admin Avatar

Dah lama rasanya tak tulis artikel berkaitan kewangan dalam blog mysuperkids ni. Sambil saya baru merumuskan aset pelaburan peribadi, ada baiknya jika saya kongsikan statistik kedudukan aset saya setakat tahun 2012 ni. Moga sedikit perkongsian ini boleh dijadikan perbandingan dan panduan dalam menentukan asset pelaburan mendatang anda.

*Exclude Home Property, EPF/KWSP & Investment-Linked Insurance

Hartanah: tak banyak hartanah baru yang cukup menarik tahun ini. Hampir semua hartanah baru yang dilancarkan; sama ada betul-betul mahal (SP Setia baru SOLD OUT rumah teres 2-tingkat di Cyberjaya yang sekurang-kurangnya RM1juta) atau benar-benar jauh dari KL (Nilai, Seremban, Batang Berjuntai etc) untuk harga yang lebih mampu milik.

Peliknya, harga rumah terus mencanak walaupun kadar sewa hampir statik; petanda sama ada pembeli benar-benar ingin memiliki rumah sebelum harganya terus naik sehingga diluar kemampuan atau pun sekadar spekulator yang mengharapkan untung daripada jualan balik atas kadar faedah yang terus rendah (BLR naik tapi tawaran bank terus rendah).

Saya fokus kepada kawasan yang sangat matang sebelum ini; seperti Bangsar, Mutiara Damansara, Hartamas & CBD (Central Business District), namun saingan daripada pelabur lain yang agak sengit membuatkan harganya tak turun-turun. Saya bercadang untuk kekal senyap dalam hartanah agar kekal fokus kepada perniagaan Shaklee; sambil mengumpul dana untuk membeli banglo mewah? HuHu..

Hartanah Malaysia dijangka “BOOM” semula seawal 2014/15 menuju ke 2020; sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagi mempersiapkan diri untuk BOOM tu nanti, saya lebih gemar belajar kawasan-kawasan baru yang bakal menjadi tarikan penduduk dan perniagaan setempat. Sudah tentu laluan MRT salah satu target 🙂

Komoditi: Harga emas menokok harga tertinggi tahun lepas, namun ia kekal stabil sekitar USD1,600/oz sejak pertengahan tahun 2012. Harganya yang kekal stabil membolehkan pelabur kecil seperti kita kumpul duit untuk membeli. Perlu diingat bahawa demand daripada pengguna emas terbesar dunia; iaitu India, merosot berbanding tahun lepas kerana harganya sangat tinggi dalam rupee. Juga, oleh kerana US nak pilihanraya, dianggarkan Obama seboleh-bolehnya mengekang kenaikan harga emas. Ini kerana, inflasi juga naik jika harga emas naik. Dan dalam keadaan ekonomi kini yang masih lemah, inflasi tidak membantu.

Saya lebih gemar melabur dalam perak dan emas ini sedikit demi sedikit tahun ini; berbanding tahun-tahun sebelumnya yang agak agresif. Harga emas boleh terus naik jika US membuat keputusan untuk mencetak lebih banyak duit untuk mengembangkan ekonomi mereka. Jika tidak, harganya takkan naik secepat tahun-tahun sebelum ini.

Saham: Saya banyak menjual saham akhir-akhir ini bila KLCI mencecah nilai tertinggi dalam sejarah. Alhamdulillah, saham yang dibeli dengan harga RM5,000 enam tahun lepas dijual dengan nilai RM40,000; naik 8x ganda atau 38% CAGR. Ada juga saham yang dibeli dengan harga RM20,000 tahun lepas dijual dengan nilai RM40,000; naik 2x ganda atau 100% setahun. Bursa Malaysia tahun ini mendapat suntikan dana luar kerana terkenal dengan kebolehannya membayar dividen yang tinggi walaupun dalam ekonomi tak menentu.

Juga kerana IPO yang kita lancarkan tahun ini (Felda, IHH, Astro) adalah yang terbesar di dunia selepas Facebook.

Saya banyak menjual pegangan saham kerana dianggarkan saham merudum selepas pilihanraya Malaysia nanti; tak kira lah siapa pun yang menang. Juga bagi membolehkan saya membeli IPO Astro & REITs IGB; jika harganya cukup menarik. Namun, saya masih membeli jika ada peluang menarik memandangkan Najib bakal membentangkan belanjawan “PRU-friendly” bulan depan.

Tunai: Hampir separuh daripada aset peribadi masih dalam tunai. Dan 15% daripada tunai tersebut adalah tabung pendidikan anak-anak, selagi boleh tak nak kacau. Selebihnya, adalah hasil simpanan daripada perniagaan Shaklee;yang begitu memberangsangkan sejak pulang daripada Eropah tempoh hari, dan juga hasil jualan beberapa saham.Alhamdulillah, perniagaan Shaklee membolehkan saya bekerja dari rumah sekarang 😉

Saya lebih gemar memegang tunai buat masa sekarang kerana dianggarkan ekonomi tahun depan terus perlahan. Juga sebab, masih mencari-cari peluang pelaburan yang boleh menggandakan pulangan sekurang-kurangnya 15% CAGR setahun.

Strategi: Dalam menyusun strategi kewangan mulai sekarang, wang terkumpul hasil perniagaan Shaklee bakal dilaburkan ke dalam asset yang memberikan pulangan atau dividen tetap; seperti membuka perniagaan lain, perniagaan kongsi, komisen jualan, hasil tanaman, saham, amanah saham atau sewa. Dan hasil pendapatan daripada aset tersebut dilaburkan semula dalam bentuk emas, perak dan tanah. Ya, saya belum memiliki tanah (tanah pusaka tak nak kira). Kalau sesiapa ada tawaran tanah yang menarik, boleh PM.

admin Avatar

3 responses to “Statistik Aset Pelaburan 2012 Saya”

  1. zuhaini Avatar

    wah… saya tak start pun lagi apa-apa… huhuhuhu…

  2. kamilah Avatar

    Like this very much…nak jugak beli property suatu hari nanti..walaupun jauh lagi perjalanan ke arah itu..

  3. Areff Avatar
    Areff

    Salam puan,

    Boleh ajar saya untuk buat financial planning… Saya tak tau mcm mana nak urus/susun kewangan dgn betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge