Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009 di Mom’s Choice

admin Avatar

INTRO: Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Mom’s Choice mengadakan peraduan bagi Malaysian Super Mummy bloggers untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu. Bloggers boleh menulis dengan apa saja cara yang kreatif untuk mempromosikan BF dalam blog masing2.

Keratan dari Mom’s Choice website:

wbw

Kalau nak kata promosi, blog ni memang mempromosikan penyusuan ibu ni sejak dulu lagi 😀

Dekat blog direktori pun ada kategori khas untuk Breastfeeding:

blog link

Oleh kerana tu saya nak berkongsi tentang pengalamn menyusukan Fahry yang premature ni (walaupun dah 1000 kali cerita).

Oleh kerana Fahry dilahirkan tak cukup bulan (28 week), dia ditempatkan dalam inkubator dan berada di SCN (Special Care Unit) untuk baby premature dan bayi baru lahir bermasalah, selama 42 hari. Selama itu susu saya sikit sangat. Mujurlah ada Hafiy yang boleh membantu merangsang pengeluaran susu dengan hisapannya (lucky that Hafiy masih menyusu badan sepenuhnya). Kekurangan susu badan membuatkan saya agak stress dan setiap hari mengadu pada rakan2. Keadaans aya yang berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan menambahkan beban yang ditanggung, ewah.

Ibu Kauthar yang baik hati telah mengirimkan saya makanan untuk menggalakkan susu seperti bijan hitam, kacang hitam dan satu peket benda yang saya tak pasti apa namanya (Sal tolong update hehe). Saya juga mengurut dengan bidan kampung untuk membanyakkan susu.

Tahu apa kata bidan tu? Katanya urat susu saya dah putus, so susu saya jadi sikit.

Sedih kan?

Saya dapati ramai ibu baru yang mengalami masalah kekurangan susu pergi meminta tolong dengan bidan dan tukang urut, lalu mereka memberi ulasan berkenaan urat susu… Urat susu kecil lah, urat susu tersumbatlah, urat susu itu urat susu ini…

Lalu, apabila Fahry keluar dari hospital, satu perkara yang ajaib berlaku. Kilang susu saya bengkak! Subhanallah walhamdulillah, saya memang tak pernah merasainya sebelum tu. Ia lembik dan macam tak ada susu je sebelum ni.

Maka, dapat saya simpulkan:

  1. Tiada masalah dengan urat susu saya walaupun dikatakan bidan telah pecah.
  2. Emosi amat mempengaruhi pengeluaran susu. Semasa Fahry di hospital, saya risau, keletihan, tak cukup rehat kerana kena bangun mengepam 3 jam sekali dan berulang alik ke hospital. Tambahan pula dengan keadaanya yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman membuatkan hati saya tak senang.
  3. Dapatkan pertolongan dari mereka yang berkelayakan i.e. kaunselor laktasi (LC).
  4. Makanan, urutan dan sebagainya tidak banyak membantu sekiranya kita dalam keadaan stress.
  5. Bersabar dan jangan terlalu emosi bila susu kelihatan tidak banyak. Yakin bahawa kita mampu membekalkan susu secukupnya untuk bayi kita. Walaupun sedikit, insya-Allah cukup untuk dia. Dengan susu yang sedikit-sedikit tu saya bekalkan pada Fahry, dan dia tak pernah diberi susu lain selain susu ibunya.
  6. Menyusu baby premature amat mencabar kerana mereka tak dapat direct feeding. Apabila mampu direct pun, hisapan Fahry tak sekuat Hafiy. Ramai ibu premature yang kering air susunya samada semasa bayi masih dalam hospital, atau susah keluar kerana ada yang mengalami masalah sama ada dari segi latching, atau suckling. – dinasikatkan bertemu LC juga.
  7. Tidak semua pakar sakit puan/pakar kanak-kanak pro-BF atau berilmu dalam hal breastfeeding. Dapatkan pertolongan LC untuk pertolongan yang memuaskan.

Alhamdulillah, rezeki masih berpihak pada anak-anak saya, Hafiy dan Fahry.

Minggu lepas, teman baik saya, Efie memberitahu bahawa kakaknya menasihati agar memberi FM jenis ini dan ini kepada bayinya yang bakal lahir kelak kerana susu badan tidak akan cukup, tambah2 lagi kalau baby boy. Namun kata Efie, setelah dia melihat saya berjaya menyusukan Hafiy dan Fahry, dia merasakan idea tersebut mengarut. Saya boleh menyusukan kedua-dua anak saya serentak. Kedua-duanya boys! 🙂 Saya rasa seronok kerana menjadi sumber inspirasi kepada ibu2 lain. Alhamdulillah…

Betul tidak ramai orang bertuah dapat menyusukan bayi, tapi dengan izin Allah, ibu dapat menyusukan bayi dengan rangsangan, dorongan dan ilmu dari sumber yang betul.

Jadi, marilah kita sokong PENYUSUAN IBU!

admin Avatar

19 responses to “Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009 di Mom’s Choice”

  1. mama emma® Avatar

    mcm nak join contest nie, tp cite dok ulang tayang sejuta kali xpe ke?? takut org muntah ijo je baca.. huhu
    .-= mama emma®´s last blog ..-MOD AT SARA KIDS- =-.

    1. mama emma® Avatar

      hadiahnye ape ek?
      .-= mama emma®´s last blog ..-MOD AT SARA KIDS- =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        hadiahnya… misteriiii

        hehhe

        p tngok kat website mom’s choice

  2. fid Avatar

    i malas join kontest sbb i asyik kalah ja kahkahkahkahkah
    .-= fid´s last blog ..bersimpuh =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      abis kalo nak bagi semua menang tu namanya hadiah percuma 😀

  3. Salwa Avatar

    Lyna, wah malunya kna enteprem gini
    yang lagi satu dalam paket tu yg mcm serbuk tu ialah bijan hitam yg dah di blender dgn madu dan dikeringkan.actually comes with jar, tapi masa nak packing tu tak buleh muat dgn jar so kita keluarkan packet dlm jar tu dan bungkus sekali dgn bijan organic yg raw dgn kacang hitam organic.kwn2 cina kita suka pesan, kalu nak banyakkan susu makan bijan hitam dgn kacang hitam.
    teringatnya zaman dulu2..masa lyna kat miri..hehe
    .-= Salwa´s last blog ..Am I ready for that day? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ye benda tu memang sedap. sayang rasa nak abiskan hahahaa.

  4. Salwa Avatar

    tak tahan part urat susu putus tu..
    huhu
    betul2 boleh merencat semangat org nak menyusu
    sebab tu ilmu tu penting kan cik Lyna bergetah 😉
    .-= Salwa´s last blog ..Am I ready for that day? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul betul betul!

    2. amilia Avatar
      amilia

      salwa, apa bijan hitam tu? tak pernah dgr pun..mana nak dpt/beli?kalau ada info , bleh email saya..amilia@mara.gov.my

  5. fid Avatar

    anak I boy….boy yang perkasa plak tu
    tapi susu saya ada lagi walau 4 thn
    kira salah benarlah baby boy minum susu bnyk sbb saya ada sepasang B ja OK ja anak saya minum susu
    tak caya silalah buat press conference interview anak saya tu
    dia dah pandai bercerita
    apa bahasa pun bleh……tapi ada kebarangkalian anda tanya BI dia jawap Bj la…sila hati2 la
    apakah mak jenis ini??
    ampun maaf dipinta saya mmg sengaja ‘mencemarkan’ entry ini…niat jahat ni….
    .-= fid´s last blog ..bersimpuh =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak cukup jahaaaat

  6. Hanz Avatar

    urat sus putus? macam2…

    nak join gaklah contest ni..tunggu…
    .-= Hanz´s last blog ..Contest Before & After Makeover (STICKY MODE) =-.

  7. miela77 Avatar

    Salam..daku nak mencelah..daku pula berniat b4 bersalin nak susukan Baby Qis sepenuhnya, malangnya genap umor Baby Qis dua bulan, daku dah kurang air susu..malah baru 6 bulan susu sebelah kiri dah betul2 kurang dan belah kanan cuma pelepas dahaga je…daku amat sedih dan daku dah cuba tuk menambah air susu… skang Baby Qis rather hisap bottle dari menyusu dariku..

    btw meh order ikan pekasam RM28 utk 5 bungkus + postage..murah dan sedap.. Email Miela.77@gmail.com

    Dan ada antivirus baru tuk H1N1…nak tau moh ke blog…
    .-= miela77´s last blog ..Kami Menjual Ikan Pekasam…Sticky Mode =-.

  8. e-caR NazRin aka ibuEiymann Avatar

    babe..
    gud luck utk contest nie..sesamer lar kite jd BF-ibu yg b’jaya.. chayork2 BF-ibu yg rawkss!!
    .-= e-caR NazRin aka ibuEiymann´s last blog ..Promosi SUSU IBU: Sesi mengomen ikhlas dari uolls..(STICKY MODE) =-.

  9. mummy adli iftiqar Avatar
    mummy adli iftiqar

    i still bfed my lil cute baby boy smpi arini. adli dh staun 4 bln. tired. tp puas ati…

  10. mummy adli iftiqar Avatar
    mummy adli iftiqar

    eh.. lupe plak nk bgtau.. klu ade niat nk bfed baby, ms pregnant lg, niat dlm ati nk bfed kan baby kite.. insyaAllah, Allah permudahkan.. my fren yg bg petua nie…

Leave a Reply to e-caR NazRin aka ibuEiymann Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge