, , , ,

Pengalaman Near-Death Dalam Salji Lebat di Switzerland

admin Avatar

Nampak tajuk macam gempak, tapi memang gempak! Terasa umpama diberi peluang kedua untuk hidup oleh Allah SWT.

Kisahnya bermula dari Lugano. Menuju ke St Moritz. Sehari sebelumnya saya dah check keadaan jalan ke St Moritz. Laporan kata ‘keadaan jalan macam biasa’.

Keadaan langit mendung dari pagi. Berhari2 juga pun Lugano tidak nampak rupa airnya. Cuma kabus putih saja.

Perjalanan ke St Moritz juga tenang2 saja. 

“Adakah tayar kereta ni snow tyres?” Saya tanya suami.

“Mungkin lah. Sebab tak ada snow chain pun. By right masa winter semua kereta di Eropah wajib pasang snow tyre atau snow chain” jawab beliau.

“OK” kata saya.

Kami berjalan, eh memandu sehinggalah salji bersama hujan mulai turun.

St Moritz ni letaknya di kawasan pergunungan Swiss Alps. Ketinggian dalam 2500m. Jadinya nak ke sini memang lah kena mendaki. Swiss Alps ni bayangkan macam Banjaran Titiwangsa. Bayangnya drive KB-Grik atau KB-Lipis dalam hujan lebat.


Jalan raya mulai basah. Teringatkan pemanduan kami di Romania di jalan raya yang diliputi ais. Walaupun pakai snow tryes tetap terasa licin juga.

Tiba2… erkkkk streeettt

“Alamak!” Desis suami saya. “Dah tekan brake tapi tak makan ni!”

Kereta kami meluncur di jalan licin. Ke kiri ke kanan beliau mengawal kereta. Syukurlah akhirnya kembali dalam kawalan. 

“Syukurlah tak ada kereta lain”  berkali2 kali berdua mengucapkan kata2 itu.

Salji turun makin lebat.


Kami teruskan perjalanan.

Tiba di Tasik St Moritz, tak nampak apa2 dah kecuali berbalam2 nampak orang sedang ski, tarik snow cart, main paragliding… fuhh luar biasa betul.


Dalam keadaan melawan angin, salji dan kelicinan jalan, akhirnya kami tiba di St Moritz. Kami parking di Coop. Nak parking pun satu hal. Tayar sangkut dalam salji. Selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga lah masuk ke ruangan parkir. Syukur pd Allah.

Kami bercadang nak jalan kaki ke ski resort. Tapi salji terlalu lebat, nak jalan pun susah. Akhirnya main salji tepi jalan je. Lagipun tengok orang2 situ main ski pun kat tepi jalan, so join je lah.


Disebabkan kami pun tak boleh lama2 di sini. Nak tido kat sini fuyoh, mahal sgt kak. Sini destinasi holiday orang2 kaya je. Kami menginap di Chur dalam 1.5 hours away dari St Moritz, so kena keluar sebelum gelap.

Maka terjadilah kejadian yang hampir tidak dapat dilupakan…

Salji masih turun dengan lebat.

Kami gerak pelan2 je. Eventually baru discover tayar MPV kami tu bukan snow tyre. Sewa kereta di Nice, Perancis, mungkin sana area takde snow so car rental tak equip keretanya dgn snow tyre. Apa lagi snow chain.

Saspen juga nak jalan ni. Tadi pun dah berapa kali skid dah.



Sampai kemuncaknya. Kereta berpusing2 di tengah jalan. Syukur lagi sekali, tak ada kereta lain! Dan syukur lagi tak terlajak masuk ke gaung.

Allah! Allah! Allah!

Kami tiada pilihan selain berpatah balik ke St Moritz, cari stesen minyak dan beli snow chain.


Maka dengan snow chain yg dipasang di kedua tayar depan, alhamdulillah kami bergerak dgn lebih confident. Dengan kelajuan 30km/j. (Mahal pulak tu. CHF120 satu!)

Walaupun pasang snow chain, tapi licin tetap licin. 

Berjalanlah kami dgn penuh tawakal pada Allah SWT.

Gambar2 di bawah ni antara pemandangan dalam perjalanan kami… nampak cantik tapi sangat bahaya!


Kami bergerak dgn sangat perlahan… perjalanan ke Chur yang patutnya kurang daei 2 jam (sejam setengah je patutnya) menjadi hampir 5 jam!

Dalam kegelapan malam merangkak2… berhenti tengah2 hutan bila salah satu dari rantai terputus. Nak buka chain pun tak berani (tak reti pun ye) sebab gelap sangat dan jalan masih licin walaupun salji tak tak ada (hujan pula).

Cerah lagi
Dah gelap sikit
Gelap lagi
Gelap zulmat!
 

Satu perasaan yg tak dapat digambarkan bila dah masuk highway!

Highway maknanya banyak kereta lain dan jalan pun elok. Rasa terlepas dari satu penyiksaan.

Syukurlah budak2 tak ada yang panik. Boys bertiga tetap bergurau sesama mereka macam biasa. Kalau boys panik, harus kami lagi panik.

Sampai ke Chur kami tak buka2 snow chain. Masuk je hotel, rasa lega sangat2. Serasa nyawa di hujung tanduk, dan Allah selamatkan kami. Bayangkan kami semua 6 beranak dalam kereta…. andainya Allah datangkan kereta lain, atau terlajak ke gaung… wallahuaklam mungkin semua tinggal nama je.

Tapi Allah kasi can hidup lagi. So mungkin ada mission yg  belum selesai. Insaf. Umpama diberi second chance.

Dan sapaan dalam group whatapp BFF sebaik sampai ke Chur “kau hidup lagi ke?” itu sangat menggembirakan. Bayangkan kalau soalan tu takde jawapan 😅

Rasanya cukuplah sekali ini. Dah serik nak drive dalam keadaan macam tu.

*saya ada rakam video masa kereta berpusing tu, kebetulan pulak, tapi sekerat je coz panik sgt so tekan button stop masa kereta start skidding.

Tagged in :

admin Avatar

18 responses to “Pengalaman Near-Death Dalam Salji Lebat di Switzerland”

  1. Aneng Avatar

    Mami…upload la video skali..nk tgk gak..mesti kenaling x mudoh time tu..

    1. admin Avatar

      InsyaAllah nak upload lah

  2. Raihanah Avatar

    Alhamdulillah semua selamat. Satu pengalaman jugak alom

    1. admin Avatar

      Itulah, mmg tokleh lupa

  3. Lin Chalo Avatar

    Patutlah tengok citer Korea kalau snow ada chain tu. Haa.. nampak tak mak temgok citer Korea pun ada ilmu boleh sedut taw.

    Share video plis.

    1. admin Avatar

      Hehe bagus2. Tgk lagi citer Korea

  4. Hendrawati Avatar

    Ya Allah..Alhamdulillah Mami dan semua family selamat.. Berdebar saya baca… 😅

    Tapi sangt teruju Jugak pun ada

    1. admin Avatar

      Teruju juguk mumu pun

  5. Hanisah Avatar

    Fuhhh….nasib semuanya selamat..alhamdulillah…

    1. admin Avatar

      Alhamdulollah, syukur sgt

  6. Naimah Avatar

    Syukurlah semua selamat

    Snow ni best n excited masa 1st time n masa baru lepas turun, cantik gebu, subhanallah.

    Time nak kene bersih snow bertimbun atau tayar kenderaan lekat, memang masyaaAllah, astaghfirullah…

    1. admin Avatar

      Duk tgk forecast baru first day snow turun situ, tak sangke plak macam tu skali

  7. ira Avatar

    syukur alhamdulillah selamat

  8. Rosemawatie Avatar

    Ya Allah..alhamdulillah selamat semua mami sekeluarga..sy baca pun dh cemas..apatah lagi kalau ada dlm keadaan tu..

  9. Azrina Avatar

    Alhamdulillah.. semuanya selamat.. suspennye…

  10. Tyra Avatar
    Tyra

    kak, bole email itinerary plan cuti ke Switzerland kat sy tak? PDF pun x pe kak. juz nak buat perancangan.
    10q, jasamu ku kenang 🙂

    fyra_230703@yahoo.com

  11. ROHAIZAT MOHD KHAIL Avatar
    ROHAIZAT MOHD KHAIL

    Pernah terperangkap dalam salji tebal antara Simplon pass dengan briged sebab GPS hantar jalan hutan. Kereta takleh jalan langsung gelap 10malam
    Last2 call 911..panggil polis untuk rescue
    Terpaksa tinggalkan kereta, polis tolong bawak ke hotel berdekatan untuk bermalam
    Esok ambil balik keta

  12. azni Avatar

    fuh… scarry but adventure juga tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge