan scholarship, JPA lagi tu.. sekolah yang tak tersenarai macamana? Kena skor gila2 dalam SPM ditambah kegiatan ko-ku seperti jadi kapten pasukan bola sepak la gamaknya… Tak ada UPSR & PMR pun tambah pressure kat tempat lain.

Berbalik kepada pendaftaran tahun 1 online, maka saya pun carilah di mana letaknya situs (eceh, cakap Indon pulak) untuk mendaftarkan si Hafiy. Walaupun bukan sekarang tapi just to get the overview.

Tapi saya cuma dapat buka yang negeri Selangor saya. Negeri lain termasuk Kuala Lumpur tak ada buat lagi kah?

Tak apa, kita akan terus keep on updated dengan benda ni. Taknaklah Hafiy terlepas nak sekolah dekat dengan rumah!

mei 003

Dah besar anak-anak saya. Jap lagi masuk sekolah dah.