admin Avatar

Cerita backpack europe pun tak habis-habis lagi.. >_<

Saya memang zero tentang Amsterdam, kecuali kincir angin. Hehehe. Sampai-sampai je tanya husband “Mana dia kincir angin?” Apa lagi bila saya kagum dengan banyaknya sungai di Amsterdam… Nama pun dah DAM. Asal nama Amsterdam adalah dari empangan (dam) di Sungai Amstel. Sangat-sangat bermakna sekali kan.

KEMBARA AMSTERDAM EROPAH

Kami check-in di Chic & Basic hotel yang terletak di tepi Sungai Jordaan. Memang sangat best hotel ni. Best offer, basic amenities, bilik yang agak selesa untuk kami 3 beranak. Berbanding dengan bilik loteng di Paris dan katil kecil di Geneva, hehe.

Hotel ni adalah walking distance ke stesen keretapi dan tram. Walaupun kena menapak agak jauh tapi tiada masalah bagi orang macam kami.

Pagi kami tiba di Amsterdam, tak tahu nak tuju ke mana. Dalam kepala memang nak tengok kincir angin dengan bunga tulip, tapi ladang bunga tulip tutup. Sebab dah penat (maklumlah semalaman tidur dalam tren, dan tak berehat dah lepas tu) kami ambil trip ke Marken, Volendam dan Zaanse Schans. Beli kat kiosk yang berlambak di tepi sungai depan Central Station tu je.

Trip paling awal jam 12.30, so sambil tunggu trip yang mula tengah hari, jalan-jalan dulu sekitar bandar.

Ke pasar tani.. walaupun takde beli apa pun.

PASAR AMSTERDAM

Jalan-jalan ikut arah kaki & sampai di Red Light District, kawasan pelacuran yang terkenal di Amsterdam. Di sini benda-benda lucah merapu tu jual tepi-tepi jalan je. Urghhh. Siap dijadikan cenderamata!

Di Red Light District ni pelacur-pelacur dipamerkan macam pamer patung di kedai baju tu. Sadis sungguh 🙁 Tapi kami ke sana di waktu pagi, jadi tak adalah benda pelik-pelik tu. Di sini, pelacuran dikira kegiatan bermoral.. malah ia dikira satu karier! Pelacur di sini bukan type murahan, profesional katanya… OK sudah, sudah!

RED LIGHT DISTRICT

Dalam jam 12.30 tengah hari, bas tiba di satu kawasan di depan central station. Bermulalah trip kami ke Marken, Volendam dan Zaanse Schans. Di Marken, kami dibawa visit kampung tradisional orang Belanda. Rumah-rumah tradisional Dutch yang sangat comel dengan taman yang hijau… Masya-Allah cantik sangat. Damai dengan sungai kecil yang bersih mengalir. Sekali tengok macam rumah lego je, tapi memang ada orang tinggal situ.

MARKEN TRADITIONAL HOUSE AMSTERDAM

KAMPUNG TRADISIONAL MARKEN

Lepas pusing-pusing kampung, kami ke kilang membuat keju dan terompah yang masih menggunakan cara tradisi. Sempat sambar satu, buat kenangan… tapi tak boleh nak pakai pun, hehe.

KASUT KAYU NETHERLANDS

Di sini kami jumpa sekumpulan pelajar sekolah dari Malaysia yang mengikuti perkhemahan Pengakap ke St John ke apa entah… di Jerman. Lepas tu singgah Amsterdam sebelum balik ke Malaysia. Bestnya… akak masa sekolah dulu kalau dapat keluar dari Kelantan tu kira satu keajaiban dah hehehe.

Lepas habis tengok orang shopping keju, kami naik bot ke Volendam. Ini best. Volendam adalah sebuah perkampungan nelayan di Amsterdam. Sekarang jadi antara tarikan yang wajib kena pegi.

VOLENDAM NETHERLANDS

VOLENDAM AMSTERDAM

VOLENDAM MARKEN

Di sini juga first time saya try herring, atau ikan terubuk yang dimakan dengan timun jeruk dan bawang. Marvelliso! Memang sedap sangat rasa dia. Rasa sekali nak berkali-kali.

HERRING AMSTERDAM HOLLAND NETHERLANDS

Tapi disebabkan harga dia bukannya murah (apa lagi kalau convert ke MYR, 1 Euro pun dah berapa!), maka takde lah nak makan benda ni je. Yang bestnya dekat hotel Chic & Basic ada satu kiosk jual benda ni.. tapi lalu telan liur je lah…

Lepas makan-makan di Volendam, kami sambung perjalanan ke destinasi terakhir yakni kincir angin di Zaanse Schans. Naik bot kemudian naik bas.

ZAANS SCHAN WIND MILL

Masa ni memang dah busuk habis dah. Maklumlah last mandi masa di Zurich, sebelum naik train. Dalam train sempatlah mandi, tapi tak berapa nak kusyuk sangat mandi dalam tren dengan tergoyang-goyangnya, ambil mana yang wajib je orang kata. Sampai-sampai di Amsterdam, simpan beg je, terus jalan.

KEMBARA AMSTERDAM EROPAH

Tapi no problem, yang penting baby tak meragam. Danny memang best sangat lah masa ni. Diam je, sporting habis. Apa taknya, selesa je dalam SSC The Stork by Snuggbaby ni.  Nak menyusu ke nak tidur ke, semua boleh buat tanpa beralih posisi. Mudah kan? Travel dengan baby paling mudah.  Bila dah besar… banyak pula nak melaya songehnya T___T

Sampai-sampai di central Amsterdam, kami check in, membersihkan diri.. dan keluar lagi. Maklumlah, masa singkat. Tak sempat nak melepak-lepak dalam bilik. Yang paling wajib kena buat – cuci baju! Tak hantar laundry sebab bajet la katakan.. haha.

admin Avatar

5 responses to “Sambungan Kembara di Amsterdam”

  1. Izu Avatar

    Salam Mommylyna.

    Pegi Ams bulan berapa? Saya punye trip ke Ams last year pon tak sempat update lagi..

    Nway, baiknya your baby..elok je duduk diam dlm baby carrier tuh. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar

      Hujung bulan Mei. Terlepas tgk tulip. Izu g bile?

  2. Izu Avatar
    Izu

    Last year, awal april. Masa Easter break. 🙂

  3. Shah Avatar

    Salam, Mintak pendapat . Sy akan ke amsterdam pd 2-3 may. Plan ke kenkeuhof, volandam dan zaanse schan. Cukup x sehari utk melawat tmpt2 itu?

    1. admin Avatar
      admin

      Salam Shah,

      Cukup sangat, insya-Allah 🙂

Leave a Reply to Izu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge