,

Rumah Besar Kereta Kancil vs Rumah Kecil Kereta Mewah

admin Avatar

Saya dan suami suka jalan2 cari rumah. Cuma recently ni agak kurang sikit sebab market property & saham tak berapa menarik (to me). Lagipun, dua benda ni menjadikan peluang berniaga adalah yang terbaik buat masa sekarang agar bila ekonomi dah pulih nanti tinggal nak kutip hasilnya saja. This makes us more focus on business.

Dalam pada jalan2 tengok rumah I notice banyak rumah2 besar (banglo atau semi D) di kejiranan yang lama-lama pakai kereta biasa2 je; malah ade yang pakai kancil & MyVi macam kitorang pun. I think mainly because empunya rumah dah pencen dan nak rehat2 je kat rumah. So tadek la keperluan nak berkereta mewah sebab lokasi paling jauh pun mungkin pasar atau masjid saja, huhu.

The other side of the coin, ade jugak rumah yang tak berapa besar tapi kereta dia mak oi, Mercedes Benz E-Class. In fact, kami pernah nampak BMW 5 Series model terbaru park dirumah kawasan setinggan! I said, ni mungkin driver je kot. Tapi abiy pulak cakap, takkan la bos dia sanggup simpan kereta setengah juta dia kat rumah driver yang bila2 boleh terbakar. Gamaknya rumah banyak sangat kereta sampai dah tadek tempat nak simpan.

Tapi bila fikir2 balik, memang banyak je orang je Malaysia ni yang memiliki kereta lebih mahal dari harga rumah, partly sebab harga kereta kat Malaysia ni sangat la mahal. Tapi, harga rumah kat negara kita ni tadek la murah pun. So secara logiknya, nisbah harga kereta vs harga rumah tak berapa logik kalau lebih dari satu, betul x?

Terutamanya yang duduk kat Lembah Klang ni.

I tak tahu la what’s the ideal number. Tapi we just use rule of thumb, harga kereta must be 1/5 or 1/4 daripada nilai rumah (hah, sume pakat carik kalkulator, huhu). Dalam kata lain, kalau I nak berangan pakai kereta BMW setengah juta, I must have rumah worth RM2 juta dulu!

Logik bukan?

Pernah berlaku ke salah sorang kawan saya yang nak datang rumah. Sebelum jumpe rumah kitorg, dia tersilap sampai satu rumah ni yang penuh motor besar, SUV RM350k & sedan RM250k. Sampai dia pun cakap, “aku ingtkan ko jual dadah tadi sampai bulih berhabis duit beli kereta mahal2”, huhu. Walaupun bunyi-nya kelakar, ada kebenarannya tau.

Unless you’ve been living there for a while tapi nilai rumah tak naik banyak mana. Or, ditempatkan di lokasi perantauan yang kebarangkalian untuk anda settle down kat situ selama-lamanya sangat rendah. I think, it’s all about how you balance your life & finance.

But then again, mungkin pekerjaan mereka memerlukan kereta mewah, contoh paling mudah kontraktor la kot. Yang namanya zaman materialistik, kalau pergi tender kontrak pakai kancil dituduhnya kita tak mampu nak buat apa yang terkandung dalam kontrak. Tapi abiy got this nice statement, “if they remain the same after a while something must go wrong somewhere”.

In fact dia ni suka nak tahu orang yang claim dirinya berjaya dengan kereta besar2 ni actually duduk mana. To him, from there you can gauge the “level of success”. Ganas kan? Sebabnya, loan rumah ni perlukan komitmen jangka panjang. Tambahan pula, bank sekarang bukan main strict lagi nak luluskan pinjaman. So if you can make it, chances are your success pun berunsurkan long term & berkekalan jugak.

Mana yang bagus, rumah besar dulu ke atau kereta mewah dulu?

Rumah Paling Mahal di Malaysia? RM40 juta few years ago (in Bangsar)

Entahlah. Saya ni dua2 pun kecik, but ideally dua2 pun besar la kan?

Tapi memandangkan kewangan boleh menjadi kekangan, pilihan bergantung kepada situasi dan kemahuan kita. Ada yang tak perlu pun kereta mewah ni tapi mahu sangat2, so beli je. Sebab nak sangat, sampai sanggup beli yang 2nd hand dengan rekod accident sebab harga yang ditawarkan lebih rendah dari pasaran.

Berhati-hati membeli kereta mewah ni. Kalau silap langkah, habis ratus-ratus ribu tu melayang entah ke mana. Dan kalau anda beli untuk “investment”, make sure your “potential return” boleh di “reinvest” untuk kereta model terbaru nanti, baru classs, hehe.

As for me, belum nak berminat lagi nak berkereta mewah. Cuma skang ni memang hangin la nak MPV sebab anak 3 orang ni makin bising dalam kereta. But given a choice, I prefer house over kereta for simple reason, saya ni value investor punya orang; nampak duit je, haha.

Lagipun, kalau beli rumah almost naik berganda. Gandaan berapa tu bergantung kepada potensi tanah atau hartanah tersebut la kan. Kalau kereta ni makin tua makin banyak ragamnya. Dan akan sampai masanya jual dan beli kereta baru lebih “cost effective” daripada maintain saja kereta mewah ni. For now, masih tadek budget lagi untuk itew, uhuh.

How about you? Agak2 mana lebih best?

admin Avatar

12 responses to “Rumah Besar Kereta Kancil vs Rumah Kecil Kereta Mewah”

  1. Shahrul Avatar

    Bagi saya, x de keperluan berkereta mewah sbb bekerja kat rumah je. Skg kereta dh ada, rumah sewa je, jd saya nak kejar rumah besar dulu baru kereta mewah.

  2. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    pendapat sy lebih baik rumah besar berbanding kereta mewah psl apa sy duk kat rumah haha..

    sy mmg tak sukalah MLM yg pengaruh ahli suruh pakai keta mewah semata-mata nk t-up org

    walaupon sekarang kami dlm perniagaan yg masih berkonsep MLM tp kat sini takdelah poyo nk tunjuk-tunjuk pakai keta mewah segala

  3. ummu wardah Avatar

    salam.pd pndapat sy,pd usia muda sekarang ni lebih baik kumpul aset trlebih dahulu daripada memakai kereta mewah..atleast harga tanah dan rumah makin lama makin mahal harganya berbanding kereta mewah yang ada susut nilai setiap tahun…kalau sy,mungkin akan ikut jejak langkah ayah..teringin nak bina gudang atau rumah kedai sendiri then bg sewa.kalau ada rezeki boleh la pakai kereta mewah.tp lebih baik hidup bersederhana la kot..

  4. cleverspider55 Avatar

    pada pendapat saya,rumah dan kereta mewah tu tak penting sgt,
    yang penting hidup senang tanpa hutang..
    Byk org skrg beli kereta besar rumah besar tapi..kat bank hutang berlambak.
    Jadi lebih baik ala kadar je yg penting hidup senang,tenang,aman,bahagia tak payah fikir pasal hutang.

  5. ainul Avatar

    ainul suke beli rumah sbb rumah aset yg plg berharga.harga makin naik.kete makin lama makin turun harga.apapun teringin jugak nk bawa BMW.bukan la sekarang.yg penting beli yang mana paling penting.kete setakat ada utk bw p jalan2 dh okey dah..

  6. kinna Avatar

    kalo duit belanar, teringin gak nak berkereta mewah..(provided that, company byr instalment kereta bulan2 dan ade elaun minyak..hehe)

  7. puanbee Avatar

    saya dua2 pun kecik2 je.. belum mampu nk besar2 lagi 🙂 tapi kalau diberi pilkihan antara rumah besar dn kereta besar saya pilih rumah..kereta biasa cukup lah

  8. Purplemama Avatar

    Saya pilih rumah, for sure. Saya sentiasa berdoa kereta Saga BLM kami dalam keadaan baik selama mungkin.hehe. Kereta sama sahaja, yang penting sampai ke destinasi! 😉

  9. syigim Avatar

    sokong nak MPV jugak!!!! pening 3 boys poompangpoompang kat dlm kereta!!! hihi…. 😉

  10. sya Avatar

    saya nak rumah. takde lah besar…
    kalau ada kemampuan, saya tetap akan pilih rumah dulu.
    kereta, janji boleh pakai, sudah lah…

  11. aboy Avatar
    aboy

    Asalam. .hartanah n emas(jongkong) lebih baik utk very long term. .klau rumah dkat kwasan mmbangun or sektor pelangcongn mmng very good. .for kereta mewah bkn x bleh but survey apa yg kita btul2 minat. .klau bleh under 300k not more than that. .tpi klau yakin n bijak cri yg recon. .x susah pn nk cri yg pnting ada ilmu dh tau srba skit about cars. .but most importand spend n be a very wise consumer. .Peace

  12. dato muhammad Avatar
    dato muhammad

    Bagi aq dua2 mesti mewah…yg pnting rumah tu kena betui2 mewah & selesa..skrg kt malaysia rumah murah je klau compare kt luar negara..ada RM10 Juta tupun dh boleh beli rumah giler mewah kt mlaysia skrg…keter tu pakai gtr or bmw je dh ok..mcm aq ni..em

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge