, , , ,

Sekolah Yang Bagus atau Ajar Di Rumah?

admin Avatar

Saya mempunyai dua orang anak. Semasa anak pertama saya di awal usianya, (0-2 tahun) saya tinggal di Sarawak, dan punya pembantu rumah. Kehidupan di Bandaraya Miri amatlah SUPERB, I tell you. Walaupun tak ada hypermarket, shopping complex pun limited, barang-barang mahal (ayam sekilo masa tu RM8.90!), jauh dari keluarga dan sebagainya… But we had our good time in Miri. Bayangkan aje perjalanan dari rumah ke pejabat cuma 5 minit. Setiap petang sempat bersosial bersama jiran-jiran sebelah menyebelah rumah.

Saya ada banyak masa untuk merancang, membuat dan seterusnya mengajar anak saya di rumah. Tambahan pula dengan adanya pembantu rumah, rancangan TV dapat dikawal. Saya ‘burn’ CD yang diisi dengan video-video pendidikan untuk anak-anak. Semasa mula2 pandai bercakap, Hafiy dapat membezakan antara huruf dengan nombor. Semasa usianya dalam 7-8 bulan (baru-baru nak bercakap), Hafiy selalu teruja bila nampak perkataan-perkataan, dia akan cakap “A!” (bermakna dia melihat abjad). Apabila melihat nombor-nombor, dia akan menyebut nombor, misalnya “Eight!”. Walaupun masih belum tepat tapi dia dapat membezakan antara huruf dengan nombor.

Apabila Hafiy berusia hampir setahun, saya membawanya ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Jadual mula berubah. Saya mula keluar pagi-pagi dan pulang petang-petang. Namun kerana sudah terbiasa, Hafiy bermain sambil belajar dengan Bibik. Ketika itu dia mengenali huruf dan nombor by heart (bukan hafal).

Bila Fahry lahir, sekali lagi jadual saya berubah. Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Bibik pun balik ke Indonesia, dan anak-anak saya dihantar ke taska. Dengan bantuan Zam, saya telah berjumpa sebuah taska yang ‘kena’ dengan jiwa saya. Mereka mengamalkan konsep Glenn Doman dalam pengajaran. Pendekatan yang digunakan termasuknya physical exercise, flashcards, swimming dan sebagainya.

Dan saya pula makin sibuk sejak pindah ke KL. Oleh itu, saya dah mula hilang konsistensi mengajar anak-anak di rumah (mana yang sempat saja, tak ada lagi jadual dan pelan pembelajaran seperti dulu-dulu). Saya akui, Fahry lebih banyak bergantung pada taskanya.

Namun perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua anak saya (Selain personaliti mereka yang unik). Hafiy lebih cenderung untuk membuat benda yang melibatkan dirinya sendiri, seperti baca buku, menulis, bermain iPod. Kelihatan introvert. Fahry pula menyukai nyanyian (Oh I cant believe my son boleh nyanyi penuh lagu nursery rhymes!), aktiviti fizikal dan sesungguhnya mempunyai social skill yang bagus. Tapi dari segi akademik (pada pandangan saya), Fahry ada sedikit kurang berbanding Hafiy pada  usianya (atau dia memang takmau tunjuk pada saya, tak tahu lah. Kalau ikut komen cikgu “Fahry pandai”). Fahry masih confuse lagi huruf-huruf dan nombor. Warna pun belum pass betul. Shapes apatah lagi.

Tapi saya tak salahkan mereka… semuanya adalah peluang yang saya beri kepada anak-anak. Hafiy mendapat banyak peluang untuk belajar, macam2 saya tunjukkan padanya di awal usia. Anak-anak saya tak kenal apa itu Ultraman, Ben 10.. sebelum mereka ke taska (mungkin dapat dari kawan-kawan). Fahry pula kurang mendapat peluang di situ. Misalnya Hafiy mendapat 2 jam setiap hari, sesi pembelajaran di rumah, sebaliknya Fahry cuma 5-10 iminit saja (Sebenarnya tak menjadi hal berapa minit pun, yang penting konsisten).

Namun semua tu tak terlambat. Fahry baru berusia 2 tahun 1 bulan. Saya masih ada 11 bulan untuknya. Begitu juga dengan Hafiy. Namun, saya dapati melewati usia 3 tahun, dia susah punya ego sendiri. Hingga saya terpaksa menetapkan syarat-syarat untuk beberapa situasi di rumah.

Oleh itu saya menjadi skeptikal sedikit tentang apa yang dinamakan ‘sekolah bagus’ (taska ke, tadika ke, sebut sekolah je senang). Saya lebih mempercayai pendidikan di rumah itu lebih berkesan. Kerana apa, di sekolah ada ramai budak-budak, no matter how good the school is, seorang cikgu tak dapat nak beri perhatian kepada anak kita seorang. Orang lain pun bayar amaun yang sama. Namun, untuk social skill, sekolah adalah tempat terbaik.

Walau bagaimana pun, memang tak dinafikan pengaruh sekolah, serta jasabaik sekolah kepada saya dan anak-anak. Misalnya anak saya Hafiy menjalani latihan ke tandas di sekolah. Tak pening kepala saya (hihihi, best2). Apa yang saya maksudnya ialah konsistensi antara pembelajaran di sekolah dan di rumah.  Walaupun anak dihantar ke sekolah bagus, bukan bermakna ibu bapa boleh senang hati. Kat rumah bersenang-senang, di sekolah boleh belajar, etc.

Jadi, ibu bapa ambillah masa beberapa minit di rumah untuk ‘belajar’ bersama anak-anak. Tak perlu formal, bermain sambil belajar adalah yang terbaik kerana anak pun gembira, kita pun tak stress.

Hantar anak ke sekolah bagus itu perlu, namun mengharapkan 100% pendidikan anak-anak kepada sekolah, tak perlu.

anak main ipod

Kalau dah dapat benda ni, dua2 pun sama je!

admin Avatar

19 responses to “Sekolah Yang Bagus atau Ajar Di Rumah?”

  1. wawa Avatar

    sekolah habis bagus pun kalau kat rumah tak ada kesinambungan tak guna juga. Hubungan yang bersilangkait. Aa pun peranan ibubapa juga yang paling penting. Sekolah kita boleh pidnah-pindahkan. kan kan kan

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      is that explains why playgroup kena ada involvement ibu bapa.. tak gitu kak Wa? 😉

      1. wawa Avatar

        yup.

        plus it is for bonding especially dalam hidup serba cepat dan pantas ni, kita selalu sangat tak cukup masa.

        can read here for more Why Parents Should Be Along Kids During Playgroup Session

        so, kalau kita ambil masa ajar anak kita walaupun dalam 5 minit ke 20 minit pun, kita akan dapat kualiti time.

        after all, toddlers and preschoolers attention span is short. 🙂

        win win situation la kan.

  2. yasmin Avatar
    yasmin

    Lina,
    i totally agree with you.
    no 1, mmg pembelajaran di rumah, tapi sekolah mmg byk memberi pengaruh dari segi cara anak kita bersosial.
    But..i penat, ini baru 2..kalau 3 4 5..camner agaknya..aduhai….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      can see that

      tp hafiy sampai la ni belum pass lagi bab sosial
      Fahry superb

  3. z@m Avatar

    Share skit macam mana nak buat jadual pembelajaran di rumah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom kita buat sama2

  4. kambingbujang Avatar

    sshkan nk tentukan sekolah mnaer yg bagus and sekolah maner yg tak, sbb dier xder specific criteria tuk tentukan. lagipun tadika je kan. bukannya secondary or primary school

    but i think blajar kt umh is the best. sbb one-to-one. so lebih focus and kiter bleh tau anak2 ni lemah kat mner. so kiter bleh lbh concentrate on that subject.. just my opinion

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      maybe bole tengok module & apa yg dia buat kat taska tu. ada taska dia just daycare je, ada yang playschool, ada yang ajar2 sikit2.

  5. eliss Avatar

    sekolah dan belajar dirumah sama-sama penting. tp eliss dulu memang tak der orang nak ajar pun dirumah .usaha sendiri ajer la.kiranya anak2 kita sekarang memang untunglah .

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu lah, mak2 kita dulu mana ada nak ajar2 anak kat umah. mak2 skg kiasu agaknya.. lagipu dulu masuk drjah 1 br nk kenal urup, skg darjah 1 dah lancar baca, huhu

  6. lilie Avatar
    lilie

    ‘Ketika itu dia mengenali huruf dan nombor by heart (bukan hafal).’…you’re definitely right…my own experience, 3 1/2 yo dd, wpun lambat hafal ABC (org kita cukup bangga kalau anak boleh hafal nyanyi lagu ABC, pastu mula la sesi banding membanding), skang nih bila nampak huruf jer, terus eja..meaning that she knows her ABC by heart.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah, lain budak, lain cara dia belajar.

  7. kinna Avatar

    saya pon agree jugak dgn ape yang u tulis..sekolah bagus, tapi kat umah tak ajar apa2, rugi je..tapi kalau dari rumah lagi anak2 dah diajar, senang dia nak cope masa kat sekolah..peranan mendidik anak sebenarnya bermula dari ibu bapa di rumah, bukan cikgu di sekolah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sekolah sebagai penyokong apa yang dia dapat di rumah. & di rumah sebagai pelengkap apa yang dia dapat di sekolah. agree?
      ehhe

  8. coachsha Avatar
    coachsha

    Nice post, mommy!

    My kids memang homeschool. Tapi tahun ini, merancang masukkan mereka ke sekolah. Sebahagian daripada ‘silibus’ homeschool coachsha: merasai sekolah. 🙂

  9. Mommy Of Q's Avatar

    oh bebeh .. ai like this post … gooooodd participants .. love yah! *wink*

  10. mommy icha Avatar

    hadha pun ada perancangan utk homeschool, cuma belum punya skill meng’convince’ yang cukup bagus utk bincangkan hal ni dgn husband.

  11. knv Avatar
    knv

    my youngest arina is coming 6 this year. honestly, she is STILL struggling with her ABC, let alone reading. i’m not proud, but neither i’m worried. where she lack in recognizing alphabets, she is advanced is so many other things like maths&logic, deduction, speaking, etc.

    and honestly, i think it really didnot matter pun sekolah bagus atau tidak. because after 4 kids, i believe all children have their own unique phase in learning. kalau kat rumah boleh monitor considerably, then should be ok. focus more on the strength, and improve the weakness.

Leave a Reply to z@m Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge