,

Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 3

admin Avatar

OK kita sambung perjalanan. Setelah melawat tempat2 bersejarah di Madinah, termasuk ‘melontar uwang’ di pasar kurma dan kedai2 menjual abaya T___T ziarah widak sebagai tanda selamat tinggal kepada Rasulullah.

Menurut salah seorang jemaah kami, kenapakah bandar Madinah dan Masjid Nabawi begitu istimewa, kerana dikatakan Rasulullah sebenarnya ‘masih ada’. Walaupun Baginda sudah wafat namun di hati penduduk Madinah, Rasulullah ‘masih ada’.

Kerana itu cinta dan kasih kepada Rasulullah tertumpah di masjid Nabawi…

Kami bergerak ke Mekah pada sebelah petang. Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan bas mengambil masa 8 jam lebih kurang. Berniat ihram di miqat Bir Ali selepas keluar dari Tanah Haram Madinah.

Terbayang bagaimana perjalanan Rasulullah menunaikan haji dan umrah. Melalui padang pasir yang tiada apa.


Perjalanan kami diiringi hujan rintik-rintik. Alhamdulillah, katanya setelah beberapa lama tak hujan dan berjerebu, hujan menyambut kami di Madinah.

Kami berhenti untuk solat, (dan membuang susu T___T) kemudian teruskan perjalanan ke Mekah.

Tiba di hotel, jam sudah menunjukkan hampir tengah malam. Kami teruskan dengan ibadah umrah dan siap bertahalul hampir jam 3 pagi.


Alhamdulillah, walaupun dah dinihari tapi tidak terasa penatnya. Mungkin kerana teruja mengunjungi rumah Allah, atau juga kerana suasana di Masjidilharam yang tak pernah ‘mati’. Sentiasa ramai orang.

Alhamdulillah, hotel kami sangat dekat dengan Masjidilharam. Namun tercalit rasa rindu pada suasana kota ini sewaktu kunjungan pertama dulu. Dah tak ada suasana itu. Masjidilharam pun dalam proses untuk dibesarkan lagi.


—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 3”

  1. Hasnul Mutawif Avatar

    Ada riwayat tentang tanda akhir zaman.. Orang kaya ke sana untuk melancong

    Yang sederhana meniaga

    Yang miskin minta sedekah.

    Nampaknya keadaan itu memang dah ada

Leave a Reply to Hasnul Mutawif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge