,

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

admin Avatar

Dulu dengan anak pertama dan kedua, saya tak risau sangat tentang makanan semasa travelling- sebab kami jarang travel 😀 Maksudnya jarang bercuti atau ke luar daerah bersama-sama dengan bayi. Paling tidak, bila mereka dah besar dan dah boleh makan makanan biasa. (travelling di sini ialah berada di luar rumah untuk tempoh lebih dari sehari)

Namun, alhamdulillah, kami diberi kemudahan untuk cuti-cuti Malaysia sejak Danny berumur 50 hari. Lalu, apabila Danny mula diberi makanan pejal, haruslah saya memikirkan untuk makanannya semasa travelling. Maklum saja, bukan semudah di rumah untuk menyediakan makanannya.

Biasanya, saya dapati pilihan ibu ketika travelling:-

  • bijirin bayi segera yang boleh didapati di kedai-kedai
  • membawa keperluan untuk memasak makanan bayi seperti beras bayi, lauk bayi dan periuk untuk memasak
  • membawa makanan bayi yang dibekukan
  • dsb

Pilihan pertama, tidak samasekali kerana saya mementingkan homemade (kecuali baby crackers). Bijirin segera (biasa orang panggil nestum/cerelac) memang mudah, tapi kandungan gulanya tinggi dan boleh meninggalkan kesan ‘lendir’ dalam salur makanan bayi. Bayi lebih mudah diserang batuk. Pilihan kedua, tak berapa sesuai dengan saya, kerana kami di hotel cuma untuk tidur saja. Pilihan ketiga, pun tidak sebab saya tak membekukan makanan Danny (terutama bubur).

Lalu, saya memilih untuk makanan bayi yang lebih berkhasiat, cepat dan selamat untuk dibawa travel.

couscous

Inilah couscous, yang juga makanan ruji di beberapa negara di Utara Afrika. Ia dibuat dari gandum, khasiatnya sama seperti pasta, sangat mudah dan ringkas untuk disediakan dan sedap dimakan!

couscous pumpkin

Couscous bersama labu yang di-stim untuk makanan Danny di rumah

Cara menyediakan couscous sangatlah mudah, cuma:

  1. Sediakan cousous mengikut keperluan bayi (untuk Danny dalam 3 sudu besar) di dalam bekas/mangkuk
  2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut (ratio 1 couscous 3 air)
  3. Tutup dan tunggu hingga 10-15 minit
  4. Siap!

Mudah kan? Tak perlu periuk atau sebarang bahan api. Kalau makan di restoran, sambil tunggu makanan siap, boleh siapkan makanan untuk bayi. Boleh dicampur dengan puri, lauk lain atau dimakan begitu saja. Mak budak pun boleh tumpang sekaki 😀

Couscous boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit, biasanya yang menjual makanan organik. Kena tengok label betul-betul, jangan tertukar dengan hulled millet dan quinoa sebab rupa mereka lebih kurang saja.

So, bagi ibu yang selalu bercuti bersama bayi, anda mungkin boleh mencuba couscous pula. Lebih mudah, selamat dan senang sepanjang perjalanan 😉

admin Avatar

20 responses to “Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling”

  1. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    baru tahu ada benda alah nih..dulu sy salu pening kepala nk prepare makanan baby time nk travel

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      better late than never 😀

    2. farah Avatar
      farah

      kat mana ada benda tu?

      1. admin Avatar
        admin

        mana-mana supermarket ada je rasanya farah

  2. zaila Avatar

    aku nak cuba buatlah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cuba la

      lagi molek drp nestong tuh

  3. iza Avatar
    iza

    Best lah n3 akak psl makanan baby semenjak dua menjak nih.byk mnjwb persoalan sy.TQ so much!!!!

  4. ladysue Avatar

    i like… menarik.. best share resepi nih….

  5. eliss Avatar

    tak tahu pulak masak dia senang mcm tu. dia rasa mcm mana? mcm nasi ke?

  6. zuhaini Avatar

    oh.. gini rupa dia.. saya ingat kaskas.. huhuhu 🙁 nasib baik tak terbeli..

  7. eT Avatar

    thanks akak…nk wat jugak…hehe
    mana nk carik nih… :p

  8. noor Avatar
    noor

    Mcm mana nak contact puan? Saya nak beli product shaklee. Terima kasih.

  9. masalifah Avatar

    kalu tertukar, anak jadi burung ke?

  10. mira Avatar
    mira

    salam..kak sy pun dh beli bnda alah ni..hehe…smgt nak try..tp kan nape dkt dia punya kotak couscous tu tulis cara2 nak wat tu mula2 rndam air panas biarkna skjp then panaskan kat dapur ek?sy pun watla tkt tak masak ke ape lg…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam mira

      Awak beli jenis lain kot. Ia ada 2 jenis – no cook & traditional. Yg traditional lama sikit nak masaknya.

      (macam oat; ada yg instant oat & ada yg kena masak)

  11. maz Avatar
    maz

    Salam….kak sy dh try cari couscous ni tp tak jumpe la….

  12. mazariffin Avatar
    mazariffin

    Salam kak boleh tak bgth couscous yg no cook tu brand ape….dh merate cari cous2 yg no cook tu xjumpe…..klu ade gambar cous2 yg no cook tu lg bagus….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hmm akk sbnrnya tak penah jumpe lg couscous yg kena masak. Brand mcm2, brand Organic, Agnesi.. Gambo kat FB akak ada 🙂

      1. ummi aleeysa Avatar
        ummi aleeysa

        rase ape kalo makan camtu je kak?

  13. rozaila Avatar
    rozaila

    baru je g beli td dkt tesco.brand agnesi.. nk try masak untuk bekal aqil esok..=)

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge