Susu Ibu Selepas Bulan Puasa 😉

admin Avatar

Ibu itu adalah saya 😀

Alhamdulillah, kali ni keadaan mengizinkan untuk buat stok susu yang agak banyak menjelang Ramadhan (dalam peti sejuk 2 pintu je, takde deep freezer bagai).. jadi tatkala susu merudum (if any) dalam bulan puasa tak ada lah sebarang masalah sebab stok susu boleh digunakan. Ingat dulu masa mengandungkan Fahry, peti ais takde… numpang freezer MIL yang dah sendat padat dengan lauk-pauk… cuma bole muat 2-3 botol susu saja, tu pun selit2 antara ikan-ikan ayam-ayam segala… memang bersusah payah sungguh. Susu pun makin sikit sebab saya mengandung masa tu. Jadinya berbukalah saya demi Hafiy tercinta. Puasa selang sehari menjelang akhir Ramadhan.

Tahun selepas itu saya direct feed, jadi tak ada masalah walaupun tak ada stok susu.

Pada saya, langkah terbaik untuk menghadapi bulan puasa Ramadhan (atau puasa bila-bila pun) bagi ibu menyusu ialah dengan menyediakan stok susu yang secukupnya. Tapi ada pula yang tanya “berapa banyak yang cukup?”. Jawapannya, sebanyak mana yang kamu mampu sediakan. Mampu di sini bukan saja dari segi banyaknya susu, tapi juga dari segi ekonomi dan situasi. Ada orang katanya tak mampulah sampai nak berhabis beli deep freezer, pam mahal bagai.. Ukur baju di badan sendiri orang kata. Tapi kalau peti ais sendiri tak muat, dan tak berapa suka nak beli peti baru/deep freezer, cubalah alternatif lain.. seperti tumpang peti ais jiran, peti ais emak, saudara-mara dan sebagainya. Lepas tu hulur2 sikit, ye tak.. memandangkan nak kasik sejuk itu susu pun kena guna power bagai…

Jadi, ada masa sebelum Ramadhan akan datang, gunakan sebaiknya untuk menyediakan stok susu bagi menghadapi bulan Ramadhan kelak.

Ramai ibu baru yang tanya saya tentang… “Puasa boleh mengurangkan susu ke?”.

Secara teorinya, tidak; kerana pengeluaran susu ibu adalah berkadaran dengan permintaan. Bila bayi terus menyusu dan ibu terus mengepam, susu ibu pasti tidak terjejas. Malah, semasa berpuasa ibu masih mampu mengekalkan amaun susu seperti biasa, selagi ibu tak menghadapi masalah dehidrasi (kekurangan air dalam badan).

Tapi secara umumnya, ramai ibu mengalami kekurangan susu semasa berpuasa.. dan berdasarkan norma ini.. Islam lebih dahulu telah memberi panduan berupa kemudahan kepada ibu menyusu.. yakni dibolehkan berbuka. Kenapa Allah beri kemudahan ini jika ibu menyusu tidak mungkin menghadapi kekurangan susu, bukan? Ada sebabnya kenapa rukhsah puasa itu diberi…

Berbalik kepada pengalaman saya menyusukan sepanjang bulan puasa tahun ini.. Ya, puas hati sangat. Stok susu meskipun berkurang tapi masih ‘gah’ memenuhi peti ais saya 😀

gambar susu ibu

Apa rahsianya? Rahsianya… pastikan cukup segala-galanya… bak kata Kak N saya.. ‘sejahtera’. Ibu cukup makan (nutrien), cukup gembira, cukup sokongan, cukup doa, cukup usaha… sejahtera.. 🙂 Bila ibu gembira, hormon-hormon yang sepatutnya dirembes dengan berkesan.. maka terhasillah susu ibu yang sedap 😛

Untuk berkongsi tentang penyusuan dan mendapatkan supplement/vitamin/booster untuk ibu menyusu boleh hubungi saya, email mommy[@]fahry.net 🙂

admin Avatar

3 responses to “Susu Ibu Selepas Bulan Puasa ;)”

  1. mamaNoriz Avatar

    yup, setuju bab sejahtera tu…

    kena kuat fizikal mental disamping cukup makan dan zat …
    tak ktinggalan sokongan org tersayang kan..doa paling utama..
    insyallah byk la rezeki susu utk anak kite tu…

    sya dulu pun alhamdulillah dpt full breastfeeding di samping berpuasa penuh… syukrannn

  2. mamaNoriz Avatar

    btw,

    Selamat hari raya
    maaf zahir batin 🙂

  3. NUR Avatar

    Oh ye.. Lupa nk wish dear ML.. Slmt raya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge