Servis Penghantaran Dobi Ke Rumah Siap 24 Jam

admin Avatar

Mesin basuh di rumah saya dah hampir 4 bulan tak dapat digunakan. (ada masalah teknikal elektrikal) Bermakna dah 4 bulan saya cuci baju guna tangan. OK aje lah menguruskan pakaian 5 orang dalam rumah ni. Ikut cara mak saya, setiap kali mandi, cuci baju sekali.

Tapi bila travel back to back, memang jadi berbakul-bakul lah pakaiannya. Pilihan yang ada – laundry. Self service pulak tak ada di kawasan rumah saya ni. Kedai dobi berhampiran… seminggu pun tak siap-siap.

Cari punya cari berjumpalah dengan khidmat dobi – EasyWash.

EASYWASH

First time hantar, puas hati dengan servis mereka. Isi form jam 1 tengah hari, jam 2.30 dia sampai, esoknya jam 1.30 dah dapat semula siap berlipat dan bergosok.

Harganya mungkin agak mahal sikitlah (berbanding kedai dobi dekat rumah saya), RM4/kg untuk basuh dan lipat, tapi memandangkan betapa banyak masa dan kos lain boleh dijimatkan (tak payah keluar kedai dobi, cari parking, bayar parking, menunggu, etc) kira dah sangat OK.

Yang paling best tu bila hantar hari ni, esok dapat. Tak payah tunggu-tunggu lama.

Korang yang di sekitar Klang Valley ni boleh lah kalau nak hantar dobi ke Easywash ni, contact:

011-28037923

Diorang punya servis 24/7, bila-bila je boleh hantar.

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Servis Penghantaran Dobi Ke Rumah Siap 24 Jam”

  1. Sal Avatar

    bleh try ni..Thanks Lyna!

    1. Sal Avatar

      ehh…Johor ke?

      1. admin Avatar
        admin

        KL ade yangg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge