Sekolah Tahfiz Untuk Anak

admin Avatar

“Si Upin ni nakal sangatlah. Pening kepala I. Kat rumah asyik gaduh dengan adik, memanjang tengok kartun lawan-lawan. I marah dia marah I balik. Kat rumah asyik menjerit je. Tahun depan I nak daftar masuk sekolah tahfiz biar baik sikit”

Benarkah sekolah tahfiz (atau sekolah agama secara amnya) adalah pilihan terbaik untuk membentuk sahsiah anak?

Ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah hanya di sekolah, menyebabkan bergantungnya harapan ibu bapa terhadap pihak sekolah, sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah, terutama dari segi adab dan sahsiah.

Bila anak nakal, hantar sekolah agama. Masuk sekolah agama, masih sama juga nakalnya.

“Apa ni? Hantar sekolah agama pun sama juga. Cikgu tak pandai mengajarlah ni. Nama saja sekolah agama tapi cikgu tak ada kelulusan!”

Kalau zaman dahulu kala, mungkin benda itu perkara yang boleh diterima. Maklumla mak ayah tak pergi sekolah, jadi mereka mengharapkan sekolah untuk mengajar anak-anak sampai pandai. Tapi sekarang ni kita pun tahu.. sekolah padat dengan murid. Murid2 pun bukan semuanya jenis dengar kata. Dalam 30 orang satu kelas ada macam2 kepala.

Sekarang ni lain pula halnya. Ibu bapa sibuk dengan kerja hingga lupa tanggungjawab mendidik anak. Yang mereka tahu, beri kegembiraan kepada anak. Tunaikan permintaan anak, belikan barang yang bagus-bagus supaya anak tak merasai kesusahan yang mereka pernah rasa dulu.

Dari segi pendidikan di rumah, masih ramai yang belum timbul kesedaran bahawa pendidikan awal bermula dari rumah. Tidak semestinya mengajar A B C, 1 2 3, alif ba ta awal-awal, tapi yang penting ialah pendidikan adab dan sahsiah. Benda semudah membuang sampah dalam bakul sampah, adab bergaul dan sebagainya.

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak adalah penting bagi ibu bapa untuk mengambil tahu, maka istilah-istilah seperti tantrum (mengamuk), speech delay (lambat bercakap), separation anxiety (tidak mahu berenggang), dan sebagainya adalah bukan benda asing dan ibu bapa boleh bersedia untuk menghadapinya.

Anak nakal semasa kecil itu biasa, kerana mereka seolah-olah baru tiba ke dunia ini dan sedang mencuba-cuba untuk membuat eksperimen macam-macam. Tapi tak perlu tunggu sehingga usia persekolahan dan hantar ke sekolah-sekolah yang menerapkan pendidikan agama untuk membentuk peribadi anak. Ibu bapa sendiri harus mengatasinya lebih awal dengan mendidiknya di rumah, melalui:

1. Contoh teladan yang baik

Kalau di rumah mak ayah asyik tengok TV je, should expect anak tak suka TV?

2. Kata-kata yang baik

Mak ayah harus menasihatkan anak-anak dengan kata-kata yang baik instead of menjerit-jerit dan guna perkataan kasar bila marah. Anak yg kecil akan menanam perkara ini dalam minda mereka dan menggunakan cara yang sama untuk marah orang lain pula.

3. Mengambil tahu kehendak anak-anak

Kadang-kadang anak suka melakukan sesuatu perbuatan nakal untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapa yang tidak memenuhi kehendaknya. Seharusnya ibu bapa kena menyelami kehendak anak-anak dan cuba penuhi kehendaknya, terutama kehendak rohaninya.

4. Meluangkan masa untuk bersama anak-anak

Semua orang pun sibuk, tambah-tambah ibu bapa bekerja yang tiada pembantu rumah. Namun tuntutan untuk bersama anak-anak adalah lebih besar dari segala hal. Melakukan kerja rumah, memasak dan sebagainya, memang mengambil masa, tetapi seorang ibu yang kreatif boleh melakukannya bersama anak-anak. Contohnya sediakan sebuah meja kecil di dapur dan biarkan anak bermain dengan sayuran dan sebagainya sementara ibu sibuk memasak. Secara tidak langsung, melakukan aktiviti bersama-sama.

5. Sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yang baik

“Saya ibu bekerja yang sibuk, mana ada masa nak buat benda2 semua ni dengan anak”
Sesibuk mana pun, kita semua diberi 24 jam sehari. Sejam atau setengah jam bersama anak-anak untuk ‘masa kualiti’, tidak dapatkah? Hanya perlu seminit saja untuk memeluk anak dengan penuh kasih sayang. Hanya seminit saja untuk mengucup pipinya. Sentiasa sibuk memberi alasan tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Sekolah adalah tempat menimba ilmu, namun sahsiah harus dibina dari kecil lagi. Bila anak-anak tiada sahsiah, maka jadilah seperti yang kita dengar dan lihat hari ini, murid2 melawan guru, pukul guru, bergaduh sesama sendiri, bercinta, mengandung bawah umur, ponteng sekolah dan sebagainya. Mampukah seorang guru atau sebuah sekolah nak membentuk semua tu?

Kerana itu setiap orang diberi ibu dan bapa… kerana dari ibu dan bapa lah perhatian sepenuhnya dapat diberikan. Ibu Imam Syafie berpindah dari Palestin ke Mekah untuk memastikan anaknya dapat belajar Bahasa Arab dengan betul serta ilmu2 lain dan bukan menghantar anaknya ke Mekah manakala beliau remote saja dari jauh.

admin Avatar

4 responses to “Sekolah Tahfiz Untuk Anak”

  1. amirah Avatar

    betul lyna..kena jaga sahsiah anak2..biar tak pandai belajar tapi jadi orang yang ada sahsiah diri
    .-= amirah´s last blog ..Apa Kuih Raya Kegemaran Anda =-.

  2. ruszia Avatar

    Saya suka tajuk ini.
    Yes parents mesti menunjukkan teladan yang baik
    .-= ruszia´s last blog ..Salam Lebaran =-.

  3. Wan Anie Avatar

    betullah tu sebab ibubapa yg mencorakkan anak mereka bukan sekolah 😀
    .-= Wan Anie´s last blog ..Baju Raya Anak-Anak Ibu =-.

  4. kakLuna Avatar

    yang penting SOLAT tu..kalo mak bapak bangun pun dah tengahari, terlepas subuh mcm takde apa je….kalo solat pun lewat-lewat…anak mengikut dari situ lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge