Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang

admin Avatar

Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.

Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.

Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.

Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?

Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.

Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.

OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…

Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.

Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.

Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.

yang benar,

Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

Tagged in :

admin Avatar

73 responses to “Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang”

  1. Moms Avenue Avatar

    Haha.. nangis air mata darah la suami mah pasni..

  2. LinChalo Avatar

    Saya memohon Zulaikha tampil ke hadapan!
    Berani kerana benar, takut kerana salah!
    (Ewah)

  3. dayang hamidah Avatar

    Mah yg luar biasa..selama ni memendam rasa yg akhirnya berbisa haha..akacan the best!

  4. ct anna Avatar
    ct anna

    hadoiyaiii…beriyalah sedih n simpati dgn kisah nih…rupa2nya promote products.. hahaha

  5. Ani Haryani Avatar

    Terbaiklah! Master Lyna Terbaik 😀

  6. hasmulini abdul rahman Avatar

    Bagusnye mah ni..ihiii…tak mudah melenting..

  7. Nurul Huda MS Avatar

    Ahaha sangat best surat mah reply. Terbaik la mah ambe pon baru telan herbalax tadi mah.

  8. MamaBard Avatar

    Hebat jawapan kak mah.. Sila jangan pandang kak mah sebelah mata hokayyy..

  9. Tokey Skybox Avatar

    Mah ni bukan ke nama betul dia Rosmah Manchot… ke? Rasanya kalau tak silap…

  10. mellys Avatar
    mellys

    kahkahkahkah rasa nak terkucil pankreas aku baca ingatkan criter serius rupanya pasal vitamin…tp apapun tindakan mah mmg terbaik jgn mudah lemah dgn lelaki chaiyokkk mah…

  11. huda Avatar

    pandai Mah reply balik kat husband die, mesti husband die terduduk plak kali ni…
    cite ni mmg best, dari sedih jadi lawak..sampai kehujung lawaknye…

  12. Ida Avatar

    Selamat jalan la abang. Mah kini dpt kekuatan luar dan dalam dgn shaklee dan ukhwah mereka.

  13. Rini Avatar
    Rini

    Macam cerita rekaan ja ni tau..

  14. ain Avatar
    ain

    hihihi..comel je jawapan mah…

  15. effa mi Avatar

    torbaik ko mah!!

  16. Cikgu Hani Avatar

    viral dah cerita si mah ni..heeee. pengolahan yang baik dan seronok bila di baca, banyak moralnya, amik yg positif aje

  17. Atie Ika Avatar

    Haha..bagus mah..Shaklee kan adooo…boleh wat income sendiri

    Jenjalan blog saya juga ye

  18. idah gdah Avatar

    haha..gelak sakan baca jwpn mah ni..u’re strong mah..go..go..fighting…

  19. Moms Avenue Avatar

    Mah yang dulu bukanlah Mah yang sekarang.. Dulu gigi Mah rapuh, sekarang gigi Mah dah macam Britney Spears hasil penangan kalsium yang cukup dari Ostematrix..

Leave a Reply to effa mi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge