, ,

Sisi Gelap Kerja Dari/Di Rumah

admin Avatar

Sekarang macam trend ibu-ibu muda yang menjadi surirumah, bukan semata-mata duduk di rumah, tapi menjadi WAHM (work at home mum). Malah ramai ibu yang berhenti dari kerja makan gaji di pejabat untuk bekerja dari rumah, atau buat kerja sendiri berkonsepkan home based.

Adakah kerja dari rumah ini lebih bagus dari kerja di pejabat?

Pastinya bagi yang dah merasainya, mempunyai pelbagai pendapat, pahit, manis, maung…

Walau bagaimanapun there are always two sides of the coin. Sisi gelap kerja dari rumah pasti ada di sebalik keseronokan mengawal dan mengurus masa sendiri.

Sisi Gelap 1 : Disiplin

Bagi yang kurang disiplin, ini adalah satu benda yang boleh membunuh! Terutama yang membuat bisnes sendiri tanpa ada timeline dari customer. Tak ada tekanan untuk bila untuk bermula, dan bila dah mula pun tak ada tekanan untuk bila nak berhenti. Jadi bagi yang kurang disiplin tu, mesti latih diri untuk berdisiplin.

Sisi Gelap 2 : Bertangguh

Ada kaitan dengan no. 1 di atas. Bila tak ada bos nak marah, atau beri dateline, jadilah sekejap sana sekejap sini. Sudahnya tak terbuat. Bila asyik bertangguh, jadilah kerja sedebuk nak dibuat. Akhirnya penat, bila penat mula lah stress. Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa stress udahla ye.

Sisi Gelap 3 : Pencuri Masa

Bila dah namanya duduk di rumah, macam-macam benda yang ada.. TV lah, internet tanpa had lah, DVD player, katil, dan macam2 lagi. Kadang2 nak nap, jadi tido berkeroh berjam-jam. Kadang-kadang nak relax tengok drama 30 minit, tertengok movie yang 2-3 jam.

Sisi Gelap 4 : Komitmen Keluarga

Kebanyakan WAHM menjaga anak di rumah sendiri. Kadangkala banyak masa untuk bersama dan melayan anak. Lebih2 lagi bila beranak ramai. Belum masuk kerja rumah yang perlu diselesaikan.

Kesan buruk dari sisi gelap itu ialah kerja yang tak siap-siap. Akhirnya WAHM/WAHD hanya pada nama saja.

Jangan risau, setiap sisi gelap itu adalah perkara yang boleh diatasi.

Bagi merekan yang merancang untuk berhenti dari kerja rutin di luar rumah untuk menjadi WAHM, harus mengenali sisi gelap tersebut agar persediaan awal dapat dibuat. Afterall semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Motivasi yang tinggi diperlukan sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan home based business. Kerja dari rumah ni memang seronok, tapi kalau terkena pada sisi gelap ni, boleh membuatkan kita tersungkur terus.

Apa pendapat mereka yang berjaya mengharungi sisi-sisi gelap tersebut? Dan mungkin ada lebih banyak sisi gelap untuk dikongsi?

admin Avatar

12 responses to “Sisi Gelap Kerja Dari/Di Rumah”

  1. zaila Avatar

    a’a..kalu xdok pembantu untuk nguruskan anak-anak, agak susah sedikit untuk membahagikan masa..tambah2 kalau kita ni jenis suka tidur..huhuhu lagilah kerugian masa yang besar kat situ..tapi bak kata pepatah, ndak 1000 daya, tak ndak 1000 dalih kan..

  2. juanita Avatar

    Sangat letih & ada masa give up. Itu yg jadi camni neh…..:D

  3. LeeN Avatar

    satu je la. pengurusan masa tu perkara yg paling crucial. kalau tak dijaga, habis semua. kalau dijaga, semua benda boleh buat.

    kalau fikir pasal stress sume, mana2 tmpt pun ada stress. tp bila kita jaga masa, kita stress-free atau pun stress yg biasa2 je.

    semua atas diri sendiri. banyak alahsan boleh belah. hahahaha.

  4. asz Avatar

    kata kuncinya kat sini disiplin..kalo takde disiplin, usah kata keje kat umah, kat opis pun sama tak terbuat..so berbalik kepada diri sendiri jugak la jawabnye..

  5. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    mcm sy bisnes sambilan so oklah..x boleh nk fokus penuh psl komitmen pd rumahtangga dan anak yg masih kecil..pd sy kalau bebetul nk WAHM kena ada pembantu..

    1. nurull Avatar

      stuju sgt pendapat Rina… perlu ade pembantu tk melicinkan proses…

  6. mekar Avatar

    Sya tiada pengalaman WAHM ni. Pd sya pun sama juga. apa2 nak buat kena ada disiplin. kerja di offis mahupun di rumah memerlukan kita FOKUS pd pekrjaan itu

  7. ummu_abdullah Avatar

    pengalaman saya, WAHM, kene ada timetable dan target untuk hari tersebut. Kemudian tak boleh stay dalam rumah saja, kene juga jumpa orang lain supaya motivasi lebih meningkat…

  8. kinna Avatar

    teringin nak jadi WAHM tapi lom dpt WAHyu lagi 🙂

  9. Farah H. Avatar

    Pengalaman saya menjadi WAHM selama 2 tahun lebih ni, dan 4 tahun sebelumnya as home based biz owner, rasanya kena kental n tahan semangat..ada masa, tido pon terpaksa dikorbankan lebih2 kalau jadi WAHM, sbb masa anak tido tu je boleh optimumkan produktiviti..lebih bagus kalo ada set target, misalnya this week nak achieve apa, nak dpt income sebyk mana..dgn cara tu je rasa semangat nak teruskan keje..tv boleh je pasang utk hilangkan rasa sunyi utk adult interaction (kalo kat ofis ada kwn2 kan) tapi jgn tertengok berjam2 sampai keje tak jln..kira tv tu dgr aje la, jeling2 utk tau perkembangan citer apa yg gah sgt tapi nak follow tu jgn la..hahaha..

  10. bibimie Avatar

    wahm di jadualkan tahun depan. anak2 still antar taska. kalau derang ada tentu tak siap kerja… tapi tak tau jugak… ntah2 lagi banyak masa plak berehat2 sebab tak payah jaga anak… huuhu…
    tak tau jadi ker tidak. tapi statistik akan dipantau. apa pun sebulan sekali mesti ada beberapa hari datang ofis… oohh.. kalaulah jadi… senangnya dalam hati tak perlu nak tempuh jammed bagai…

  11. Nadia @ ShahAlamCity Avatar

    sy sgt bersetuju dgn sisi gelap no 3 tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge