Permata Hijrah Betul ke Tipu?

admin Avatar

Kawan saya MekTi telah membeli satu set toner dan penutup mata Permata Hijrah dan dah mula menggunakan. Katanya lepas pakai produk tu, mata rasa segar, saraf mata rasa kuat dan pandangan rasa lebih luas. MekTi adalah pengguna cermin mata tegar dengan poper rangers melebihi 1000.

Saya pernah ada mendengar tentang Permata Hijrah yang boleh mengubat penyakit rabun ayam ni, tapi saya rasa takdela sampai macam tu, mungkin membantu mengawal rabun atau menyegarkan mata je. Kalau betul permata Hijrah boleh mengembalikan pengelihatan terang saya ni, habis la bangkrup kedai cermin mata Kak Siti Sifir, sebab harga satu pasang spek mata pun sama dengan satu set Permata Hijrah. Kalau saya, lagi baik saya pakai Permata Hijrah dari pakai spek. Tapi ramai yang mendakwa sembuh dari ‘penyakit’ rabun selepas menggunakan Permata Hijrah. Boleh tengok di testimonial offical website Permata Hijrah sdn. bhd.

Sebenarnya tengah berkira untuk buat LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) atau dengan kata lain rawatan laser untuk menyembuhkan rabun mata saya ni. Ada 2 orang kenalan telah melakukannya dan sekarang hidup bahagia tanpa cermin mata. Saya terdetik ni sebab Fahry si adik suka sangat dengan cermin mata saya. Pantang sampai,pasti dicapainya.

Tapi, ye la LASIK ni bukan murah.. paling murah saya pernah dengan RM5000. Kalau RM500 ke tanpa ragu2 saya akan pegi!

Kalau betul Permata Hijrah boleh mengembalikan pengelihatan yang kabur ni, apa salahnya mencuba kan? Namanya ikhtiar. Jadi tak jadi itu semua kerja Tuhan belaka.

admin Avatar

35 responses to “Permata Hijrah Betul ke Tipu?”

  1. akak su Avatar

    kwn kat ofis akak pun pengguna Permata Hijrah…tp masih pakai spek mata…kalo betul la keberkesanan Permata Hijrah tu, akak pun nak try la…tak yah pakai spek mata lg…kengkadang tu tdo pun ngan spek mata…tapi…..errmmmm anak2 akak kata..akak lagi cun kalo pakai spek mata…hahahaha
    .-= akak su´s last blog ..Jubah Baru n Sesi Jawab Tag =-.

  2. eT Avatar

    akak pernah dgr x citer pasal dr.eye…
    dia wat treatment homopathy…
    saya igt nk try treatment mata kt situ…tp ragu2 la…
    .-= eT´s last blog ..jawatan kosong UiTM =-.

  3. isabelle Avatar

    seriously.
    kalo betul mata buleh clear, i akan tarik rambut dgn mommy lyna utk smpi dulu ke kedai permata hijrah tu.hehehe
    .-= isabelle´s last blog ..Paling cantik? =-.

  4. mommy nadia Avatar

    tak salah mencuba!
    tp Alhamdulillah mata tak rabun 🙂
    .-= mommy nadia´s last blog ..when Adam meets Eimran … =-.

  5. fid Avatar

    ada beli tapi hangat2 taik ayam

    yg tgh dok nganga ni permata hijrah kata leh rawat masalah kornea berlubang
    tapi yg i tau mata i yg kornea berlubang ni rawatannya kena tukar kornea..
    sambung nganga
    .-= fid´s last blog ..Kain LYCRA boleh dibeli di…. =-.

  6. Jiji Avatar

    ada gak try itu hari…. tah takda beza pong@!~ tp try sekali je tak la yakin sangat.. tp bila pakai spek tu bergegar idong lepas tu gatal gatal idong.
    .-= Jiji´s last blog ..Aku mimpikan lelaki lain… =-.

  7. chekna Avatar

    kalo stakat air ubat mata tu, pernah la hubby try..tp biasala, angat2 tahi ayam..jap pakai, jap xpakai…camne nak menjadi. yg spek tu, xpernah la plak try.. my friend’s punye brother buat laser, trus ok xyah pakai spek lagi. cuma takut ada effect je la kot..
    my ziyad pun suka main tarik2 spek. abis senget benget spek tu jadinya..cam sy, g keje pakai lense je. hubby plak, sampai beli 2 spek, kat rumah satu (itupun beli yg murah je..), yg elok skit pakai g keje.
    .-= chekna´s last blog ..photoshoot =-.

  8. Ibu nqez~iz Avatar
    Ibu nqez~iz

    betul ke bagus permata hijrah tu? saya ni power spek mata kiri kanan masing2 dah 800, keluar umah, xde hp xde duit xpe, jgn xde spek, xtentu arah dibuatnya!..xde spek, duk je la 1 tmpt, 1 keje x jalan!..pergh teruk tul rabunku..

  9. niza Avatar
    niza

    i tot lasik kalau buat kt tmpt cm hosp mata hussein onn or optimax blh dpt 3500 both eyes..unles klu mata tu ade masalah lain, not just rabun…kt pcmc mmg mhl la…

  10. eyriqazz Avatar

    umm..no komen ..tak pernah cuba pula…
    .-= eyriqazz´s last blog ..SimplySiti | Rahsiamu Kini Milik Isteriku =-.

  11. Little Mama™ Avatar

    emm.. i wear contact lenses since 10 years ago.. power tak pernah naik since then.. kekal 100 belah kanan, 150 belah kiri.. malam je pakai spek.. dengar kawan2 buat Lasik i rasa ngilu.. ye la bila part melibatkan mata ni.. ngeri sikit..he..he
    .-= Little Mama™´s last blog ..Little Mama Menjadi Reporter di Astro Kids Go Green Campaign =-.

  12. aidie Avatar

    mcm horror je nak buat lasik..laser to ur eyes when its wide open! huhuhu..tak sanggup. yang penting kita jaga mata, dont overstress it. if keje yg tgk pc everyday, make sure take a break every 1/2hour, tgk je la org sebelah ke..tgk siling ke (konon2 carik ilham).
    i pernah try permata hijrah, but not a discipline one. its has a cooling effect tho.

  13. mamadanish&arissa Avatar
    mamadanish&arissa

    Lina,
    I pun berkira2 nak buat LASIK ni,so far dah byk sgt rakan2 opis ni buat LASIK,dari boss sampai ke rakan taulan..

    Arissa i pun gemar benar le ngan cermin mata i…

    Bestnye hidup tanpa cermin mata/lense..bgn pagi mesti nampak clear je kan, tak payah le nak cari2 mana cermin mata aku..heheh
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Ingin Menjadi Pengedar =-.

  14. ajasu Avatar

    Been asking my hubby to go through lasik, budget wise…plg murah tgk optimax la plus ada 0% installment. My gynae power mata –over 600++ both eyes, she said mmg mahal cost for both eyes RM6k-8K sebab yang ini kena INTRA-lasik. Kalau power masih below 600 guna lasik biasa shj. Yang ini mcm somebody mentioned td RM3500 kat Optimax for both eyes.

    And sepanjang Aja jumpa testimonial ‘hidup’, hehehe …bercakap dgn org lalui, the risk is low. Its either you can see or you still rabun lah.

    Ok permata hijrah.. I talked to the person yg jual this produk (pendekata adik badik dia semua menjual)..dia kata org salah faham. permata hijrah cure rabun yg bukan semulajadi. kalau penyakit mata tuh dr azali, mmg x boleh cure.. And then, kena konsisten dlm 7-14 hari gitu, kalau lepas habis satu botol x baik juga, dia kata ‘lupakan’.. makna mmg x sesuai. Sbb biasalah perubatan n pengubatan ikut kesesuaian. But ini kata org tuh laa..

    Aja mensurvey ni totally utk hubby, so far i still stick to lasik la..whenever my hubby is ready. So far pujuk tak mo.. anak pula duk patahkan spek. 4 anak=4 spek patah setahun(???), tak ke bangkrap?? Belum lagi kira yg dia sendiri patahkan/terpijak masa cari spek…huhuu..sian nyer dia.
    .-= ajasu´s last blog ..I’m Back and Bizzy Buzzing…. =-.

  15. syikin Avatar

    baru teringat-ingat nak cuba permata hijrah… bestnya hidup tanpa spek mata heheh… anakku suka sangat tolong buka spek ummi dia, walaupun tak disuruh

  16. mal Avatar
    mal

    Kita hanya merancang allah yg menentukan,Kalau kita percaya pada ubat yg menyembuhkan penyakit,bermakna kita tak pecaya pada allah yg menembuhkannya.Kita diminta agar beriktiar mengubati,jika diizinkan allah maka setiap penyakit akan baik

  17. ejen Avatar
    ejen

    tak yah pakai le permata hijrah tak jadi nyer….2 tabib tu penipu jer..silap2 letak air paip je…customer aku dah buang sebiji mata akibat pakai air yang dikatakan ajaib oleh dua beruk tabib ni

  18. pondoktipu Avatar
    pondoktipu

    tak yah pakai le permata hijrah tak jadi nyer….2 tabib tu penipu jer..silap2 letak air paip je…customer aku dah buang sebiji mata akibat pakai air yang dikatakan ajaib oleh dua beruk tabib ni

  19. pondoktipu Avatar
    pondoktipu

    tak payah pakai le permata hijrah…silap2 tabib beruk yang buat tu letak air kencing jer,,,jiran aku dah buta titik permata hijrah ni…kena kudis kat dalam bola mata

  20. anas Avatar
    anas

    hai semua..

    nk crite ckit tentang permata hijrah,sy bekas pekerja permata hijah..kalau bleh u cuba iktiar dulu,tp kalu u ad penyakit ghayup xyah cuba…bila gna tolong jaga pemakanan n minuman…pas2 kalau nk beli tengk baik2 product dari mana sbb skrng nie banyk product yg macam 2…n kalau bleh pergi beli kat syarikat utama di wakaf cekyeh or pengklan kubur sbb if u beli kat stokis xdetail cara penggunaannya,biasanya orng beli kat stokis hanya untk sambung n dia dah thu camna nk gna…pastu beli toner tengk masalah mata,kalu mata tahap teruk mahal la…jika ad pertanyaan add me d fb un_knows11@yahoo.com

    1. Eamma Jifli Avatar
      Eamma Jifli

      Baru-baru ni saya ada buat rawatan mata dan resdung, skali membeli beberapa produknya di stall permata hijrah. Saya tiada masalah dgn rawatan tu…ok je Cuma tiada bendalir yg kluar dari hidung saya seperti yg digembar-gemburkan…masa tu saya sangat excited…dan berharap byklah lendir2 kluar dari hidung saya..tapi hampa belaka. Utk pengetahuan saya telah mengalami penyakit resdung ni sejak bertahun2 dan telah menjalani pelbagai rawatan termasuklah pembedahan. Sal rawatan tu saya tak kisah sangat mungkin kesannya mengambil masa tapi yg amat mengecewakan adalah harganya…klu kat semenanjung Malaysia harga untuk toner mata pearl extract v (toner pink) 35ml rm29.90 dan sabah/Sarawak RM32.90…tapi saya beli dengan harga RM55.90 benda yg sama….mula2 saya ingat tulah harga sebenar tapi bila saya terbaca di internet saya sgt terkejut dgn perbezaan harga yang sgt besar….ini sudah cekek darah….saya tak kisah tuk diri saya…mungkin kita masih berkemampuan tp bayangkan klu org susah tapi nak sangat sembuh…camaner…kan berdosa tu….

      1. suara Avatar
        suara

        kakak saya pun pakai toner mata pearl extract v (toner pink) 35ml..dia selalu beli harga rm29.90..dan rawatan yg keluar lendir tue, myb eamma jifli x de dan ok sbb dah buat rawatan lain termasuk pembedahan…

  21. wanmus Avatar

    wahhh…memang panas bab permata hijrah ni ek..kat blog saya pun panas..leh try gi kat blog saya then search “permata hijrah”..jangan terkejut dengan hasilnya..
    .-= wanmus´s last blog ..Seminar Asas Blogging Pecahkan Persoalan Anda =-.

  22. kena tipu Avatar
    kena tipu

    Permata hijrah penipu! dah guna, tapi tak de ape2 result. kalau tak percaya cuba anda guna selama setahun dengan konsisten dan tengok lah hasilnya sendiri. memang tak de pape. omong kosong jer…

  23. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    mcm2 reaksi yg ada kt sni..so sy sbg org yg tiada apa2 kepentingan nak juga lah beri pendapat w’pon alhamdulillah mata saya sgt cerah n tak rabun lansung…

    last 4 months my dad kena minor strok yg mengakibatkan mata dia sakit n senak setiap kali batuk or sakit kepala. lepas kuar hospital, dia sihat sket but still kena gi wat rawatan susulan n doc pakar kt HUSM Kubang Kerian suggest guna permata hijrah sbg ikhtiar. n mata my dad ok juga ler, kurang senak, kurang sakit pale…

    so, nak highlight sket, kesan ubat(ape2 ubat pon) adalh berbeza bg setiap individu, kalu dah sampai buta tu, mgkin masalah lain, jgn cepat sgt menghukum, mengutuk, memaki2….

    sedangkan iklan syampu boleh cakap pakai rejoice, rambut lurus dlm 14hr, aku pakai sethn xder ape pon, last2 wat rebonding gak..fair n lovely cakap pakai dlm mase 4 minggu kulit cerah berseri( fyi, ada satu iklan dia dulu pakai model yg nama fiona noraishah dulu satu skolah dgn i n mommy lyna, mmg mix dia tuh, mmg putih) so sah2 lah iklan tu bohong, tp xder lak nak kutuk2, bile org kite wat ape2, ade jer yg nak kondem, my fren habis 6k gi myfair, tak kurus2 pon,so, mmg byk faktor yg menentukan keputusan setiap perubatan tuh…

    jd kalu rase masalah yg betul2 serius n mampu pulak nak gi wat rawatan yg menjamin, go for it…buat la Lasik…
    mrsnik’s last blog Minyak halia?..What for?…

  24. shahrul manaf Avatar
    shahrul manaf

    salam..betul kata wanmus..klu u’ll nk thu psl permata hijrah dgn detail cuma layari wanmus punya blog.. wanmus.com .kepada mrk yg bru nk try tlg buka blog tu dahulu sblum anda mmbuat sebarang keputusan..jadilah pengguna bijak.!

  25. Lasik_user Avatar
    Lasik_user

    pd pdpat aku,lasik kot..coz byk dgr ok,mber aku ade sorg wat,sbb dia x tahan power 700.wat lasik kt island hospital penang thn 2007,kne rm6k,mahal skit xpe,sbb kalo kira kos spek dr dlu smpi beso,dkat ribu2 gak.. dan aku pn nk try gak ar,nk mohon pegawai tudm pasni…ade sape2 yg tau psl hospital tu?yg penah wt lasik,any komen?

  26. ayu asleha Avatar

    saya penah cuba. tp saya guna yg paling asas.. ok jgk penglihatan saya lepas tu. tp skrg ni ada kurg sbb slalu menghadap lptp.. ehehhe.. tp kena hati2 sbb ada jg yg jual produk tiruan.. penah terjadi d tmpt sy.. syukur sy x beli kt tmpt tue

  27. haluan kanan vs kiri Avatar
    haluan kanan vs kiri

    jgn lah kamu membazir akan perkara yg belum pasti..

    jgn beli.. harga yg teramat mahal jika dibandingkan kos barang.. 1000 kali ganda tauw.. jika betul Permata Hijrah ingin melakuan amal jariah utk membantu pada perabun-perabun mata, bagi jer la secara percuma sehinggalah org yg perabun tampil ke hadapan dgn sukarela memberi tahu akan kebersanan Permata Hijrah.. Senang citer, Permata Hijrah bukan Skim cepat kaya tapi Produk utk cepat jadi millionaire (produk menipu).. Produk yg menggunakan nama2 org alim ulama bagi melariskan produk yg tak tau baiknya.. Sekian, terima kasih..

  28. marhaen kacak Avatar

    meh ke blog saya untuk maklumat n ulasan terperinci tentang permata hijrah…:)

  29. LamanWeb Avatar

    Salam, menarik ni saya pun tgh berkira nak dapatkan rawatan laser mata tapi nak biar tua sikit kut baru buat sebab rasanya max bleh buat 2 kali sahaja kan kalau tak jadi silau.
    p/s- power ke poper? 🙂 Misstypo heheh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam,

      kalau iktu advise pakar maka, rawatan laser lebih baik dibuat semasa usia masih muda. sebab bila tua, secara semulajadi urat mata akan kendur & akan rabun jugak 🙂 lebih jimat bila buat masa muda2 ni.

  30. mrashdi Avatar
    mrashdi

    baru terpikir nk cuba…terus goyang..hehe!

  31. ariff yusoff Avatar
    ariff yusoff

    salam..

    saya dari HQ permata hijrah, kota bharu kelantan..Jika ada persolan atau keraguan,boleh bertanya terus dari saya disini atau add facebook saya..InsyAllah, saya akan menerangkan apa yang anda tidak faham agar tidak timbul kekeliruan yang membawa unsur fitnah..

  32. Syaza Avatar

    Pernah tanya kawan pasal permata hijrah ni. Dia ckp ayah dia guna tiap kali lepas solat, kiranya 5 kali sehari~ alhamdulillah ok. cuma pedih mata masa titik ubat tu la, n keluar cecair jernih tp mcm berpasir, berhabuk~

    terpulanglah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge