Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com

admin Avatar

Setelah berbulan saya mengasingkan diri dari dunia blog, rasanya macam nak buat comeback lah. Berbulan2 tak bersosial secara cyber dengan rakan2 blogger 🙂

Oleh itu sebagai pembuka (harap2 tak tutup lagi dah), saya dengan keterujaan ingin menyertai giveaway Eyriqazz ni, kerana saya nak sangat buku WTF? 23 Properties by 30.


Saya sertai contest WTF Buku Pelaburan 23 Properties by 30 ni bukan saja2 nak memeriahkan majlis tauuu. Saya memang NAK SANGAT BUKU NI.

Kenapa saya nak sangat buku ni?

Haa inilah sebab2nya

Susah nak dapat di pasaran

Dari Eyriqazz dan beberapa blogger lain, katanya buku ni selalu sold out. Di KLIBF pun ada beberapa unit saja. Kedai buku selalu habis. Uihh macam tu punya sukar nak dapatkannya, tambah2 pula kedai buku saya cuma Kinokuniya je, uhuhu.

Saya dah dekat 30 tahun!

Hehe, dekat, bermakna bulan depan saya official 30 tahun. Jadi saya perlukan hadiah hari lahir yang menarik.

Saya dah dekat 30 tahun dan saya tiada 23 buah rumah

Berapa rumah yang saya ada? Ops, itu rahsia… Mungkin 1, atau mungkin 22.. Tapi bukan 23. Mungkinkah sempat untuk saya cukupkan kouta Faizul Ridzuan? Ya, kita kena baca buku beliau dulu.

Best sangat ke Faizul Ridzuan ni?

Saya selalu rasa saya best. Ya, ya memang perasan bagus. Jadi bila ada yang rasa dia lebih best dari saya, saya memang teringin nak tahu, apa yang bestnya dia ni. Atau sekadar indah khabar dari rupa saja. Atau 23 property dalam game Saidina ke.. Jadi nak tak nak kena juga baca buku ni.

Robert Kiyosaki?

Faizul Ridzuan dikatakan Robert Kiyosaki Malaysia. OK saya nak tengoklah sejauh mana Kiyasaki-nya beliau ni.. Saya baca hampir kesemua buku Robert Kiyosaki.. Adakah beliau benar2 Robert Kiyosaki atau ceduk idea Kiyosaki dan tulis semula dalam Bahasa Malaysia? Nak sangat tahu ni.

Jadi berdasarkan sebab2 di atas, saya harap Saudara Eyriqazz memilih saya untuk mendapat buku tersebut.

Sebab paling utama, memang tepat dan berbaloi kerana saya pasti akan manfaatkan isinya, bukan jadi tukun dalam almari… Jadi tolonglah beri buku itu kepada saya sekiranya benar2 handsome. Hehehe.

Oh ya, saya juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Eyriqazz dan isteri (isteri beliau rakan sekelas saya dulu) atas kelahiran putera mereka, Azim yang comel.


Okey, diharap comeback saya tak mengecewakan. Doakan saya dapat membawa pulang WTF? 23 Properties by 30 dari giveaway Eyriqazz ni.

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com”

  1. kesoma.rai Avatar

    semoga berjaya lyna…saya yg takde minat pada hartanah pun jadi teruja bila baca entry ni.. Kalau kena vote nanti saya vote lyna.. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge