,

Seperti Hamil Kali Pertama

admin Avatar

Hatiku berdetak2 untuk berkongsi rasa pregnancy kali ini, LOL.

Seperti hamil kali pertama, itulah perasaannya kali ni, walaupun dah ada dua orang hero yang tak habis-habis nak berkepit.

Sewaktu mengandungkan Fahry, saya agak sibuk dengan tugas, dan Hafiy yang sedang membesar (Hafiy baru berumur 7 bulan ketika itu). Jadi saya kurang dapat memanjakan diri dan kandungan, begitu juga dengan Abiy. Tambahan pula waktu itu saya ditugaskan untuk bekerja di Kuala Lumpur, meninggalkan Abiy di Miri.

Ketika itu juga Tok Pa (bapa mentuaku) sedang sakit tenat akibat serangan Lukaemia.

Sewaktu mengandungkan Hafiy juga kami berdua sedang sibuk set-up online business dan belajar dari kosong. Maklumlah pertama kali tinggal bersama suami isteri, banyak benda yang harus dirancang.

Hamil anak ketiga ini, alhamdulillah semuanya agak stabil. Anak-anak pun dah boleh berdikari.

Abiylah saya lihat insan yang paling gembira dan mengambil berat. Mungkin kerana semasa hamilkan Fahry, Abiy tak berpeluang untuk membelai si kecil di dalam rahim saya. Lagi pula Fahry awal sangat keluarnya.

Kali ini anak-anak disuruh oleh Abiy untuk tidur di bilik sendiri (belum pass lagi). Memberi ruang kepada kami berdua dan kepada saya untuk berehat sepenuhnya. Memang agak mustahil bagi ibu beranak kecil untuk berehat2 tapi sekurang-kurangnya mencari jalan terbaiklah untuk kebaikan sejagat.

Abiy juga mencari pakar yang boleh ‘menjaga’ saya secara keseluruhan. Maklumlah previous pregnancy ada history premature contraction, premature birth dan amniotic band syndrome (ABS)… ibu bapa yang pernah ada anak cacat atau yang pernah melaui saat kritikal pasti tidak mahu sejarah berulang lagi. Tapi kalau dah takdir tu apa nak buat, cuma usaha kita, sekurang2nya sedaplah rasa hati “Kita dah buat semua tapi gini suratan-Nya..” daripada tak buat apa2 tapi terus tawakal entah apa-apa. Lagipun sunnatullah untuk bertawakal ialah dengan berusaha dan make sure it works lah. Usaha setakat cukup syarat pun tak boleh jadi juga.

Nampaknya ini kali ketiga saya berpuasa dalam keadaan mengandung. Semoga Allah memelihara kandungan ini. Memanglah lain dari dulu, di rumah tiada pembantu, anak-anak yang sedang membesar… tapi dengan keredhaan suami saya, saya harap Allah jua redha.

Semasa hamil yang mana-mana pun, saya tak mendapat layanan puteri raja, dan saya tak mengharapkan layanan sebegitu pun. Doa saya semoga kami diberi dan ditemukan peluang-peluang baru untuk memajukan diri, seperti sebelum-sebelumnya. Kerana itu saya katakan kepada Abiy “Setiap kali Allah beri kita anak, pasti ada usaha/peluang baru terbuka untuk kita”. Kata Abiy “Masya-Allah, hebat aturan-Nya. Insya-Allah mari kita sama-sama usahakan”.

Namun menunggu ‘rezeki’ itu datang bersama kelahiran anak, saya rasa ia tidak begitu. Sebaliknya dibukakan peluang-peluang dengan kedatangan anak-anak. Mungkin peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru, peluang membuka bisnes baru, atau peluang untuk naik pangkat/gaji, atau mungkin juga peluang menambah keimanan dan ketakwaan. Terpulang kepada kita untuk mengambil peluang dan menjemput peluang yang datang mengetuk. Oleh itu usah hairan bila orang yang beranak ramai, tapi hidup masih susah, bukan tiada rezeki yang datang bersama anak-anak, mungkin ibu bapa yang menolak peluang-peluang yang datang. Tak ada orang nak beri sebuntil emas setiap kali kita dapat anak, tapi mungkin ada orang memberi peluang untuk pekerjaan baru, ilmu baru, aktiviti baru dan sebagainya.

Hamil kali ketiga ini, walaupun masih awal tapi ‘kehangatan’ sudah terasa. Dah mula hilang selera makan, teringin yang bukan2 (janganlah aku teringin makan laksa Sarawak di KRP, hehe). Sakit2 tulang dah terasa. Aiseh. Abiy kata hormonal changes. Yang paling ketara perut dah naik hahaha. Patutlah skirt jadi makin singkat. Tak boleh jadi ni. Baru nak masuk 2 bulan dah buncit. Ini mesti kerja lemak2 tepu yang tak sempat dinyah-kan.

*Saya buat appointment dengan Dr Seri Suniza di Prince Court, tapi beliau hanya available pada 23 Ogos je. So saya buat satu lagi appointment dengan Datuk Dr Norashikin di Primavera Primanora hari Sabtu ni. Terima kasih kepada teman2 yang memberi maklumat tentang Datuk Dr Norashikin ya 🙂

Dilema juga ni. Kalau check up di Prince Court hanya boleh pegi weekdays saja, sah2 pegi sorang2. Kalau Primanora boleh pegi weekend, of course dengan Abiy, tapi not enough testimonial about Hospital Pantai Bangsar. Particular sungguh bab hospital ni kerana tidak mahu sejarah berulang T_T

admin Avatar

19 responses to “Seperti Hamil Kali Pertama”

  1. lydzar Avatar

    wah seronokla lyna kali ni..dpt full attention dari abiy 🙂
    .-= lydzar´s last blog ..Adik Baby =-.

  2. anah Avatar

    bestnya preggy lagi along… harap2 kak anah pun boleh pregnant lagi. stkt ni belum ada tanda pregnant. 🙁

  3. fiza rahman Avatar

    Wow, congrats lyna (^_^). Me 1st time berpuasa dlm keadaan mengandung. Harap² dapat posa penuh, insya’allah.

    Take good care of urself.
    .-= fiza rahman´s last blog ..Bila Toilet tak der air =-.

  4. Nadiah Sidek Avatar

    sgt suka baca pengalaman org mengandung dan bersalin! nanti cerita lagi ye ^_^
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Trip to East USA last part! =-.

  5. farah Avatar

    tahniah lyna! hehe mane de buncit? tak nampak pon perut u hari tu..insyaAllah semoga semuanye di permudahkan.
    .-= farah´s last blog ..Entry banyak gambar =-.

  6. mommy nazeef Avatar

    tahniah along!! norish lak yg excited lelebey…hehe…anyway, insyaAllah akan dipermudahkan 🙂 semoga menjadi wanita yg palingg gumbira!
    .-= mommy nazeef´s last blog ..Jalan-jalan Pastu Cabut Gigi =-.

  7. yongnoina Avatar

    salam mommy lyna..

    tahniah..seronoknya nak tambah sorang lagi ahli keluarga. 🙂

  8. Ummi Hanie Avatar

    betol kak,lain kandungan,lain anak,lain ragamnye..lain pengalamannya…
    but believe me(cewwah) kita akan puas anak2 mmbesar depan mata…walaupun tanpa bantuan luar,m’eratkn lg hubungan suami isteri…

  9. mila Avatar

    tahniah mommy lyna..murah rezeki =)
    kami masih berusaha, harap-harap ada rezeki juga 2010.
    .-= mila´s last blog ..Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan =-.

  10. mommy umar Avatar
    mommy umar

    lyna,tahniah.ramadhan kali ni di beri peluang nak berpuasa penuh,insyaallah.semoga semua berjalan dengan baik.
    take care mommy.

  11. qay Avatar
    qay

    lyna, congratsss..due bile…nmpk gayanya seangkatan la kita thun depan yerk with ija, salwa and a few others..hihi

  12. nonie Avatar

    congratulations lyna!

    happy 4 u, semoga ibu & baby akan sentiasa sihat & di bawah lindungaNya sentiasa… 🙂
    .-= nonie´s last blog ..Tanzil – Quran Navigator =-.

  13. mommynadia Avatar

    congrats dear!
    btw, the fanous Dr Norashikin tu ke??
    wah mesti best 😉
    happy fasting 😉
    .-= mommynadia´s last blog ..snipping time!! =-.

  14. Rai Avatar
    Rai

    mencabar betul pregnant waktu bulan puasa kan..makan banyak2 waktu sahur ok..tahniah dan selamat berpuasa.
    .-= Rai´s last blog ..Ramadhan &amp Hari Raya Special – Valid until October =-.

  15. zety zainal Avatar

    tahniah sis,ishk,heppyla saye..yer,x salah utk fussy/picky ttg hosp yg kite pilih..saye slalu berangan nk g tdo kt pc tuh,hehehe
    .-= zety zainal´s last blog ..clothes for girls n boys for HaRi Raya =-.

  16. isma Avatar

    Alhamdulillah lyna…dah nak masuk yg ke3…bestnya…
    jaga diri, jaga kandungan..dan jaga anak2 dgn baik…
    bestnya…bestnya…
    .-= isma´s last blog ..Salam Ramadhan =-.

  17. ummisaeed Avatar

    Damansara Specialist takmau?
    .-= ummisaeed´s last blog ..Here we are =-.

  18. mona Avatar

    tahniah mommylyna!! wahhh berderet2 askar ni…

  19. CikLie Avatar
    CikLie

    rase sebak bace catatan kat atas…ape yg anda katakn sgt dekat dgn hidup sya kini…ya benar Allah sedang menambahkn nikmat-Nya kpd sya dengan keinsafan dan ketakwaan kpd-Nya…mohon ia berkekalan hingga akhir hayat..

Leave a Reply to mommynadia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge