Tag Archives: persiapan raya

Berbelanja Dengan Berhemah di Musim Perayaan

Benda biasa bila musim perayaan i.e. Aidilfitri tiba, ialah di beberapa lokasi membeli-belah menjadi padat dengan manusia yang bershopping untuk persiapan menyambut raya. Saya pun surrender nak ke tempat2 macam Jalan TAR, shopping2 complex dalam minggu2 terakhir sebelum raya (dan bila dah dapat gaji), sah2 umat manusia sepenuh2 alam.

Bagi kami, musim raya ni adalah peluang untuk mendapatkan pakaian baru, bagi kami suami isteri dan anak2. Alang2 beli baju baru, boleh buat raya dulu kan. Biasanya baju2 saya adalah baju raya merangkap baju gi kenduri merangkap baju berjalan merangkap baju kerja. Jadi, boleh berjimatlah bagi golongan takde duit berpendapatan sederhana macam kami ni.Untuk anak-anak pun, baju2 yang sesuai untuk occasion yang berbeza2.

Langsir, perabot? Buat masa ni kami tak pernah tukar apa2. Mungkin sebab tinggal dengan mak. Lagipun saya rasa tak perlu nak beli baru, recycle je yang mana ada dalam almari. Sekarang pun almari dah penuh dengan langsir.. janganla nak beli2 baru lagi kan. Kalau nak jual balik ke, kasi orang ke, ada jugak faedahnya daripada memenuhkan ruang je.

Kami ni sebenarnya bukan jenis tiap2 minggu/tiap2 bulan beli baju baru, so memang tak kisah sekali sekala raya ni sakan sikit beli belah pakaian baru. Sebab memang akan dipakai sepanjang tahun sampailah raya tahun depan pula :D

Apa-apa pun, berbelanja biarlah ikut saiz poket. Memanglah kalau boleh semua orang nak bergaya, berbaju baru… tapi kalau sampai kena berhutang, siap buat personal loan lagi.. Itu macam dah over la pulak kan. Hari Raya ni kita nak meraikan kemenangan kita menewaskan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan, tup2 kita pulak dikalahkan dek hawa nafsu bila beraya.

Jangan terkejut kalau saya kata pernah jumpa dengan orang yang sanggup pinjam Along (eh, bukan saya) semata2 untuk beli baju raya.

Sambutlah Hari Raya dengan rasa syukur, kerana kita berjaya lalui Ramadhan. Walaupun tak mampu berbaju baru, sunnahnya ialah baju yang tercantik, baju terbaik, bukannya baju baru merelit2. Didiklah anak2 dengan kesederhanaan, ajari mereka bahawa kegembiraan Syawal tu tak terletak pada semua benda baru (in case kita tak mampu nak sediakan, tapi kalau mampu, janganlah kedekut, besar pahala buat anak2 gembira).

Semoga tak ada yang jatuh bengkrap sebab nak sakan beraya. Tapi rasanya recently masyarakat kita dah sedar tentang kepentingan pengurusan kewangan. Maklumlah, gedebop, minyak naik. Gedebop, barang naik. Gaji bila nak naik lagi? Hehe.

Sempena Aidilfitri ni, dan sempena kembalinya saya ke alam pekerjaan sebaik saja lepas raya (sob sob sob), maka suami tercinta telah menghadiahkan 3 pasang baju baru, yang seperti saya katakan merangkap baju kerja, baju kenduri, baju jalan2, baju formal, baju itu baju ini. Alhamdulillah, boleh la saya bergaya kurang sikit dari mak datin tahun ni :P

gaya warisan

Dapat beli baju siap kat sini dah bergetar2 poket dibuatnya Hahaha. Semoga suatu hari nanti dapat merasa pakai baju designer :)

Selamat Membuat Persiapan Raya dan Mengakhiri Ramadhan dengan selamatnya…