Resepi Makanan Bayi – Puri Nutrisi Yang Lengkap

By | November 9, 2011

Yoyooh je lah nutrisi yang lengkap, sebenarnya tak tau nak letak nama apa 😀

Yang sebenarnya puri yang saya sediakan untuk Danny sememangnya lengkap dengan protein, vitamin, mineral, karbohidrat dan pelbagai khasiat makanan dalam satu!


Danny sangat menyukainya! Habis semangkuk, lepas sesudu.. Sesudu. Mungkin kerana teksturnya yang lembut, licin dan gebu membuatkan Danny dapat menelannya dengan mudah.

Resepi Untuk Hidangan Ini:

Bahan- bahan:-

– labu (sumber vitamin A,C,B, zinc, fosforus, magnesium dan pelbagai jenis mineral!)
– sekoi (sumber karbohidrat)
– kacang hijau – yg siap dikupas (sumber protein)
– tempe (sumber protein)

Cara membuatnya:

1. Stim labu sehingga empuk
2. Sekoi, kacang hijau dan tempe direbus dalam satu periuk kecil (kacang hijau direndam dulu)

***kuantiti setiap bahan adalah mengikut keperluan bayi.

Setelah labu empuk dan bahan lain masak, campurkan dan kisar (blend) bersama-sama tanpa air.

Dan siaplah puri yang likat dan sangat sedap!


Danny makin naik badannya sejak mula makan secara serius. Gigih nak berjalan..

8 thoughts on “Resepi Makanan Bayi – Puri Nutrisi Yang Lengkap

    1. Mommy Lyna Post author

      Cari yg dah siap kupas. Rupa dia macam kacang dhal tp kecik2, warna yellowish.

      Jenuh kot nak ngupas kacang ijo tu huhuhu

      Reply
  1. yuz

    ~ terima kasih share resepi..dari aritu lagi cari sekoi..ntah tak tau nak beli kat mana…mungkin awak boleh share?

    Reply
  2. mama2Q

    salam..teringin nak cuba bagi baby sekoi tu, tp tatau mana nak cari (atau saya yg tak jumpa)..leh tak share pic sekoi tu dgn plastiknya sekali, nak tgk apa dia tulis kat bungkusannya)…tq

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Salam Mama2Q, sekoi = hulled millet. Gamba ada kat FB saya uhuhu (nak kena taruk cni kang)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge