Set Tambah Susu Shaklee, Berkesan ke Tak?

admin Avatar

Bila anak dah masuk 3-4 bulan, terutama bagi ibu bekerja, isu susu mula berkurangan mulai menghantui. Ya lah, jika sebelumnya ibu sering merasakan payudara membengkak, namun kini tidak lagi. Ditambah pula dengan kuantiti yang dipam kurang dari yang diperlukan bayi.

Benarkah susu semakin berkurangan bila bayi mula membesar?

Antara faktor yang menyebabkan kuantiti susu mulai berkurangan, terutama bagi ibu bekerja, antaranya ialah:

  • Kurang rangsangan. Bila ibu dah mula bekerja, penyusuan terus (direct feeding) pada waktu siang sudah hampir tiada. Sebagai gantinya, ibu mengepam di pejabat.
  • Konsep mengepam yang tidak betul. Sepatutnya ibu mengepam sehingga payudara benar2 kosong, bukan limitkan masa beberapa minit untuk pam susu.
  • Ibu mulai stress dan keletihan. Bila dah mula bekerja, memang tidak dapat dielakkan stress dan tekanan di tempat kerja, dan di rumah, terutama bagi yang tiada pembantu.
  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama bagi ibu yang sibuk.
  • Tidak mengambil makanan tambahan.
  • Faktor kesihatan ibu.
  • Dan lain2.

Setiap masalah kurang susu, jika dikaji dan diselidik puncanya, cara untuk mengatasinya adalah dengan menyelesaikan punca masalah tersebut. Contohnya kalau kurang rangsangan, ibu boleh mengepam dengan lebih kerap di pejabat.

Walau bagaimanapun, perkara yang vital yang jarang diambil berat ialah tentang kesihatan ibu dan pemakanan tambahan. Harus diingat, susu ibu adalah makanan terbaik dan ibu ini hendaklah mengambil makanan dari sumber2 yang baik dan halal agar susu yang dihasilkan adalah suci, bersih dan bernutrisi. Pengambilan vitamin haruslah disambung walaupun selepas bersalin (kerana kebanyakan ibu menyangkakan hanya wanita mengandung memerlukan vitamin tambahan). Ibu menyusu memerlukan lebih banyak pemakanan tambahan kerana zat dalam susunya itu adalah untuk membesarkan seorang kanak-kanak, bukannya janin lagi. Dan ibu mestilah dalam keadaan kesihatan yang optimum untuk menghasilkan susu yang optimum juga.

Ramai yang bertanya tentang set tambah susu atau breastfeeding set yang kami susun dari rangkaian produk pemakanan tambahan terkenal dengan ketulenannya, SHaklee ni. Di bawah adalah point2 yang dapat saya kumpul untuk menjawab persoalan2 ini.

  1. Vitamin/supplement/makanan tambahan dalam breastfeeding set ini bukanlah dadah dan tidak mengandungi sebarang dadah yang boleh menunjukkan kesan segera.
  2. Setiap individu menunjukkan reaksi berbeza pada vitamin yang diambil. Ada yang cepat ada yang lambat. Ada yang sekali makan terus ada kesan, ada yang ambil masa 2-3 minggu.
  3. Badan yang tidak pernah ambil supplement biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
  4. Ada yang mengalami simptom2 healing effect seperti demam dan muntah2. Jangan risau ini adalah normal untuk membuang toksin2 dan sel2 yang rosak.
  5. Kualiti tidak terletak pada kuantiti. Kadang2 susu tak bertambah tapi semakin pekat dan anak cepat kenyang.
  6. Kualiti dapat dilihat bila anak jarang demam dengan pengambilan set ini secara konsisten.

Berikut adalah beberapa testimonial yang saya terima recently:

Dari Ummi Husna, via email:

Lepas mkn supplement ni.. aahamdulillah nmpk la susu sy pekat & anak sy kalo direct breastfeed xde la angkat2 bontot dan nampak tak selesa masa menyusu,, sbb susu pun senang kluar.. befpre this, sy direct susukan dia & dia mcm ngamuk2 so, dia hisap main2, sambil angkat2 bontot… sy jd buntu.. sy pump mcm biasa waktu mlm alahai sgtlah sedih dgn amountnyerr… Cuma skrang xnmpak lagi increase nya tapi sy akn tunggu dgn sabarnya…

masalah ni berlarutan selama seminggu & sy trus search mcm2 cara & Alhamdulillah sy jmpa blog puan,,,

Ada la dlm sehari 2 saya buat research dlu & trus sy call pn Shareeza. .

Melalui blog puan & pn.Shareeza juga sy byk2kan cari tips2 & apa yg brmanfaat utk sy amalkan…

Terima kasih yer puan…

Dari Mimi, via email:

Dh seminggu xmkn…

Mimi perasan masa mkn vitamin tu, anak jarang kne flu, batuk or fever..(yalah duk nursery..budak2 ramai)

Tp..mimi dh xmkn ni..kne flu batuk fever..aduiiii..

Alhamdulillah. Semoga seisi keluarga sihat2 dan bahagia dengan Shaklee 🙂

Untuk lebih lanjut boleh email saya atau Puan Shareeza di shareeza80@gmail.com

admin Avatar

One response to “Set Tambah Susu Shaklee, Berkesan ke Tak?”

  1. mama faiz Avatar

    mkn supplemen ni..usaha dan ikhtiar kite..selebihnye banyakkan istigfar,doa,selawat..insyaAllah dipermudahkan…yg penting,kene istiqamah dan konsisten mkn…..set basic ni bukan je utk tambah susu..tp complete utk memenuhi semua keperluan bdn kita..takyah dah nak injek2kolagen ke,jamu2 ke.,amik yg lain2 ke…,hanya yang dah mkn..yang faham dan setuju..betul tak..,,,
    .-= mama faiz´s last blog ..…zakat…buka pintu rezeki…. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge