Seorang teman yang mengalami masalah kurang susu badan bertanyakan pendapat saya, adalah elok jika dia mengambil pil tambah susu badan jenis hormon. Kata saya, sekiranya awak benar2 tiada susu, dan badan awak benar2 tidak dapat hasilkan susu, awak mungkin boleh gunakan pil tersebut. Lagipun fungsi asalnya bukan untuk tambah susu, sebaliknya kesan sampingan dia menghasilkan susu badan (teringat drama Telapak Syurga semasa Norish Karman nak menyusukan anak Zamarul Hisyam, dia beli ubat keluarkan angin di farmasi dan penjual tu kata “Ubat ni boleh hilangkan angin dalam badan, tapi kesannya you akan ada susu badan).
Saya bertanya lanjut tentang masalahnya. Beliau menerangkan masalah kurang susu badan bermula sejak dia mula kembali bekerja.
- Pam sekali sehari, kadang2 tak sempat. Kadang2 breast tak bengkak pun so dia tak pam.
- Kerja balik malam, lepas tu buat kerja rumah
- Stress dengan kerja dan rumahtangga
- Selalu skip dinner sebab dah lambat sampai rumah
Katanya dia dah cuba minum teh untuk ibu menyusu yang katanya boleh tambahkan susu, ambil milk booster pil, minum rebusan longan kering, tapi masih tak ada kesan.
Saya katakan padanya, ada beberapa kesalahan yang dia kena ambil perhatian:
- JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
- Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
- Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
Saya nak cakap tentang stress.
Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni.
Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.
Jadi, saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil set B, kerana set ini mengandungi:
Vita-Lea – Multivitamin & mineral
- Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
- Berfungsi mengimbangi segala bahan kimia dalam tubuh
- Menambah kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam badan kita
- Membantu memelihara kesihatan secara umum
- Membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil.
B-Complex
- Membantu mengatasi kelesuan
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan
- Membantu pelepasan tenaga dari makanan
- Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
- Diperlukan bagi sistem saraf
- Mengatasi stress
- Menukarkan gula kepada tenaga
Vita-C (Sustaine Release)
- Fungsi sustain release berfungsi secara perlahan dan berkuasa selama 24 jam dalam badan kita. Vitamin C yang biasa mudah musnah.
- Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.
- Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel2 badan.
- Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
- Memulihkan selesema
- Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
- Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan vitamin C yang lebih
- Sebagai pelindung sel dalam menghadapi serangan radikal bebas
Alfalfa
- Salah satu makanan tertua di dunia yang dikatan sebagai tumbuhan ajaib
- Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi
- Mengandungi klorofil, yakni ejen deodoran dan pencegah toksik
- Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
- Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
- Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
- Digunakan sebagai penggalak susu ibu
- Mengandungi kalsium yang tinggi
Bagi memudahkan, kami menyediakan trial pack yang berupa kesemua di atas untuk kegunaan selama 30-hari. Ia cuma RM 80 sahaja, dan free postage
Insya-Allah ia bukanlah bertujuan untuk ‘memeras’ susu agar keluar dari badan sebaliknya membekalkan vitamin2 perlu dan membantu menyeimbangkan hormon agar hormon2 yang diperlukan untuk penyusuan yakni oxytocin dan prolaktin dapat dihasilkan dengan baik, di samping itu memberikan ibu kesihatan yang baik dan susu yang bernutrisi.
Susu banyak atau susu pekat dan bernutrisi? Tepuk dada tanya selera
Hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com untuk keterangan lanjut





{ 37 comments… read them below or add one }
yeay yeay!!
go go bfeeding..
agak2 kalau mcm I dah 21months bfeeding..makan shaklee tu boleh dpt ke mcm zaman kegemilangan dulu2?
kalau boleh pasti ku beli!!
Lyna..nanti nadia contact u k!
.-= mommy nadia´s last blog ..training and nuffnang- =-.
aha, contact jangan tak contact
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
Baiklah makcik!!
.-= sitisifir10´s last blog ..Iklan Oligo =-.
baik apa?
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
budak lyna
cer story kat akak drama telapak syurga tu kakaka tgkj tak abih laaaa
bkn ke norish tu mak angkat rita?apsal dia suuskan anak rita???anak yg rita mengandung masa dia bawa balik norish tu ya
aha la
nak tau dak
saya terlupa mkn trial pack wajah berseri
saya sambung balik laaaa
.-= fid´s last blog ..nasi lemak tambah lemak tapi masih gamak mak lanyak =-.
aha, kang buat entry pasal Telapak Syurga kang orang kata ai tak support drama melayu plak muahahha
akak, jom masuk contest. check myshakleestore.blogspot.com
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
salamz….
tetibe nampak tajuk ni kat list blog kakak saya…
betol apa akak…bila stress..susu akan jd kurang…
saya copy eik letak kat blog saya…
salam perkenalan….
.-= adex´s last blog ..oat krunch katanyer =-.
salam perkenalan adex
bole2, jangan lupa link pada source nya ya
, TQ!
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
semestinya yg bernutrisi! ibu cantik, anak sihat (^_^)
.-= mommy icha´s last blog ..TRIAL PACK -amp FULL PACK =-.
patutla saya cantik semacam
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
saya pun hadapi masalah cam mommy kat atas..saya tak skip makan..weekend or malam..baby melekap jer direct feeding..stress alhamdulillah takde…tapi still cukup2x jer..n tak menentu .cthnyer..ari nih saya pam…leh dapat 8 auns…esok..takde plak..esoknyer…leh dapat lebih lagi…so dah terpaksa campur…now saya try pil asi…ada kesan sampingan ker ?…nak gak try shaklee nih…
.-= ina´s last blog ..Celoteh =-.
/me cuba cari masa untuk email ina. tunggu ye
.-= Mommy Lyna´s last blog ..Kelas Borong Barang China di Scriptory Box yang Best- =-.
salam mommy lyna..
best sangat ur blog. banyak tips and info yang sangat berguna untuk new mommy macam saya. thanks a lot for sharing! actually, dah lama jadi silent reader nih:)
mommy lyna ada tak tips nak maintain susu time bulan puasa ni.
.-= mamaqis´s last blog ..Veggie lovers- =-.
hi mommy lyna..
saya baru berkunjung ke laman mommy lyna ni..nak tanya la pack ni sesuai ke untuk wanita yg sedang hamil? sbb saya dah preggy nak masuk 4 bln tp masih takde tanda2 pembengkakan utk proses susu mcm org lain..risau juga kalo saya takde susu plak utk nyusukan baby nnti..hehe..lg pulak breast sy kecik..;p rasa nak try la pack ni..
Hi Nadhirah
Tahniah atas pregnancy!
Tubuh kita akan menyediakan breast bg menyusukan bagi all over the pregnancy & susu hanya akan dihasilkan selepas plasenta keluar (lepas baby lahir) so jgn risau masa pregnant just enjoy ur pregnancy, take good food, good care of yourself & banyakkan mencari ilmi & info yg betul tentang breastfeeding.
Bg menjawab soalan, utk wanita hamil sesuai ambil set A bersama soy protein utk kesihatan ibu & tumbesaran baby yg sihat.
Takw care ya!
sya agk berminat utk mencuba pil tambah susu ni, dulu msa ank per1 saya cma dpt menyusu slma 4 bln je sbb susu tak byk, jd yg scnd ni klu blh nk pnjgkn tempoh menyusu. Mcmna sya nk dptkan produk ni ?
Ank saya nk masuk 5bln hjg bln Aug nie.Dia langsung x nk minum susu formula.Yg saya risau susu semakin kurang,dh byk jenis product yg saya cuba utk byk kan susu.Tapi hasilnya krg memuaskan.Harap sgt kalau kwn2 dpt bantu..Tima kasih
Salam..
Anak saya nak masuk 5 months. exclusive BF until 2 months saja, sekarang mix with formula. Boleh ke nak try supplement Shaklee nih supaya boleh exclusive feeding balik?
Hi Raudhy
Shaklee can help provided u buat semua langkah2 utk merangsang susu kembali i.e. Mengepam dgn kerap (at least 3 jam sekali), direct bf baby, jaga makan minum
salam…
sy nak tanye sy ada beli set ni full set lg…masa pantang sy ada mkn dlm kurang pd 5 biji tp bdn sy naik gatal2…baby pun sama naik ruam..habis satu bdn,…sy asyik duk tergaru2 jerk…hubby sy x tau sy mkn vit tu…bila sy ckp dia marah2..tp sy syg le nak buang beli mahal…skang baby sy dah nak masuk 8 bln..rasa mcm nak try mkn blk..tp tu lah risau..camne erk..bleh tlg sy..susu sy skang pun dah berkurang…dah campur ngan susu soya…baby sy plak selalu suam2 kepala dia..so sy rasa nak cuba mkn kot kesan kena kat dia..harap2 dpt bantu sy erk..camne nak buat…lepas pd tu memang sy xde mkn ubat apa2…so sy rasa cam lemah ngat..camne erk..sy takut cara mkn sy salah jer…
Hi nissa
U mungkin elergik alfalfa or ada SLE. bole amik vitamin laib except alfalfa jgn amik instead amik soy protein as milk booster.
Note that anybody yg a SLE tak boleh sekali2 ambil alfalfa.
mana nak dapat product shaklee ni ek…nak beli lah
bleh hubungi saya di sauberlina@gmail.com
saya tak pernah dapat susukan anak walau sebulan pun dari anak sulung hingga yang ke tiga….kecewa betul…. sekarang saya bakal lahirkan baby ke empat… saya takut perkara yang sama akan berulang lagi… apa yang harus saya buat …. tolonglah saya
saya tinggal kat jb… ada tak dijual kat farmasi sekitar jb…..
nak try trial pack for set b tambah susu badan..
order for trial pack set b plz..
Puan bole isi borang dlm tab SHAKLEE kat atas sana
saye nak order barang ni mcm mane?
Puan bole isi borang dlm tab SHAKLEE kat atas
mcmana nak order?
Assallamualaikum, sy baru bersalin dah nak masuk 2bulan, tp skrg sy terpaksa beri baby sy susu formula sb susu badan tak mencukupi..paling banyak pun sy dpt pum 3oz tp anak sy kalau menyusu botol(fomula) dlm 1 jam 7oz,dan dia memang kuat menyusu..sy ingun mencuba trial pax ni..tp sy ada masalah berat badan selepas bersalin..asma..sinus..migrin..sembelit/buasir..alergi skin..anak2 juga mengalami masalah kulit sensitif spt sy..boleh u tolong bg detail kt i product yg mana satu sesuai n patut sy ambil..kalau i oder bila paling cepat boleh dapat?
Tq!
Assalammualaikum..
saya ingin bertanya, skang bekalan susu badan sgt bkurangan. n anak saya menghadapi G6PD. ada side affect x if sy nk amik produk ni?
Salam..
Utk tmbh susu bdn mmg wajib mkn smua vit kt atas tu ke?.
Vit or pil yg hnya utk tmbh susu xda ke?
Susu bdn sy kurang,bila pam cuma dpt 2oz je.
Anak slalu mnagis x ckup. Sy x bkeje,mkn pn byk tp
susu ttp kurang.
boleh ke ibu yg sedang mengandung mengambil pil untuk menyusukan bayi angkat nya.
Saya nak order.pil tambah susu badan.macam mana? Tq
Nt saya email
Tq !