Sewa Kereta di Luar Negara, Perlu IDP Atau Tidak?

By | October 19, 2016

Kalau kita nak bawa kereta, kena ada lesen kan? Macamana kalau nak bawa kereta di luar negara? Adakah memerlukan lesen memandu luar negara?

Bila nak memandu & menyewa kereta di luar negara, sebaiknya kita buat IDP (International Driving Permit) di JPJ. Bayarannya RM150 untuk setahun.

‘Tapi kawan saya haritu sewa kereta di Australia takde pun minta IDP’

Yup. Tak semua negara memerlukan IDP. Ada yang cukup dengan lesen memandu Malaysia.

Negara-negara yang tak perlukan IDP:-

  • Australia
  • Bosnia & Herzegovina
  • Brazil
  • New Zealand
  • Netherlands
  • Norway
  • Poland
  • Sweden
  • United Kindom

Kadang mintak,kadang tak,better ada:-

  • Argentina
  • Austria
  • Bahrain
  • Bulgaria
  • Chile
  • Colombia
  • Croatia
  • Cyprus
  • Czech Republic
  • Iceland
  • Ireland
  • Jepun
  • Jordan
  • Itali
  • Korea
  • Portugal
  • Peru
  • Qatar
  • Slovenia
  • Switzerland
  • Thailand
  • Turki
  • UAE
  • USA

Sebaiknya kalau trip ramai2, driver dapatkanlah IDP supaya senang berurusan nanti. Untuk negara yang wajibkan IDP, kalau takde IDP diorang ak kasi sewa kereta. Haru kan.

Road trip ni best ke? Personally saya prefer kalau kita selalu on mobile dan di luar dari kawasan bandar besar. Masalah parking tu la… Negara2 yang nature-based lagi bagus pandu sendiri coz kita boleh stop by di mana-mana.

Recent roadtrip, Koh Samui,Thailand

Begitu juga tempat2 yang agak kureng bab public transport (tak ada tren), contohnya di pulau2 seperti Jeju,Koh Samui, Iceland,Cyprus… Pandu sendiri is strongly recommended.

Untuk anak2  kecil boleh sewa carseat dari company car rental tu.. Nak angkut sendiri punya pun boleh. Kami kalau bawa pun bawa Trunki Boostapak.

Roadtrip ni memang syok tapi sesatnya tu memang haru. Kena pula HP/GPS takleh caj. Kena pula tempat takde orang atau taktau English. Kena pula time malam gelap gelita…

Eh… Bila lagi nak rasa sesat di tempat orang.

Category: Road Trip Tips Travelling Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Sewa Kereta di Luar Negara, Perlu IDP Atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge