Persediaan Berpantang Sendiri

By | January 11, 2011

Secara jujurnya sekarang ni dalam bulan ketujuh barulah saya mula berkira-kira dan merancang untuk kelahiran anak ketiga.

Untuk anak ketiga saya merancang untuk berpantang di Kuala Lumpur sahaja. Memandangkan ibu bapa saya juga bekerja, jadi lebih mudah berpantang di rumah sendiri. Sekurang-kurangnya anak-anak yang besar boleh dihantar ke taska pada siang hari. Dapatlah saya berehat bersama baby.

Lagipun saya dah ada pengalaman ‘berpantang koboi’ semasa kelahiran Fahry. Cuma hal makan minum concern juga. Harap2 si kecil tak kuat meragam sampai tak boleh nak masak bodoh2. Semoga semuanya dipermudahkan untuk anak ketiga ini.

Pantang dan amalan lepas bersalin tidak boleh dipisahkan dengan kita orang Melayu. Walaupun saya tidak mengambil sebarang jamu (hanya dengan confinement set Shaklee dah cukup), namun dari segi lain seperti penjagaan badan, urutan, tetap penting.

Semasa pantang selepas melahirkan Hafiy, saya berurut dengan seorang tukang urut di kampung, Kak Nah. Urutannya kuat, sampai saya kena tutup muka dengan bantal sebab ada part2 yang sakit. Semasa pantang Fahry, saya berurut dengan Makcik Maznah di Miri. Makcik Maznah lebih lembut sikit.

Semasa Hafiy saya berpantang di kampung, walaupun mak saya kerja, tapi seminggu dalam 2 hari nenek akan datang menemani. Jadi, tak adalah sorang-sorang sangat. Semasa ‘pantang’ Fahry pun ada Bibik. Tolong masak, kemas rumah..

Kali ni kedua-dua situasi tu dah tak ada. Nenek pun tak ada, Bibik pun tak ada.

Terfikir untuk mengambil Confinement Lady (tinggal di rumah kita).

Sis Hanz memberi info tentang Shadira, pakejnya antara RM950 hingga RM2850.

Saya jumpa dengan blog urutbersalin2u ni tapi tak ada pulak diberi nombor atau email untuk dihubungi.

Juga ada di Aisyah: RAWATAN PANTANG & TRADISIONAL MELAYU, pakej dari RM800 hingga RM3200.

Kawan saya, Ida dulu semasa anak sulungnya lahir, beliau mengambil seorang bidan kampung, Mak Mah untuk menjaga dalam pantang. Saya tak ingat ratenya, kena tanya Ida semula.

Kartika Buana pula menyediakan rawatan lepas bersalin cara Islam.

Di www.bengkungmoden pula ada senarai tukang urut lepas bersalin untuk dihubungi:

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin Di Sekitar Selangor

Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) – sumbangan Izan Ismi

Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) – sumbangan Izan Ismi

Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) – rujukan The Star

Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) – sumbangan Ezad Hasshim

Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah

Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 – sumbangan ailin

Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 – sumbangan ailin

Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som – sumbangan eisya

HUZAIMAH MOHAMAD. Tel : 014-3286478 – No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor – sumbangan Kyra

Kak Esah Tel : 016-3908180 – dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat…tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

Nenek Melah – Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat…tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

Bidan Jah (Ustazah Jah) – Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) – sumbangan Hamidah Shamsuddin

Mak Yang – Tel : 012-3600047. Km 13,Jalan Bernam, lot 113, Lorong Haji Janor
45500 Tg.Karang Selangor – sumbangan Kamarulramdan

Makcik Han – Tel : 017- 3951484. Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya
Urutan sgt berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg – sumbangan Aisha Ahmad

Nenek merah – Tel :03 31491007. Tempat Olak Rempit,Banting. Malam Jumaat tidak mengurut. Sumbangan Lin

Nenek Hamidah – Tel : 012-4819795. Presint 16 Putrajaya . Sumbangan Lin

Cik Ayu. Tel : 03-77810377. Taman Medan PJ. Sumbangan Lin

Yati – 012-8546760. Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

Nampaknya banyak benda nak kena buat ni. Saya nak kena menuntut dengan Kak Engku (Bidan Bersalin) nih. Kak Engu Bidan Bersalin akan bersama dengan kita dalam Mom’s Day out 29 Januari nanti. Mak-mak buyung bolehlah ambil kesempatan nak bersama-sama Bidan Bersalin kita, minta petua 🙂

Anybody ada contact yang best tak?

16 thoughts on “Persediaan Berpantang Sendiri

  1. AQisH

    wow..kos utk hired confinement lady pon bleh thn gak eh..mujurlah masa pantang anak ketiga ari tu..mak dtg rmh jaga..klu x..x tau lah sbb bila dh sebulan ari tu..saya kena bentan sbb lambat mkn angin dh msk..menggigillah ape lagi..

    apapun all the best to u eh..info yg sgt menarik..bleh difikirkan klu nak beranak anak ke 4 plak nnt hehe 😉

    Reply
  2. zaila

    mak aih, mahalnya rate confinement lady kat area KL ni..nampak gaya macam kena suruh en suami membiasakan diri memandikan anak & memasak masakan ibu mengandung ah;)

    Reply
  3. salzahari

    boleh baca my testimonial kalau psl Shadira sbb time Amani i amik Shadira…

    Reply
  4. Nur

    lyna, akak masa bersalin yg 2nd dulu pun berpantang sendiri..anak yg sulung pulak tak nak g umah bbsitter dia. nk jaga adik katanya…huhu..memang mencabar kesabaran tau..time kita nyusukan adik dia, dia pun sibuk suruh kita buatkan susu dia…lucky u ada confinement lady kt area kl/selangor..kat kuantan bila akak inquiry psl live in confinement lady ni sumer buat muka blur…

    tp berpantang sendiri tak susah..mcm akak nk jimat masa, satu lauk tu buat boleh makan sampai 2 hari..so ada hari yg boleh skip masak..yelah nk berbengkung lg, bertungku lagi..toksah ckp nak ngepam lagi..suami akak ada tolong gak sikit2 tapi seminggu jer. pastu survive la ko senirik..
    Nur´s menulis tentang ..Hola!!!My Profile

    Reply
  5. mommynadia

    thanks Lina..
    such a gud info..
    Plan 2nd baby ni pun berpantang kat sini since reason dia pun mmg sebijik mcm Lina..
    so nadia pun tgh survey makcik2 bidan ni…
    dapat seminggu pun dah cukup..dah ada experience lepas, jaga sendiri baby after 2 wk…heheheh 😉
    mommynadia´s menulis tentang ..2011 challenge!My Profile

    Reply
  6. Ica

    lyna, ica pun tengah tunggu time nak bersalin..and kali ni pun berpantang sendiri ja. not sure mcm mana nanti coz anak sulung akn ke tadika tapi yg ke2 ada kat rmh. takut dia kacau lebih bila dah ada new baby nanti. apa pun dah call puan hani kt BBB nak suruh dtg urut. yg lain buat sendiri. tapi kat area ni ada banyak tpt yg boleh send makanan kat rmh…ingat nak buat mcm tu bila tak kuat nak masak lagi.
    all the best to u ya. still ada time nak plan baik2…takpa, insyaAllh kita sama2 boleh nanti….
    Ica´s menulis tentang ..How to heal faster after delivery Tips- pleaseMy Profile

    Reply
  7. mummy aiman airiel

    sy pun 2nd child pantang sendiri..dh le czer..my bff cuti 2 weeks gak..pas 2 time tghari dia balik umah..bf g keje my bff msk dl…thee..mmg kalo ambik perkhidmatan belah klang valley nie mahal..me comfirm x berurut..but breastfeed membantu kecutkan rahim…no wonder rahim rasa kecut..
    mummy aiman airiel´s menulis tentang ..Sehari selepas Tragedi 11012011My Profile

    Reply
  8. Mama-miya

    untung dok msia, ada gak service confiment lady ni. i kalau my mom tak sempat dtg nnt, i jaga sendiri2 aje. Suami lak maybe kena kerja outstation.. Mujurlah Miya now boleh diharap most of the time.

    kat sini matsalleh semua pantang sendiri2, but the midwives nasihatkan keep your girlfriends in touch aje lah. so kalau too overwhelmed by motherly duty, ada lah teman nak menolong. yelah takut2 meroyan.

    bab mengurut ni, i kena pegi spa aje lah nampaknye. huhuhu.. this time alasan cukup kukuh, kan?
    Mama-miya´s menulis tentang ..Mama Miya yang Emosi- Gemuk or Just BesarMy Profile

    Reply
  9. Farah Aini

    Along..akak booking yg urutbersalin2u ke apa ntah namanya, jemari tradisional. If along lambat lg bersalin bolehla akak tgk nak recommend or not, tapi along dah 7 bulan kan, so insyaAllah Along bersalin dulu lah

    Reply
  10. ieyla

    Hubungi atau whatapp di no 0126383021 untuk mendapatkn rawatan slpas bersalin..dr penjagaan ibu hingga bayi.

    Reply
  11. atie

    Assalam..boleh bagi contact number makcik maznah yg kat miri? Sy tgh cari tukang urut & bidan di miri…mcm susah nk jumpa..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge