Perkembangan Tentang Kehilangan Ayah Kauthar

By | August 4, 2011

Masih belum ada sebarang berita/klu tentang kehilangan Ithin Ngadiman. Wartawan akhbar sudah dihubungi dan Ibu Kauthar akan ke Seri Pentas, TV3 pada jam 4.30 petang ini.

Saya memang cepat gabra & tergamam, tak tahu nak buat ape, apatah lagi nak contact Salwa (Ibu kauthar) utk beri kata2 semangat ke apa… Gumam sangat2. Sebab tak sangka. Salwa rapat dengan saya, malah saya tak boleh nak terima berita ni betul ke tidak. Saya harap saya cuma mimpi.

Saya hubungi Farhana wartawan Sinar Harian, Kak Siti Harian Metro (katanya Watie dah contact), Kak Liza (Norliza Mohd Zain) TV3 dan beberapa orang lagi yang saya kenali. Kak Liza tanya kalau nak masukkan dalam news dan minta Salwa datang ke Sri Pentas. Dah lebih 48 jam hilang tanpa sebarang tanda.. Report polis pun dah dibuat.

Saya rasa itu je yang saya mampu buat. Bila Salwa call, saya taktau apa nak cakap (teruk betul! Padahal masa saya ditimpa musibah, Salwa selalu bg kata2 semangat). Dahsyat sungguh skill saya dalam bab ni. Atau mungkin saya sendiri masih terkejut dengan kejadian ni. Maklumlah Salwa dan keluarga bukan orang lain dengan saya.. memanglah bukan sedara, tapi kami rapat dan macam adik-beradik.

Terbayangkan anak2 Salwa.. Kauthar, Aisyah & Umar.. semuanya tu sebaya dengan anak2 saya..

Semoga Allah memelihara beliau, walau di mana beliau berada.

Saya harap tak ada sesiapa yang tambah2 cerita atau cipta kontroversi… Semoga Salwa & keluarga tabah. Dan Ithin kembali dalam keadaan selamat.

Category: MySuperKids Prihatin

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

9 thoughts on “Perkembangan Tentang Kehilangan Ayah Kauthar

  1. LeeN

    saba je la ko ni lom. haha.

    btw, jom semua. buat apa yang kita mampu. leen akan tolong sebarkan berita ini hingga yang termampu. sama-sama semua umat Islam tolong doakan agar suami salwa pulang dengan selamat.

    dan semoga salwa kuat dan tabah mengharungi semua ini.
    Salwa, insan terpilih.
    LeeN´s menulis tentang ..Hanya Gambar.My Profile

    Reply
  2. fiza

    terima kasih atas khabar baru ini, walaupun masih tiada khabar ttg orgnya..
    reaksi biasa tu lina, mmg kita akan terfikir mcmmana kalau kita berada di tempatnya..sy pun sama..walaupun tak rapat n tak brp kenal pun..Hanya kepada Tuhan kita memohon..

    Reply
  3. bai

    sedihnya! semoga berumpa semula insyaAllah. nak share doa ni abah I bagi masa nak cari barang hilang :

    Allahumma yaa raddazz zdaallati ruddu a’layya dzaallatee (O my Allah, O He who rings or sends or gives back whatever is missing, return to me that which I have lost)

    Doa Imam Ali bin Abi Talib : Wahai Rabb yang mengumpulkan manusia semuanya pada satu hari yang tidah di ragukan keberadaannya. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan pernah melanggar janjiNya. Satukanlah aku dengannya.

    Doa anak (saudara) hilang : Ya Allah, sesungguhnya langit dan bumi ini adalah milikmu, datangkan lah dia.

    InsyaAllah, I pray that he’ll come back safe! Ameen!
    bai´s menulis tentang ..Pukul berapa Datuk Harimau?!?My Profile

    Reply
  4. Along

    Walaupun tak kenal, tapi bleh imagine betapa risaunya si isteri memikirkan hal suami tersayang. Hanya doa yang dapat dihulurkan, semoga semuanya berakhir cepat dengan berita gembira. Insya’allah…
    Along´s menulis tentang ..China Trip – Day 1My Profile

    Reply
  5. nanak

    tatau nak ckp apa..wpun tak kenal langsung..sy doakan semoga belau akn ditemui dgn selamat…

    Reply
  6. Deeja

    ikut skali doa Bai….., :'(

    Allahumma yaa raddazz zdaallati ruddu a’ layya dzaallatee (O my Allah,
    O He who rings or sends or gives back whatever is missing, return to
    me that which I have lost)

    Doa Imam Ali bin Abi Talib : Wahai Rabb yang mengumpulkan manusia
    semuanya pada satu hari yang tidah di ragukan keberadaannya.
    Sesungguhnya Allah SWT tidak akan pernah melanggar janjiNya.
    Satukanlah aku dengannya.

    Doa anak (saudara) hilang : Ya Allah, sesungguhnya langit dan bumi ini
    adalah milikmu, datangkan lah dia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge