,

Tabung Pendidikan Untuk Anak-Anak

admin Avatar

Sebenarnya dah lama saya dapat soalan ni, tentang plan terbaik untuk tabung pendidikan anak-anak.

Saya adalah antara orang yang concern tentang tabungan untuk pendidikan anak-anak ni, tanpa meletakkan “Scholarship” sebagai salah satu faktor, kerana beberapa sebab:

1) Competition untuk mendapatkan scholarship yang semakin sengit.
2) Menyebabkan anak-anak terikat dengan scholarship
3) Masihkah ada scholarship?

Jadi, bagi memastikan masa depan anak-anak tidak terjejas disebabkan faktor di atas, persediaan awal adalah penting supaya nanti tidak ada anak yang terpaksa “tak belajar” sebab tak ada duit (naudzubillah).

Ada banyak cara untuk menabung bagi masa depan anak-anak. Selain tabungan biasa, untuk jangkamasa panjang sebegini (biasanya masuk universiti/kolej yang perlukan duit banyak-banyak), mencari medium yang sesuai adalah penting. Kenapa?

1) Tempat yang mana wang simpanan tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya.
2) Tempat yang mana keselamatannya terjamin
3) Tempat yang melindungi simpanan dari kemerosotan nilai akibat inflasi
4) Tempat yang memberi sekurang-kurangnya nilai asal simpanan tanpa sebarang susut nilai
5) Tempat yang benar-benar boleh dipercayai untuk menampung objektif tersebut

Sekarang ni kita boleh bahagikan medium2 ni kepada 4:

1- simpanan biasa
2- mutual fund/unit trust
3- insurans takaful
4- lain2

1. Simpanan Biasa

Menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Bagi saya ini yang paling tidak advisable. Bukan sahaja ia tak cover inflasi, tapi juga senang nak dikeluarkan, lagi2 kalau ada kad ATM. Tak jadi tabung pendidikan pulak, kang jadi tabung shopping 😀

2. Mutual Fund

Secara amnya ia cover inflasi. Kita boleh simpan kat sini secara disiplin kerana boleh buat standing instruction. Return bergantung kepada jenis fund yang diambil. FUnd yang jenis ‘aggresive’ memberi pulangan yang lebih tinggi.

3. Insurans Takaful

Return tidaklah setinggi mutual fund namun terdapat perlindungan terhadap simpanan tersebut, yang mana ia menjadikan tabungan anak kita sentiasa dipenuhi walaupun kita dah tak mampu nak menyimpan lagi (sebab sakit dan sebagainya).

4. Lain-lain

Lain-lain cara seperti stock market, property dan sebagainya. Memerlukan lebih banyak skill dan ilmu untuk memastikan benar-benar untung untuk jangkamasa yang lama.

Yang biasa disebut orang ialah No (2) dan No (3).

Sebenarnya, apa saja tabungan untuk pendidikan anak-anak adalah bergantung kepada sejauh mana objektif, keperluan kewangan dan sebagainya. Bak kata mat saleh, don’t put all your eggs in one basket. So, kalau ada duit lebih sikit, boleh diversify ke semua jenis medium.

Kalau duit cuma cukup-cukup untuk ‘satu bakul’ saja, pastika bakul yang dipilih itu adalah yang paling berbaloi.

Antara bakul 2 (unit trust) dengan bakul 3 (insurans takaful), yang mana lebih bagus?

Sebenarnya kedua-duanya work in different ways. Untuk simpanan dan tabungan, unit trust is the best. Return boleh tahan, paling cikai pun ASB dalam 9% setahun, kalau yang aggresive bole dapat up to 25% setahun. TAPI, is harus wajib rajin menabung secara religously, sebab ia adalah compounded return. Kalau kata at one time kita dah tak menabung, ia cuma akan compounding dari last balance yang kita ada dalam fund tu je la.

Kalau insurans takaful, dia punya saving memang takde sebanyak mana. 5%… 6%… macam tu je. Tapi ia protective. Kalau jadi apa2 pada kita, tabungan anak akan tetap safe.

So untuk saving = unit trust, untuk protection = insurans takaful.

Benda ini sebenarnya personal dan subjektif. Sejauh mana keperluan tabungan seseorang juga subjektif. Kita tak boleh paksa seorang yang berpendapatan 500 sebulan simpan RM100 setiap bulan, tapi kita boleh didik diri untuk “menyimpan”, no matter how much the money is.

Begitu juga dengan keperluan tabungan untuk no 1, 2, 3 mahupun 4. Kena kembali kepada individual. Orang kata ukur baju di badan sendiri kan.

Macamana (untuk yang tak berapa mahir finance)? Ok tak?

Untuk lebih lanjut tentang perkara ni boleh contact saya personally di mommy[@]fahry.net.

admin Avatar

27 responses to “Tabung Pendidikan Untuk Anak-Anak”

  1. lydzar Avatar

    kami tabungkan anak2 dekat takaful ..

  2. sidratul muntaha Avatar

    jah..
    aku tunggu la kot reply msg dari pagi..
    lama betul ko mandi.
    tegantung tadi penerangan ko tu.
    tak smpai suku jln pun…

  3. puanbee Avatar

    saya simpan di PTPN je tk tahu lah ok ke tidak tp memang dah simpan tk ambik dah 🙂

  4. kinna Avatar

    naper SSPN tidak termasuk dlm kategori di atas?
    “simpanan anda dijamin kerajaan”

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      SSPN kategori lain 🙂

  5. Aini Avatar

    Alom,
    Kalau TH kira bakul no.3 ke? masuk pun sekali sekala jek..

  6. Aini Avatar

    eh.. silap. nak kata bakul no.2 sebenarnya. Tapi, takaful pun ada jugak simpan. yang tu auto. so, harap2nya dapat pulangan yang memberangsangkan bila cukup waktunya.

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    good entry..ye, utk org x pandai finance sgt! hheee..anyway, boleh komen sikit psl SSPN? SSPN ni wpun dicanangkan utk cover PTPTN tp i masih ragui PTPTN di mana ia lebih kejam dari ceti Cik Citi dll.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna
      1. salzahari Avatar
        salzahari

        hohoo…yerla, dah ada n dah pnh baca pun tp mislook! hehhee….yes, PTPTN sbg backup dari tade lagsung!! cuma terjerat la sbb dia tade sistem mcm byr separuh ke waived ke utk students dpt 1st class,2nd upper , dean list etc.

  8. intan Avatar

    Salam mommy lyna. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    Nak jemput mommy join GA kat Sweet N Pretty. Nanti singgah ye.

  9. Nur Adha Avatar

    salam alom…

    so far adha simpan kat 3 instrumen di atas..utk yg 1..lebih kepada tabung kecemasan…mcm kereta rosak ke emergency kena balik kmpung ke..(almaklum kmpung jauh)…utk yg ke 2…lebih kepada utk persaraan dan nak beli rumah cash (cita-cita terbesar setakat ni)…insyaAllah yg ni memang buat ptgn gaji… yg ke 3 …takaful….br buat utk 1 anak je…anak lg satu 1 tunggu increament thn ni…kalau xde pun…insyaAllah akan buat juga…

    Thanks for the good artikel…

  10. sharina Avatar
    sharina

    my hubby pilih property. plannya 1 property utk 1 anak. duit anak eg duit raya mmg save dlm saving mak bapak utk sementara waktu tho dah register SSPN. Alhamdulillah papanya mmg paricular bab2 saving & investment ni. Kalau mamanya, mmg x tersimpan la jawabnye..

  11. tutyrahiza Avatar

    Lyna,

    Sy amik bakul no 3 untuk amni..Lebih elok macam tu sbb tak nampak depan mata untuk dikacau duit itu..kalau jenis yang kita perlu masukkan sendiri, mesti susah sbb kekadang kita tercuai..Tahu-tahu dah bulan berikutnya..

    Kalau boleh disiplin, bakul no 1 mmg bagus..

    Saya amalkan konsep, duit yang disimpan dianggap sudah tiada..Kiranya keluar daripada pengiraan bajet belanja untuk bulan itu..

  12. nur Avatar

    DEAR ML.. ASB TU KIRA UNIT TRUST LAH YE?.. SANGATLA TIDAK PANDAI BAB FINANCE NI..

  13. SAHROM Avatar

    ALHAMDULILLAH..sekarang nie dah pelbagai instrumen pelaburan kan

  14. Nadia @ ShahAlamCity Avatar

    Thanks for the info..boleh sy faham walaupun bkn hebat sgt psl finance ni.

  15. zairy Avatar

    Terima kasih pasal ilmu.mmg sgt membantu dalam memperbaiki kewangan seharian.

  16. […] dah soalan ni, tentang plan terbaik tabung pendidikan anak-anak. antara concern tentang tabungan . Tabung Pendidikan Untuk Anak-Anak Cari calon suami & cari calon istri | kontak jodoh, 30 kumpulan kata mutiara hari valentine […]

Leave a Reply to sharina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge