, ,

Perkembangan Anak Pramatang Saya | Happy Birthday

admin Avatar

Alhamdulillah, genap 3 tahun usia Fahry. Melihatnya pada hari ni membuatkan saya lupa keadaan dia 3 tahun yang lalu. Lemah, rapuh (fragile?), kecil… dalam inkubator dengan wayar dan gauze di sana sini.

fahry oku

Tersentuh naluri keibuan gitu 😀

Masa tu, kalimat sabar tak henti2 saya terima. Alhamdulillah menguatkan semangat. Maklumlah, bukan je dapat anak pramatang, siap dengan pakej OKU lagi. Siapa yang tak terasa ‘kau dipaksa aku terpaksa’. Sabar Lyna.. sabar.

Hari ni, sabar aje laaahh. Bermula dari pagi sampai ke malam mulutnya tak berhenti2 potpetpotpet, belum lagi memanjat sana sini, melompat sana sini. Sampai saya pun terlupa anak saya tu OKU sebenarnya. Sekarang ni kalau orang tanya tentang perasaan saya, sejujurnya nak kata “Penat~”

Semalam dia buka peti sejuk “Mommy, Fahry demam, nak ubat” sambil picagari dah masuk dalam botol ubat demam. T__T Hmm.. kalau orang lain (Hafiy & Danny) kalau bab2 makan ubat (termasuk vitamin) ni liat sikit, tapi Fahry nombor satu. Saya bagi dia air musoffa dalam picagari, dia kata “Fahry taknak yang ni, Fahry nak ubat kaler pink” – merujuk kepada ubat demam Dr Altaf yg memang saya selalu simpan dalam fridge utk menghadapi saat2 kecemasan (tgh2 malam demam panas strike 38degree ke atas). Boleh?

Belum lagi panjat almari vitamin dan bukak botol Omega Guard… mujur cepat nampak. Entah berapa biji ditelannya. Tapi takpe, sesekali takde la bahaya, cuma takut panas dalam, sebab Omega tu boleh memanaskan chest kanak-kanak. Sebab tu saya beri pada Fahry untuk mengelakkan dia selesema.

Fahry kalau selesema mmg haru… sebab dia prone untuk terkena jangkitan. Mungkin sebab prematurity..

Berbalik kepada perkembangannya sebagai ex-premie baby, saya dapati Fahry seorang late bloomer, tapi once dah bloom memang bloom habis. Dia lambat bercakap, tapi bila dia start bercakap, dia guna ayat penuh dan perkataan penuh. Seronok dengar dia cakap, sebab perkataan macam cikgu Bahasa Melayu. HeHeHe. Mungkin sebab saya juga suka bercakap dengan mereka guna ayat penuh, dan selalu membetulkan ayat2 pendek yang dituturkan oleh anak-anak.

Itu sebenarnya satu cara untuk menggalakkan anak2 menggunakan ayat penuh, iaitu, berbicara dengan mereka menggunakan ayat penuh. Bila anak-anak berkata “Mommy, air” Saya suruh mereka ulang lagi “Mommy, Hafiy/Fahry haus. Mommy tolong ambilkan air, please”. Dan sudahi dengan “Thank you, Mommy” HeHe, bukan contoh yang baik sebab campur-campur perkataan Melayu & English 😛

Anak-anak kecil ni, memang selalu kena peringatkan, ulang & ulang. Insya-Allah ia akan jadi habit. Biasanya di rumah, nak kena remind “Where’s your thank you?” tapi bila di luar, tatkala mereka ucapkan “Thank you, Auntie”, “Thank you, uncle”… oh, sungguh manis sekali! (so sweet~?). Terharu dibuatnya.

Fahry mula berkaki palsu semasa umurnya 9 bulan.. dan dia dah boleh berjalan sebulan dua lepas tu. Sehingga hari ni kaki palsunya dah ditukar kepada yang lebih besar, dan mungkin kena tukar lagi sebab dah ketat…

fahry kaki palsu

Kadangkala memang lah ada rasa nak menangis bila tengokkan dia.. tengok kaki palsu dia, tengok dia bergerak dengan lutut (bila tak pakai kaki).. tengok dia tidur… siapa tak ‘sedih’ tengok anak kita tak sesempurna orang lain. Tak kiralah masa depan dia macamana, tapi hakikatnya anak saya tetap seorang yang memerlukan peralatan untuk membantu dia. Semoga kami terus dimurahkan rezeki, diberi kemudahan dan kesenangan untuk menyediakan segala-galanya buat anak-anak.

Teringat perbualan dengan weekend maid yang selalu datang kemas rumah saya, katanya di kampung dia ada orang macam Fahry, tapi dia tak ada duit untuk dapatkan kaki palsu, kerajaan pun tak bantu. Sedihnya kan.. saya sendiri tengok macamana keadaan Fahry.. kaki dan lututnya habis melecet akibat bergerak tanpa kaki (kat rumah kadang2 tak pakai kaki palsu, especially malam2 time nak tidur). Mujurlah ada Herbal Blend, saban hari saya sapukan… dan pakaikan guard pada kakinya supaya tak bergeser..

Lepas tu, bahagian kaki palsu yang bersambung dengan kaki betul dia tu, boleh melecet juga. Dah ada kesan merah pun. Fahry berjalan pun senget benget sebab kaki palsu dah ketat.

Masa untuk kaki baru!

Hmm.. rasa sekejap sangat 3 tahun. Dah besar pun Fahry. Syukur Fahry adalah Fahry… Seorang yang sangat positif. Dan berdikari juga. Dan suka kenakan orang. Persistent. Hehehe, yang baik2 je la kan 😀

fahry

Selamat Hari Jadi sayang. Semoga Fahry membesar jadi handsome, bijak & soleh.

Terima kasih atas semua doa untuk Fahry. Allah saja yang membalasnya.

kaki palsu anak
Berangan nak kaki canggih.

admin Avatar

19 responses to “Perkembangan Anak Pramatang Saya | Happy Birthday”

  1. bai Avatar

    Alhamdulillah he grew up well. with a good mother like u, who wouldn’t be? 🙂 Selamat Hari Lahir Fahry..insyaAllah semoga membesar menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Gugugagaaaa *terbang*

  2. lydzar Avatar

    happy birthday fahry!

  3. lynnlyana Avatar

    happy birthday fahry…luasnya dahi dia…dahi luas ni tanda budak bijak..hehe..

    tahniah mommy lina…3 tahun membesarkan fahry dengan fikiran yg sentiasa +ve.. 😀

    May Allah bless you and your loved ones..

  4. mirah Avatar
    mirah

    selamat ulangtahun kelahiran fahry.
    Lyna, memang kan bila tgk anak ex-prem kita skrg, mcm tak percaya dulu dia ‘sakit’ kan. Alhamdulillah Allah atas kurniaan ini.
    Tapi, bab penat tu mmg ya juga. Pendek kata, takde rupa budak ex-prem pun..

  5. Fara Avatar

    Selamat harijadi sayang! Semoga ‘menjadi’ kamu bila dewasa nanti. Sayang dia!

  6. Hidayah Avatar
    Hidayah

    Fahry yang ramai peminat. Semoga jadi anak yg soleh. (-:

  7. bardboo Avatar

    semoga fahry akan terus membesar dengan sihat..saya suka dengan cara puan menidik anak2 dengan menggunakan ayat2 penuh…insyaAllah akan saya praktikkan dengan anak saya pula..

  8. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    happy birthday sayang! Insya-allah kamu akan jd anak yg paling membanggakan mommy bila besar nnt 🙂

  9. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Happy birthday Fahry!!

    Lama sungguh tak jenguk your blog, apatah lagi nak tinggal comment. Sejujurnya, tersangat busy. Seronok & tumpang happy melihat your son yang sihat dan cergas. Teringat ketika belikan dia legging kat london dulu…. masa tu tak pernah terfikir bahawa saya juga ada seorang anak yg istimewa. Moga anak kita semua terus membesar dgn bahagia…sudah tentu sebagai parents kita akan usahakan yang terbaik…. tentang masa depan, Allah sahaja lah yg menentukan.

  10. suha Avatar

    assalam. selamat hari lahir fahry…
    fahry anak yg tabah..berdikari..bijak..
    mommy nya jg bijak..
    mommy , moga mommy bahagia selalu n moga mommy sekeluarga
    sentiasa dlm rahmat & kasih sayangNya. Ameen.

  11. eliss Avatar

    happy bday fahry ! bila baca semua, tak nampak oku nya pun 🙂 untung punya mommy yang hebat tau fahry sehebat fahry 🙂

  12. aimaniman Avatar

    salam kenal dan dofollow sini

    ya, Allah.. terdetik hati mama bila baca kisah Fahry… rupa2nya mama amat2 beruntung kerana dikurniakan anak2 yg sihat, semoga mama Fahry tabah demi Fahry,.. hanya sokongan dan didikan ibu dan bapa yg mampu ‘mendewasakan’ Fahry menjadi insan ‘sempurna’ seperti orang lain…

  13. Ummi Hanie Avatar

    hppy b’day fahry …

    special baby is 4 a special mom 😉

  14. baby Avatar

    jujurnya entry ini.. tersentuh saya membaca nya.. semoga lyna & anak2 dilimpahi kegembiraan sampai bila2…insya allah

  15. zhai Avatar
    zhai

    salam puan…
    disini saya mohon bantuan puan
    saya ingin mendapat details pembuat kaki palsu anak puan…
    jika boleh tolong email pd sy di mzmobile8886@gmail.com

  16. beti Avatar
    beti

    salam,salam perkenalan buat puan dan suami…saya terharu dan menangis tersedu-sedu membaca kisah kesayangan puan dan suami mengenai anakanda FAHRY. terharu sungguh dengan sikap positif puan dan suami dalam mendidik dan membesarkannya.semoga Allah merahmati kehidupan puan sekeluarga..insyaAllah..

  17. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Banyaknya komen tak ter-balas, Terima kasih semua! Atas doa kalian jua, alhamdulillah 🙂

  18. rika Avatar

    moga fahri membesar dalam keadaan sihat.

Leave a Reply to eliss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge