Saka Harimau

Apakah saka? Saka adalah makhluk halus yang dipelihara oleh orang dulu2 (biasanya) untuk menjaga rumah, tanah kebun dan keluarga. Menurut Dr Imran Kasimin, saka juga boleh jadi ilmu yang dipusakai oleh turun-temurun yang melibatkan jin dan makhluk halus.

Antara saka yang dikatakan paling kuat ialah saka harimau. Saka harimau dikatakan boleh menjelma dan menukar rupanya dan menyerang sesiapa saja mengikut arahan tuannya.

Saka ni akan terus berdamping dengan pemiliknya, dan akan kekal selagi tidak dilepaskan secara rasmi. Saka biasanya mengadakan perjanjian darah dengan pemiliknya, bermakna perjanjian hingga ke seluruh keturunan.

Saka diturunkan, biasanya melalui dua cara. Pertama, dengan peralihan hak saka dari generasi di atas kepada generasi di bawah. Misalnya dari seorang ayah kepada anaknya, dan anaknya hendaklah sanggup untuk menerima saka tersebut. Biasanya sebelum meninggal pemilik saka akan mewariskan saka kepada keturunannya. Cara kedua ialah secara tidak langsung, samada apabila pewaris ini menerima barang-barang tinggalan ayah/datuk/moyangnya, atau saka tersebut mencari keturunan di bawah untuk menjadi tuannya mengikut perjanjian darah tadi.

Pemilik saka dikatakan mesti menjaga sakanya dengan baik, atau saka itu akan ‘makan tuan’. Pemilik saka ni biasanya panas baran dan tidak dapat berfikir panjang kerana ‘panas’ saka yang ada dalam dirinya.

Disebabkan saka ni boleh turun secara tak langsung, ramai yang tak sedar yang mereka mempunyai saka. Antara ciri2 pemilik saka ialah:

– sering berasa tidak tenang, gelisah, takut.
– terganggu dalam solat dan ibadah.
– fikiran sering menerawang tanpa kawalan.
– tidur yang terganggu/susah nak tidur.
– sering bermimpikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia

Walau bagaimana pun, tak semua ciri2 di atas adalah disebabkan saka. Kalau rasa ada mengalami benda2 di atas, tak boleh terus anggap ia adalah saka. Mesti cari penyelesaian lain dulu.

Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang ‘menumpang’, eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.

Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.

Sebenarnya bila bercakap tentang saka ni, tak semua orang boleh terima. Maklumla, zaman dah moden kan. Walau bagaimanapun jin itu memang wujud. Nabi Sulaiman mempunyai pekerja2 dari golongan jin. Di dalam al-Quran banyak disebut tentang Jin, sependek2 surah an-Nas, dan juga terdapat satu surah namanya surah al-Jin. Mereka adalah makhluk Allah juga, tapi mereka tidak berkuasa. Cuma jadi powerful sebab kita ni sejak kecil dah ditakut-takutkan dengan momok, hantu, jin toncet dan sebagainya.

Namun kalau mengalami masalah2 berkaitan emosi, perasaan ni, sebaiknya berjumpalah yang pakar. Jumpa doktor dulu untuk pastikan tak ada masalah berkaitan fizikal mahupun psikologi. Maklumlah kadang2 orang yang mengalami masalah dengan otak (brain) akan mengalami perkara2 macam halusinasi, schizophrenia dan pelbagai penyakit psikologi yang dapat diselesaikan dengan kaedah perubatan dan terapi. Namun sekiranya dah disahkan tidak mengalami apa2 masalah dari segi medikal, cepat2 dapatkan perawat alternatif yang benar2 patuh syariah. Maklumlah zaman sekarang banyak sangat yang menipu.

30 thoughts on “Saka Harimau”

  1. aahh, saka ni mmg ada. zaman dulu dorang bela saka tuk jaga kebun and hasil tanaman. dan saka ni agak menyusahkan apabila tuan saka nak meninggal dunia. saka akan sibok nak cari tuan br dan dier biasanya akan cari anak tuan dier.

    mmg sedih bler tgk tuan saka ni bler nak meninggal. dan bukan semua pengamal alternatif yg pandai buang saka ni.

    moral of the story : jgn sesekali dok bkawan or menerima saka ni. sbb dier akan menyusahkan seluruh keturunan dier
    kambingbujang´s menulis tentang ..My Breastfeeding Diary – My Medela Freestyle from eBay eBay is a Hassle Free Market PlaceMy Profile

    1. hah itulah. lepaskan je terus bila orang tua dah nak meninggal

      tp ada yg dapat saka secara tak langsung. tiba2 je saka tu turun kat dia. huhu.

  2. keluarga sebelah suami memang ada masalah ni. Bila tengok dorang berubat rasa macam seramnya. Menjerit2 menangis2. Nak buang tak semudah yg disangka. Dah banyak tempat pergi.Resultnya sama. Terasa risau juga sebab anak saya cucu sulung dalam keluarga. Tapi yakin dengan Allah. Moga Allah jauhkan. Hanya Allah yang dapat melindungi. Patutla susah nak tidur dan selalu mimpi bukan2 espcly baby. Kalau ambik wuduk sampai berkali-kali. Solat pun boleh terbatal banyak kali.
    amirah´s menulis tentang ..Episod Akhir Asmara TV3My Profile

    1. amirah, apa maksud amirah pasal “patutlah susah nak tidur, dan selalu mimpi bukan2 especially baby. Kalau ambik wuduk sampai berkali2. Solat pun boleh terbatal banyak kali”? Siapa yg mengalami tu semua? ahli keluarga kpd org yg ada saka? atau org yg ada saka?

  3. saya ada pengalaman dalam bab “membuang benda” nih. ianya bukan saka..tapi ‘benda’ yang dihantar orang. tak sangka 3 tahun ‘benda’ tu duk menunpang kat badan saya ni. masa buang tu, sakitnya tok sah cakap lah..masa ustaz picit kat bahgian sendi, terasa tulang ni macam kena ketuk dgn batu sampai hancur…
    Normaliza´s menulis tentang ..SURAH YASIN JANTUNG AL-QURAN – PART IMy Profile

      1. mmg trauma..sampai skang sebab benda tu a.k.a HANTU RAYA menjelmakan diri berbentuk lembaga hitam & besar. tanya ustaz masa berubat tu, ustaz tu cakap tu mmg jelmaan hantu raya..

        dapat tahu ada org hantar tu pun sebab tak sengaja. masa tu konon2 nak ubat anak yang asyik menangis malam. rupa-rupanya puncanya kat saya..

        org hantar ‘benda’ tu sebab tak puas hati saya tak berurut dgn dia pas bersalin dulu..
        Normaliza´s menulis tentang ..SURAH YASIN JANTUNG AL-QURAN – PART IMy Profile

    1. lagi haru kalo benda tu taknak tinggalkan perumah dia
      tuannya dah ‘mati’ tp jasad idup lg cos benda saka tu yang duk dalam badan dia
      horror kan

  4. keturunan aku ade saka harimau putih….dari belah moyang jantan..dlu jantan bahasa melayu dlu untuk lelaki…masa moyang jantan meninggal…benda tu dtg kat rumah nenek aku kat hulu langat…keturunan moyang aku dari keturunan raja…nama betul moyang aku raja kechik tapi ubah nama jadi makmur…so dia ada saka harimau ni seba nak lindungi darah diraja….mase tu arwah datuk aku, nenek aku dan pak long berebut dapat ilmu tu sampai masing2 ubah jadi harimau…makcik aku hampir nak jadi tapi tersedar bila mak aku cubit kaki dia kuat2..masing2 tutup mata..bunyi ngaum smua kuar..then arwah dato dpt ilmu tu…bila arwah meninggal…dia jadi lagi tapi dtg trus kat pak long aku….masa mak ngan ayah aku kawin, pak long aku pamerkan silat harimau..ramai org kpg pelik ngan silat tu..then pak long aku meninggal mase tahun 2002…so benda tu dtg pulak kat spupu aku..dia jadi cam tak betul kekadang cakap bahasa ape ntah….dah jumpa ustaz harun din dan raja bomoh malaysia pun tak dpt sembuhkan…dia kata saka ni kuat…smpi skrg spupu aku agak suah gi sekolah sbb tetiba dia akan jadi tak betul…dia turun dari lelaki ke anak lelaki…
    shark254´s menulis tentang ..2200 years old GOLD found in IsraelMy Profile

  5. saya menghadapi masalah saka harimau dan sering kali diganggu oleh saka ini.saya telah cuba pelbagai jenis perubatan sama ada secara tradisional atau moden dan perubatan islam namun saka ini masih mengganggu saya.saya harap ada sesiapa yang dapat membantu mengenai masalah saya ini

  6. AS SALAM..cb hbgi pak razak di bndr baru bangi,slgr..isyaALLAH mudahan dgn izin ALLAH TAALA boleh sembuh..0193981461..

  7. mcm mana nak dptkan saka harimau??? Keturunan saya dulu ada saka harimau ni?? Kalau saya nak ambil ada cara ker?? Ada saper2 yg blh tolong saya??

  8. as salam….anak lelaki saya memang suka keluar malam, hari tu lepas dia main komputer kat kedai game, dia ketandas lama yang jarang digunakan lagi kat kawasan sunyi….balik saja keasrama seluruh badannya timbul kemerah- merahan dan terasa gatal yg amat sangat tiba-tiba dia rebah dan bangun mencekau-cekau dinding asrama spt harimau mencekau.
    Selepas ustaz pulihkan dia bertaubat dan tunaikan solat yang dulu dia ringan-ringankan.

  9. sy ada saka harimau tu…sy tau dlu dr bos sy,.dia tgur ada bnda kt bdn sy…kne berubat cpt,,,lps tu 2 kali sy mimpi harimau..selanga sehari…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge